Thursday, July 23, 2009

Influenza A (H1N1)

Entri ini didedikasikan kepada adek saya, di mana universitinya telah diarah tutup ekoran penularan penyakit ini di kawasan kampusnya.

Saya memang mengikuti perkembangan penyakit ini sejak awal lagi. Setiap hari saya akan buka laman web kementerian kesihatan. Saya akan jadi gundah gulana jika mereka tak update kenyataan akhbar mereka di laman web.

Influenza A (H1N1) - Kementerian Kesihatan Malaysia

Saya harap rakan2 sekalian, yang akan bercuti, terutamanya ke luar negara akan menjalani kuarantin sekurang2nya selama seminggu selepas pulang nanti, terutama jika pergi ke negara yang dilanda wabak ini.

Ya, saya sudah beli face mask, tapi saya belum memakainya. Tapi, saya memang tidak ke mana2 selain ke makmal. Jika anda telah dijangkiti selsema, dan mahu ke tempat2 yang ramai orang seperti kompleks membeli-belah atau pasar malam, silalah pakai topeng muka, untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku.

Sila bertanggungjawab kepada masyarakat sekeliling.

Untuk makluman lanjut, sila baca media pendidikan yang dikeluarkan seperti di sini.

Bila penyakit ini datang, saya nampak hikmah berwuduk, . Kita berwuduk sekurang2nya 5 kali sehari, dengan salah satu perkara ialah mencuci tangan hingga ke siku. Tiada umat lain selain umat islam yang kerap mencuci tangan, di mana itulah yang sedang selalu diwar2kan dalam media, "Kerap mencuci tangan...."

Ya, Islam agama yang syumul.

Sekian, salam 1 Sya'aban.

4 comments:

amiza said...

sepupu aku pon suspected h1n1 and now kuarantin at Melaka GH. Alhamdulillah, i'm free of h1n1 after come back from canada..sekarang ni nak keluar gi shopping complex jln2 pon risau coz of this virus..

SITI said...

Amiza;
Alhamdulillah. Semoga sepupu kamu itu pun bebas dari virus ini. Insyaallah. Dan, semoga rahmat Tuhan sentiasa bersama2 kita.

eMa in the LaLaLand said...

Puan Supervisor saye sedang dikuarantin kerana anak die telah dijangkiti penyakit ini...die adalah singaporean..rase seronok die tade...tapi takut bile tetibe rase mcm nak demam..cecepat mnm air byk2...

SITI said...

ema;
baguslah dia mahu dikuarantin. ada je manusia yg tidak bertanggungjawab tidak mahu dikuarantin, kemudian menjangkiti orang lain. haish.

ktsn dan fakulti2 di ukmkl serta ppukm ditutup sehingga 2 ogos. 49 orang pelajar telah dikuarantin akibat menghidap penyakit serupa influenza (ILI=influenza-like illness).

aku ni kira ukmkl ker? hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...