Tuesday, July 07, 2009

Lab Sendiri

Apakah perasaan anda bila ada orang beri anda ruang dan duit, maka buatlah apa yang anda suka? Jika anda mahu jadi florist, maka boleh buka kedai bunga sendiri. Jika minat fotografi, maka buka studio sendiri. Jika sangat minat fabrik, maka buka kedai baju sendiri. Atau kedai langsir sendiri. Kalu lawyer, boleh buka firma sendiri. Atau kalu suka sangat shopping, boleh buka shopping mall sendiri. Ahaha.

Saya pernah jawab kepada beberapa orang yang bertanya tentang cita2 saya. "Aku nak kawen dengan orang kaya dan nak bukak genetic lab sendiri".

Saya menghadiri satu temuduga pada hari Isnin yang lalu. Honestly, ini kali pertama saya menghadiri temuduga untuk private sector. 2 temuduga sebelum ini hanyalah untuk jawatan di sektor awam, di mana saya dipanggil selepas mengisi laman web SPA. Maka, sebelum pergi, saya sangat berdebar2 dan sangat bertanya2 pada orang2 di makmal akan soalan yang akan ditanya.

Interview ini sedikit lain. Ini kerana saya dipanggil oleh satu orang bos dari satu private lab, Dr. Wong. Lab ini hanya focus kepada genetic diagnostic sahaja. Tapi, ia masih lab yang kecil dan masih baru tetapi penuh dengan cita2. Saya telah di highly recommended by my supervisor di LPPKN, Dr. Siti. Dia adalah scientific advisor kepada syarikat/ lab Dr. Wong ini.

Huh, kalau pun saya pakai lipstick kaler biru pun, Dr. Wong memang mahu saya bekerja dengan dia.

Saya dibawa ke satu bilik kosong dan diberitahu untuk set up lab cytogenetics untuk company itu. "Tell me what u need. We can buy for you. U can email me the list".

Saya sangat terkejut. Umur saya baru 26. Pengalaman kerja pun takde lagi. Hanyalah pengalaman duduk lab untuk buat master degree ini. Itu pun 3 tahun jer. Tiba2, dia mahu lantik jadi, like, Ketua Unit Makmal Sitogenetik? Seriously?

"Ya, kami mahu lihat your perfomance. Gaji dan jawatan awak akan diberi mengikut perfomance yang akan awak tunjukkan kepada kami. Kami mahu lihat sama ada u are a leader or a follower."

Ya, saya tahu, walaupun saya terkejut, tapi, saya sangat perlu bersyukur atas kepercayaan ini. Tuhan telah memakbulkan cita2 saya. Dan, bagaimana mungkin saya boleh menolak tawaran ini? Boleh ker saya tolak? Huh!

Orang2 di makmal menyokong saya 100%. Mereka kata mereka akan bantu saya. Saya tahu, ia bukanlah susah sangat. Tapi, it is a big thing.

"I'm planning to have this thing here bla bla bla............. Tapi, kalu Siti ada plan lain, beritahu saya, we can have the renovation for you".

Dan lagi.....

"We can find lab techician to assist you. Tapi kalu Siti ada kawan2 yang u nak recommend, tell us".

Ada sesiapa yang mahu?

"Erm, bila Dr. nak saya mula bekerja?" "Today. Or yesterday".

Sekian. Semoga saya berjaya.

Ameen.

*saya sekarang self-claimed Ketua Unit Makmal. Haha. Sebab bila saya tanya, "Jawatan apa yang Dr. nak offer saya sebenarnyer?" "Jawatan apa yang Siti nak?" Oh my!

13 comments:

Afzan said...

woowww weee.. Sangat best bile org bg kepercayaan sampai camtuh sekali. U deserve it Tim.. bagus2. semuge jadi ketua lab yg berjaya. Ble buat mende yg kite suke, keje pon jd sronok kan..

Unknown said...

Kebetulan kebelakangan ini saya dan rakan sekerja ini asyik membincangkan "Kami mahu lihat sama ada u are a leader or a follower." Saya rasa, lebih baiklah Cik Siti berperanan sebagai "leader", tetapi bertindak seperti "follower".

SITI said...

Afzan: Deserve? Huhu. Thanks. Doakan kejayaan aku.

Enchek Anuar: Baiklah! Owh, cubalah Enchek Anuar bayangkan jika ada orang beri sebuah kedai kosong dan duit, dan berkata, "Binalah kedai buku sebagaimana yang kamu mahu". Maka, penikutkah atau ketuakah? Haish.

ultimatecass said...

yayyyy!!!! *clap clap*

SITI said...

Atie: oh, tq2.

HaziratulQuds said...

gler besh ahh k.siti camtuh
congratz yeah..
klu ader keje kosong c2 bley rekemen sy plak
ngee~~~

SITI said...

quds: ahaha. Baiklah.

amiza said...

Congrats!!best nyer..

SITI said...

Miza: thanks. Semoga aku berjaya. Ameen. :)

eMa in the LaLaLand and siyesly feel so LaLa this time.. said...

*clap*clap*clap*

u deserve it..
tapi pandai2 bagi mase okeys..

SITI said...

ema: thanks. doakan kejayaan aku.

eena said...

Tim...congrats ye..ko jgn lupa tau pesan kite...he..he...
kite org kat sini sgt berbesar hati nak tlg....(^_^)

SITI said...

eena: thanks for your support. Doakan kejayaan aku. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...