Saya rasa saya tidaklah terlalu lewat untuk menulis tentang pemain badminton negara yang seorang ini.
Saya memang menonton perlawanan akhirnya menentang Lin Dan dalam usaha mendapatkan pingat olimpik. Begitu penat menunggu, kerana diberitahu dia akan bermain seawal 6.30. Namun, saya hanya turun jam 7, sementelah sedang melakukan kerja di bilik. Saya turun ke opis menonton bersama teman2. Tetapi, masing2 hampa, malah ada yang terlalu hampa. "Sudahlah Chong Wei, harapan palsu". Ahaha...
Namun, saya tidak menyalahkan Chong Wei. Lin Dan memang pilihan utama kejohanan. Lin Dan sedang bermain di negara sendiri. Negara dia sedang menjadi tuan rumah Olimpik. Maka, itu sebab Lin Dan punya kekuatan luar biasa. Disebabkan semangat luar biasa itu, ternampaklah Chong Wei itu seperti sangat kalah. Ya, kekalahan itu nampak terlalu mudah. Namun, saya yakin, ia hanyalah gara2 semangat Lin Dan yang sangat luar biasa itu. Cuba bayangkan kalu Lin Dan kalah. Sangatlah memalukan dia. SANGAT! Jika Lin Dan pilihan kedua kejohanan pun, dia pasti boleh menang kerana semangat luar biasa dia itu.
Dan, memenangi pingat Perak sukan Olimpik bukanlah terlalu menyedihkan. Kita berasa terlalu sedih kerana mungkin kita terlalu berharap. Dan mungkin, Lin Dan menang dan menunjukkan muka sedikit riak. Maka, kita jadi marah. Huhu.
Tahniah, Chong Wei, atas segala ganjaran. Kami memang nampak telah pernah bekerja keras. Owh, tahniah juga atas gelaran Datuk itu. Tahniah.
No comments:
Post a Comment