Thursday, March 12, 2009

Kongsi

Hari ini saya mahu berkongsi dua perkara di sini.

PERTAMA : Gambar FISH.


FISH di sini bukan bermaksud ikan. FISH di sini ialah fluorescence in situ hybridization, teknik yang saya gunakan dalam kerja makmal saya. Ya, saya mewarnakan kromosom seperti di atas, dan mencerapnya di mikroskop. Lihat gambar yang ditunjukkan oleh anak panah itu. Chomels, kan? Macam gingerbread man. Hehe. Gambar ini saya cerap pada minggu lepas. Selepas ini saya akan kerap kongsikan gambar2 yang saya kira menarik dalam cerapan saya setiap hari. Gambar di atas sebenarnya agak kurang baik, kerana ia terlalu terkumpul. Gambar metafasa yang baik, kita boleh lihat kromosom itu terlerai satu persatu. Saya akan terangkan dalam gambar yang lain.


Doakan saya semoga tammat dengan cemerlang untuk peringkat sarjana ini. Ameen.

KEDUA: Surah Yunus, Ayat 57.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَآءَتۡكُم مَّوۡعِظَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ


Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.


Saya baru selesai membaca surah ini dan terjemahannya semalam. Saya rasa saya sukalah ayat ini. Jadi, saya mahu kongsi dengan kamu semua.


Sekian, selamat hari Khamis.

4 comments:

Afzan said...

Oh tim, Kromosom adelah sgt comel. nak tgk gambar die sekor2. Eh, ke sorang2?

SITI said...

Afzan;
Okay, nanti aku carik yg chanteks2. Aku pun tak sure penjodoh bilangan yang tepat bagi kromosom. Hehe.

Anonymous said...

segulung kromosom..hehehehe....bestnya boleh tgk kromosom bewarna nie..hehehehe..buat la bagi lagi cantik yer..semoga cepat habis pengajian Sarjana..Amin

SITI said...

Oryza;
Baiklah, aku akan letak gambar yang cantek2 lagi.

Ameen. Aku nak hadiah dari kau jika aku sudah tammat nanti. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...