Friday, August 15, 2008

Pankreas Amiran



Saya mohon maaf. Saya tidak dapat mengelak untuk menulis tentang perkara ini. Saya mohon maaf.

Saya tahu, kematian seseorang itu tidak diketahui. Tapi, mungkin kita boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit. Maka, kita boleh mengurangkan risiko untuk mati akibat penyakit. Sekurang2nya kita berusaha.

Saya tahu saya bukannya mengamalkan gaya hidup yang sangat optimum. Saya malas2 untuk bersukan. Tapi, saya agak menjaga makanan saya. Tidak terlalu manis. Tidak terlalu masin. Tidak juga terlalu masam. Dalam Islam, kesederhanaan sangatlah dititiberatkan.

Amiran, kawan saya itu, punya addicted terhadap minuman bertin. Dia boleh minum banyak tin dalam satu hari, berhari-hari. Seperti semua orang sedia maklum, kandungan gula minuman bertin sangat tinggi. Saya dan rakan2 banyak kali sudah berkata2 nasihat kepada dia. Tetapi, pada satu hari, dia sudah mula memarahi. Katanya, "Mati, bila2 pun boleh". Maka, maksudnya, Amiran sudah marah kepada orang2 yang menasihatinya.

Sesungguhnya, Amiran, kami memberi nasihat kerana, sesungguhnya, kami sayangkan kamu. Kamu sangat perlu tahu itu.

Maka, Amiran, di sini, kata2 nasihat akan dikeluarkan buat kesekian kalinya.

Saya tahu, jika kita sudah addicted mengenai atau ttg sesuatu, sangat sukar untuk lari dari habit itu. Namun, mesti ada cara untuk mengatasinya. Bukanlah saya melarang sama sekali Amiran meminum minuman dalam tin itu, hanya perlu dikurangkan sahaja.

Kasihanilah pankreas kamu. Bayangkanlah betapa teruknya organ kecil kamu itu bekerja merembeskan insulin. Sehingga pada satu tahap, ia tidak dapat merembeskan insulin lagi, maka di saat itu, kesedaran kamu telah terlambat.

Maka, pada saat kamu sedang mengumpul syiling untuk membeli minuman di "push-push machine" itu, bayangkanlah pankreas kamu, dan kasihanilah ia.

Sekian.

7 comments:

Anonymous said...

Pankreas Amiran...oh..saya amat mengenali Amiran itu...dia itu sangat antagonis sifatnya...suka memberi idea-idea yang bila dilihat seperti membangkang..(pembangkangkah dia?)...mungkin tidak rasanya...terima kasih cik Tim..atas nasihat kepada Amiran itu..sebagai seorang kawan kepadanya..saya juga berharap dia mengamalkan pemakanan yang sihat...tidak mengambil gula yg berlebihan..dan tidak memaksa pankreasnya bekerja keras diusia muda...saya rasa Amiran mengambil tahu mengenai nasihat itu, walaupun reaksi dan percakapannya adalah berantagonis...sebab saya cukup kenal akan Amiran itu...saya pasti dia mengamalkan hidup yg sihat...kepada Amiran, Semoga berjaya dalam hidup walau dalam apa jua lapangan yg and tempoh..amin.

SITI said...

oryza: Ya, semoga. Ameen.

Anonymous said...

aku nak teka oryza ni amiran tapi..ehm..ntah..

owh amiran...jaga diri baik2 yer...

peace..

SITI said...

erma: huhu. tidaklah boleh aku memberi jawapan. tapi, amiran sentiasa baca blog aku.

Anonymous said...

Siapakah si Amiran itu? blogger ker? hehehehe...

Anonymous said...

malam nie ada lawatan ke blok lagi..huhuhu..penat.

SITI said...

durio: welkam. Ya, amiran juger blogger. Link nyer ada di sidebar saya itu.

mangifera: welkam. Ya, terakhir utk sem ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...