Thursday, August 14, 2008

Corat-coret


1. Ya, saya perlu meminta maaf kerana tidak menulis untuk satu jangka masa yang agak lama. Saya terlalu khusyuk menonton Grey's Anatomy. Terima kasih kepada Mike yang telah memuat turun all the 4 season utk saya. Saya tidak perlukan cerita lain lagi. Tgk citer GA ni, ulang2 pun takpe. Huhu. Saya dah tammat tgk season 4. Malah, saya telah nonton episod akhir itu sebanyak 2 kali. Sangat menakutkan melihat budak yang kene simen tu. Sangat. Owh. Dan, saya juga telah tidak sabar2 untuk menunggu season baru citer ini. Owh, Mike, silalah berlaku baik pada saya lagi, pada satu hari yang lain, setelah musim baru itu telah ada, maka, muat turunlah lagi utk saya. Owh.

2. Saya telah menonton majlis pembukaan olimpik Beijing itu. Awesome, kan? Sangat hebat. China telah menjadikan saya bangga menjadi rakyat asia. Hehe. Tapi, nampak mcm sgt show off bila mana sgt banyak bunga api. Tahulah kamu mmg pembuat bunga api, wahai negeri China. Heh. Perkara yang saya tidak gemar ttg malam itu ialah baju kontijen Malaysia. Warna oren itu nampak tidak chanteks Dan tidak melambangkan apa2 pun. Tiada nampak semangat Harimau Malaya itu. Tiada. Hurm...

3. Saya nak tulis jugak walaupun ini cerita sudah agak beberapa hari. Pada satu hari, Buletin Utama "berkata", Pak Lah marah kat Anwar sbb dia kata Anwarlah sebab berlakunya kemeruduman ekonomi Malaysia. Haha. Kelakar, kan? Dah yang tak pandai ekonomi, pastu nak salahkan orang lain pulaks. Heh. Nampak lagi tak pandai bila dia berkata2 begitu.

4. Dan, sekarang, masalah UITM. Obviously, ada semacam orang yang menyuruh2 untuk berpiket itu. Kalulah NC mereka tidak gemar pelajar berpiket, takkan jadiyer. Mengapa saja pihak pentadbiran boleh membenarkan mereka begitu. Erm, saya tahu saya orang melayu. Saya bukannyer tak sayangkan bangsa. Tapi, bila kita buat begitu, nampak sangat kita takut. Nampak sangat kita tak kuat. Bukannyer nak buat meritokrasi utk uitm. Buat kouta lagi, 10% je pun.

5. Saya sebenarnya tidak mahu bercakap sangat banyak ttg melayu itu. Kerana mmg isu ini sensitif. Tapi, bagi saya, sebagai orang melayu, satu persoalan yang timbul ialah, sampai bila kita nak hidup dalam ketakutan begini. Kita perlu menghadapainya. Kita perlu berusaha dengan bersungguh2 untuk bersedia. Dan kita tak kan tahu bila kita sudah cukup bersedia untuk menjadi sangat terbuka kepada kaum lain itu. Kita sangat takut kerana kita tidak kuat. Jika kita kuat, kita tak kan keysah pun untuk membuat meritokrasi, kerana, kaum kita akan dapat menjadi dominan juga di universiti itu. Maka sekarang ini, kita hanya perlu membina kekuatan. Hidup dalam subsidi ini hanya membuatkan kita terus lemah. Kita mungkin akan ketinggalan dalam beberapa tahun. Tapi, jika kita benar2 bangsa yang kuat, kita akan berjaya bangkit satu hari nanti. Seperti Jepun yang pernah kalah dan gagal selepas dibom dengan bom atom itu. I've read somewhere, citer benar ttg seorang rakyat Malaysia yang berada di sana semasa pengeboman itu. Kawannya orang Jepun telah berkata kepada dia, "Kau pulanglah dulu ke Malaya. 10 tahun lagi kau datanglah semula ke Jepun. Semasa itu, aku yakin bangsa ku sudah lebih maju daripada Amerika". Dan, ia sangat benar. Jepun telah dapat bangkit dengan cepat, dan telah dapat bersaing dengan Amerika.

5. Mungkin saya salah. Tapi, mungkin saya juga benar. Saya pernah berkata kepada kawan saya, kita perlu jatuh untuk kita bangun. Tapi kita perlu tahu bagaimana untuk bangun dengan cepat dan menjadi sangat stabil selepas itu. Saya rasa agak penat melihat orang melayu yang nampak terlalu takut dan memperjuangkan hak orang melayu dengan begitu taksub. Mungkin saya silap. Tapi, tak semestinya mereka benar.

6. Pak Ngah saya dalam siri jelajahnya memberi penerangan selepas prestasi teruk BN telah menjelaskan beberapa perkara. Bahawa kekalahan itu bukanlah disebabkan oleh orang melayu. Berapa banyak sangatlah orang melayu yang telah memangkah pembangkang. Dan, Johor telah mencatat undi rosak tertinggi kerana orang melayu Johor sangat tidak sanggup untuk mengkhianati perjuangan UMNO, tapi tidaklah juga sanggup mengundi pembangkang Yang telah membuat prestasi teruk ini adalah kaum cha ya nun alif itu. Malah, telah diberitakan, mereka tidak keluar rumah 2 hari, takut2 orang melayu keluar memberontak. Memang analisis telah menunujukkkan bahawa, jika majoriti pengundi kawasan itu adalah kaum cha ya nun alif itu, maka, memang calon BN telah kalah. Saya sangat yakin kebenarannya. Tapi, analisis ini tidak boleh sangat ditunjukkan kerana keputusannya memang sangat berbaur perkauman. Dan sekali lagi kita sangat merasakan ketakutan itu. Sangat. Tapi, sampai bila? Kita tidak boleh ingin mempertahankan lagi. Kita mesti belajar bersedia dan membina kekuatan.

7. Hari ini, saya telah diserang satu masalah, "cold bone". Walaupun ia bukanlah satu perkara yang luar biasa bagi saya, tapi kali ini ia telah menyebabkan tumit saya sakit. Saya tidak pernah diserang di tumit sebegitu. Ia terlalu aching dan lenguh. Saya telah bercerita kepada En. Kid dan En. Anif. En. Anif suruh saya pergi bermain ragbi. Apakah? Saya sungguh penin dengan suggestion itu. Heh!

8. Tahniah kepada rakan2 yang telah selamat berkonvokesyen. En Anif= Sarjana Ekonomi. En. Amiran= Sarjana Sains. En. Mike=Sarjanamuda Teknologi Maklumat. Cik Azizah= Sarjanamuda Sastera. Dan juga adek saya= Sarjanamuda Sains (Sains Bahan). Doakan saya dapat konvo pada sesi depan. Ameen. Buat En. Eff, saya maafkan kamu. :)

9. Semua perkara di atas adalah pandangan peribadi yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Sekian.

9 comments:

Anonymous said...

Tim,
Bolehkah aku mendapatkan salinan cerita GA kamu itu?
Aku hanya dpaat menonton sehingga sezen ke 3 shj...
Bolehkah?
Bolehkah?
Boleylahhhhhhhhhhhhhhh
heheheh

Anonymous said...

aku terasa nak komen plak..ada masa sikit..bos g KL..hahahahaha...erm..penulisan2 ko kali ini agak bagus...membuka minda...sangat membuka minda sebenarnya...isu2 yang diketengahkan agak baik kupasannya..hehehehe...Pemikir2 seperti kamulah yang negara perlukan..memikirkan akan kebenaran...bukan hanya mengikut membuta tuli...sekian...

SITI said...

Sirnah: boleh. Tetapi, perlu ada alamat kamu. Dan perlu juga wang ongkosnya, untuk cd dan wang ngepos. Aku belum bekerjalah. Huhu.

Oryza: TQ. Tapi, kau tak ulas pun isu itu. Ulaslah sket. Heh

Anonymous said...

Owh..sangat byk issue...as a commentar, susah untuk aku mengomen satu persatu...
aku nak komen ttg UiTm dan piket kurang bijaknya itu....
Aku sangat marah apabila menonton di kaca TV, segerombolan anak melayu berbaju hitam berarak di dataran shah alam..
owh..sangat tidak bijak okeyh...
come on la..kuota itu kan 10% ajer..maka kamu2..anak2 melayu...masih ade 90% lagi....
Bukankah ianya bagus dari kamu terus dimanjakan?barulah kamu, UiTm itu boleh dipandang setaraf dengan pelajar2 U lain yang terpaksa compete dengan bangsa asing...
Lagi satu,pihak pentadbiran UiTm,boleh eh benarkan piket mcm tu?Sepatutnya pihak pentadbiran U umpama 'org tua' kepada pelajar2 sesebuah institusi menasihatkan begini 'anak-anak..teruskan pembelajaran kamu,biar kami uruskan..jangan risau yer..' ini tak...

haih...

Anonymous said...

alamak..terclick 2 kali..tulun del 1 of them yer cik TiM..sowee..

owh..to my gang out there yang convo...

Tahniah Ya~!!!!

sorry tak dapat hadir....

jgn lupe shre the pics~!!!

xoxoxox ermalina
=)

Anonymous said...

ok Tim...
bgtau berapa ongkosnye..
akan ku maybank2u kan kpd mu....

SITI said...

erma: Ya, mereka sgt pelik2 nak berpiket2 begitu. Maaf, tiada gambar yg boleh di upload. Huhu.

sirnah: akan ku beritahu selepas aku mengira. Hehe. Aku sgt tiada masa membeli-belah lagi. Owh.

Marliza Radzi said...

GA season 4 amat lazat.

SITI said...

kak yanti: tak sabar nak tunggu season 5. owh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...