Tuesday, March 17, 2009

Bahagia

Ini ada satu kisah. Kisah tentang suami isteri.

Si suami sangat bahagia. Dia telah mengahwini seorang perempuan yang cantik. Maka, dia terasa lengkap. Dia sentiasa bahagia menatap wajah isterinya yang cantik dan suka mencantikkan diri diri itu.

Si suami merasa bahagia mendapat isteri yang cantik. Walaupun si isteri tidak terlalu pandai memasak. Si isteri hanya tahu memasak 4 jenis masakan ikan, daging dan ayam. Lauk sayuran, si isteri hanya tahu memasak 2 jenis lauk. Dan, si isteri hanya akan memasak jika terasa mahu memasak. Maka, dalam kebanyakan masa, si suami yang membeli lauk pauk untuk hidangan makan di rumah. Namun, si suami merasa bahagia apabila dapat makan sambil menatap wajah isteri yang cantik.

Si suami merasa bahagia mendapat isteri yang cantik. Si isteri bekerja biasa2 sahaja kerana dia tidak belajar tinggi. Si isteri ingin keluar bekerja kerana merasa sedikit buhsan tinggal di rumah. Si isteri tidak pandai memandu kereta. Si isteri tidak mahu menaiki pengangkutan awam yang busuk baunya. Namun, si suami tetap merasa bahagia, menghantar dan menjemput si isteri di tempat kerja. Dia sungguh bahagia apabila isterinya berada di dalam keretanya, menatap wajah isterinya yang cantik, dan haruman isterinya yang dapat menghiburkan hatinya.

Si suami merasa bahagia mendapat isteri yang cantik. Walaupun, si isteri tidak pandai mengemas rumah. Si suami merasakan sangat senang mengemas rumah untuk isterinya yang cantik. Si suami membasuh pinggan dan membasuh baju. Malah, si suami juga yang menyidai pakaian dan juga melipatnya. Si suami juga sangat gemar menggosok pakaian. Si suami sangat senang untuk menyapu sampah dan mengemop lantai pada hujung minggu. Si suami merasa bahagia membuat kerja sambil menatap wajah isterinya yang cantik itu, berlegar2 dalam rumah. Si suami merasa bahagia memegang tangan isterinya yang lembut, lantaran tidak membuat kerja rumah itu.

Si suami merasa bahagia mendapat isteri yang cantik. Ditakdirkan oleh Tuhan yang Maha Adil, bahawa mereka tidak mendapat zuriat. Apabila si isteri mahu membela anak yatim, supaya dapat menambahkan pahala di samping menyerikan rumah mereka, si suami lantas terus bersetuju. Si suami suka bersetuju dengan isterinya kerana ia akan membuatkan isterinya tersenyum manis dan manja. Ini akan membuatkan si suami bertambah2 bahagia melihat isterinya yang cantik itu.

Maka, si isteri membesarkan anak2 sambil si suami mengemas rumah.

Ia adalah satu pilihan. Merasa bahagia atau tidak merasa bahagia. Dan, ini kisah si suami memilih untuk merasa bahagia hanya dengan mendapat isteri yang cantik.

Si isteri juga memilih untuk menjadi bahagia di atas pilihan suaminya itu.

Sekian.

*hAkCiPtAtErPeLiHaRa*

4 comments:

Afzan said...

tim, sangat menarik cerite itu. bolehkah aku menjadi isteri yang cantik itu? Oh alangkah bahagianye kalau begitu.

SITI said...

Afzan;
Boleh. Pilihlah untuk menjadi isteri itu. :)

Marliza Radzi said...

somehow merasa bahagia membaca kebahagiaan suami yang bahagia itu, tak kisahlah atas sebab apapun dia bahagia, yang penting bahagaia :)

SITI said...

kak Yanti;
terima kasih kerana memilih untuk merasa bahagia ketika membacanya. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...