Monday, September 15, 2008

Kereta Emak

Wiken yang lalu ada majlis khatam family di umah uncle saya di Batu Caves. Setelah semuanya hampir selesai, ada ujian Tuhan melanda keluarga saya.

Semuanya sedang siap untuk pulang, tiba2 emak bertanya tentang kereta dia kepada adeks. Emak kata dia bermimpi di Mekah, keretanya hilang. Emak dan ayah saya baru pulang mengerjakan umrah pada hari sabtu itu, dan terus ke rumah pakcik saya. Kereta emak dalam simpanan adek2 saya yang tinggal di apartment. Disebabkan ketiadaan parking dlm kawasan apartment, kereta emak di letak di kawasan luar apartment.

Tiba2 adek2 saya yang kembar itu terkejut, lalu bertanya sesama sendiri. Setelah menelefon ke sana ke mari, jawapannya hampir pasti, HILANG.

Emak tidak terkejut sangat sebab dah mimpi. Tapi, abah agak marah. Dia dah suruh letak di UKM. Tapi, kami diam saja. Laporan polis pun dibuat.

Kehilangan, perkara yang perlu kita bersedia jika kita memiliki sesuatu, kerana semuanya tidak kekal.

Maka, di sini, ingin saya beritahu, jika sesiapa ternampak kereta waja berwarna beige, plat nombor JJL 177, maklumkanlah ke balai polis berhampiran.

adek2 saya bersama seorang rakan mereka bergambar di hadapan 177 yang kami kehilangan itu.

4 comments:

KiMi said...

Uiks?keter ilang?Sadis.Adik2 ko tu igt apernyer?keter pon bole tak perasan ilang.Hebat.

SITI said...

abg kimi: masing2 ader kete sendiri, maka kurang jaga kete emak. Dugaan bulan Ramadhan...

Anonymous said...

Fath nmpk kurus..kesan berpuasakah?
Anyway, bapa aku pnah kehilangan kete.
Ia merupakan kete pertama beliau dan kete pertama malaysia..
Ye...kereta proton saga puteh~!!!
6 bulan kemudian baru jumpe..itu pon jumpe rangka sahaja..platnye JBL 606...
Kemudian abah beli kete baru...
Ye..kete proton saga puteh lagi...
platnye J**(x igt) 606...
hmmm..
kisah abah dan proton saga putehnye..

SITI said...

erma: itu gamba sudah sgt lama. gamba di uum dahulu kala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...