Wednesday, July 15, 2009

Love Teeth

Gigi bongsu saya tumbuh semua, 4 batang. Dua batang, telah selesai tumbuh dan keluar dengan baik, sebelah kiri. Untuk sebelah kanan, sedang dalam proses mahu tumbuh dan keluar dari gusi.

Ini menyebabkan saya merasa kesengalan sepanjang masa,sepajang 4 bulan ini. Sekejap ada, sekejap takde. Tapi, hari ni, rasa berdenyut2 sampai ke mata. Nak bukak mata pun rasa sengal. Gigi bongsu atas sebelah kanan ini sedang dalam proses mahu keluar, di mana saya kira2, sedang berusaha gigih memecahkan gusi. Uh!

Semasa gigi sebelah kiri tumbuh, saya mengalami beberapa masalah. Ya, selain sengal, masalah yang lain ialah sisa makanan yang senang tersekat dan kesusahan membersihkan kawasan belakang gigi. Huh, susah betul sehingga saya terpaksa membeli berus gigi kecil, interdental toothbrush. Saya jumpa doktor gigi berkali2 juga, supaya doktor dapat melihat perkembangan gigi2 yang mahu tumbuh ini. Tapi, setiap kali jumpa, doktor musti suruh cabut saja gigi itu, terutamanya gigi bongsu bawah.

Tapi, setiap kali saya beritahu ibu saya, dia mesti bantah. "Kalu tak sakit, buat apa nak cabut gigi tu". "Ya, memang tak sakit, tapi susah betul nak jaga. Susah betul nak memberusnya. Nanti kalu tak bersih betul, akan sakitlah" bisik hati saya.

Hari ni, ketika melayan kesengalan gigi ini, saya carik maklumat tentang wisdom teeth ini di wikipedia. Dan, saya gelak guling2 membaca beberapa perenggannya. Haha.

Rupa2nya, doktor2 gigi seluruh dunia pun bercanggah pendapat tentang mencabut gigi bongsu yang tidak rosak. Di U.K, deyrang tak galakkan cabut, supaya mengelakkan risiko berlaku komplikasi yang tidak diingini. Tapi, kat U.S, mereka suruh cabut awal2 lagi kalu gigi ni mula tumbuh. Apakah?

Dan lagi, mengenai etimologinya. Ahaha. Kenapa panggil wisdom teeth? Sebab dia tumbuh masa dah besar, wiser, berbanding gigi lain yang tumbuh masa kanak2. Kenapa panggil gigi bongsu? Sebab gigi ini tumbuh yang paling akhir sekali. Kalu kat thailand, "huddling teeth" due to its shortange of space. Dalam spanish dan italian, panggil "molar of judgement", lebih kurang samalah macam wisdom. Tumbuh bila dah besar, dah bijak, dah boleh menilai.

Tapi, kalu kat korea, dipanggil love teeth, referring to the young age and the pain of the first love. Ahahaha.

Klakar.

Sakitkah cinta pertama itu?

Ya. Terlalu.

Sekian. Doakan saya cepat sembuh dari kesengalan ini.

5 comments:

zulkhair said...

Nama lain yang sesuai, gigi sengal - hi, hi

SITI said...

cikgu zul,
Ahaha. sesuai, tapi tak sedap bunyinyer.

eMa in the LaLaLand and sieyesly this time she feels so LaLa said...

Love Teeth and the definition sggh best!

CIkgu..tak comel munyi name gigi itu

ultimatecass said...

wisdom tooth tumbuh sakit sekali kan? but sakit gigi ada painkiller.

sakit cinta pertama? tak ada painkiller pun boleh tolong.

true or not?
so kena syukur ke sakit gigi je?

SITI said...

ema: kan, tak comel nama tu. Tapi, agak tepatlah. Memang sengal pun.

Atie: sakit itu diberi untuk membersih dosa. boleh berdoa untuk cinta kedua yang lebih baik. Amin.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...