Friday, July 10, 2009

Bagaimana?

Beberapa bulan lalu, saya masih berkira2 sama ada mahu masuk sektor awam atau sektor swasta. Selain daripada makmal swasta yang offer saya kerja itu, HKL adalah hospital kerajaan yang mempunyai makmal genetik. Hospital Ampang sudah ada, tapi masih belum run. Saya kurang pasti masalah sebenar mereka.

Sejak tahun lal, LPPKN, sebagai sebuah badan berkanun telah menaikkan caj dan fi mereka selaras dengan keputusan kabinet. Ujian analisis kromosom telah naik daripada RM 50 kepada RM100 bagi satu ujian. Akibat daripada kenaikan ini, ramai pelanggan memilih untuk menghantar sampel darah pesakit mereka ke HKL, di mana tiada bayaran dikenakan. Maka, kes2 di HKL meningkat sehingga 2000 kes pada tahun 2008. Pihak HKL telah memohon staf LPPKN yang mempunyai kepakaran untuk analisis kromosom ini melakukan part time di sana bagi membantu mereka.

Setelah satu orang staf dari makmal genetik ini bercerita, dia kata, bagi kes2 yang tidak urgent, mengambil masa satu tahun untuk menunggu kes itu di analisis. Ya, kes urgent memang sangat urgent, spt kes Patau dan Edward Syndrome. Juga bagi kes ambigous gentalia (keraguan genitalia. Ya, ada bayi yang dilahirkan dengan ketidakpastian sama ada lelaki mahu pun perempuan kerana alat sulit mereka tidak jelas (ada keraguan). Kes2 begini sangat2 urgent.

Pada satu hari di minggu lalu, satu doktor telefon untuk hantar blood ke makmal genetik LPPKN. Kemudian, doktor itu tanya adakah sebarang diskaun untuk OKU. Kami kata, tiada. Silalah hantar ke HKL, di sana tiada bayaran akan dikenakan. "HKL? Hurm, dua tahun baru dapat result."

Saya rasa penin. Ingin saja saya lari ke HKL dan membantu mereka.

Adakah jika saya terima tawaran kerja kat makmal swasta ini, saya dikira pentingkan diri sendiri?

Bila mendengar situasi2 beginilah yang membuatkan saya bercita2 mahu membuka makmal sendiri. Dua tahun baru dapat results? Orang kaya kita tak perlu cerita, mereka memang akan anta ke luar negara, paling dekat pun Singapura. Tapi, orang yang tidak kaya lebih ramai dari yang kaya.

Bagaimana?

*Silalah baca entri yang "menyayat hati" ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...