Monday, July 14, 2008

kArMa

Bagi saya, karma adalah peraturan hidup di mana buat baik akan dibalas baik, dan buat jahat akan dibalas jahat.

Selama telah hidup ini, balasan untuk kejahatan yang dilakukan, saya akan terus dapat. Kecik2 dulu, sgt baik, maka tidaklah sedar perkara ini. Tapi, semenjak tahu menjadi nakkal, dan terus mendapat balasan Tuhan, barulah sgt sedar akan KARMA ini. Pernah jer nakkal, dan sesaat lepas tu jatuh tangga. Terlalu cepat balasan itu. Maka, takutlah jugak nak berbuat nakkal.

Tapi, manusia, sering lalai dan lupa. Perlu sentiasa ingat mengingati. Buat nakkal, dan kene balasan Tuhan, tpi, insafnyer sekejap jer. dan kemudian telah berbuat nakkal lagi. Pada satu hari, setelah berbuat nakkal, tiba2 balasan Tuhan itu dirasakan tidak sampai2. Dan, terus2an berbuat nakkal. Dan, akhirnya, balasan Tuhan yang amat berat dan perit dirasakan. Owh.

Apabila Tuhan memberikan balasan terhadap kejahatan saya, saya dapat merasakan Kasih Tuhan terhadap hamba-Nya itu. Bukankah Tuhan Maha Pengasih? Maka, jika Tuhan tidak memberikan balasan kepada saya, selepas melakukan kejahatan, saya cukup terasa kehilangan kasih sayang itu. Owh.

Tapi, saya melihat orang2 di sekeliling saya, yang sudah tidak mahu percaya karma ini. Yang merasakan semua orang lain itu, bila tidak berbuat baik kepada mereka, orang2 itulah yang jahat bagi mereka. Orang2 ini tidak sedar, bahawa merekalah sebenarnya, diberi balasan Tuhan, kerana telah berbuat nakkal. Maka, orang2 lain tidak mahu kawan lagi dengan mereka atau tidak mahu berbuat baik lagi kepada mereka. Kadangkala, mereka merasakan dunia ini tidak adil kepada mereka. Walhal, mereka telah melupakan banyak tugasan sebagai hambaNya.

Apbila mereka tidak nampak lagi peraturan KARMA ini dalam hidup mereka, saya melihat seperti hati mereka seperti sudah mati. Ia adalah sesuatu perkara yang sangat menakutkan saya. SANGAT! Sesungguhnya, jika KARMA itu sudah tidak berlaku dalam kehidupan ini, hidup akan menjadi tunggang-langgang. Owh.

Semuga kita semua masih dapat merasai kasih sayang Nya. Semuga kita semua dijauhkan daripada penyakit hati mati itu. AMEEN.

11 comments:

Anonymous said...

Karma? Apakah...saya sangat tidak boleh explain apa itu Karma...jika disuruh menulis esei pasal Karma..saya pasti fail..hehehehehe..

SITI said...

Anon: siapakah kamu? Heh! Karma itu, peraturan di mana buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

Marliza Radzi said...

insan. kadang-kadang perlu diingatkan supaya ingat.

SITI said...

kak Yanti: Haah. Owh, rasa terharu. Kak Yanti sudah kembali. Owh.

Sahalfikri said...

sama tak KARMA dan sunnatullah? mm..

SITI said...

serambi maya: alamak, tak tahu pulaks. Kene bukak kitab/ bukulah. Hoho.

Anonymous said...

kiter rujuk karma ker?????ngaper x rujuk al-Quran,sunnah...ada rasulullah mention psl karma ni???? anda boleh menjerat aqidah insan lain...

Anonymous said...

karma? hehehe,gua x tau ler... kalu kurma ok lah...bulih mkn...nyum... sedap...wat buke pose

Sahalfikri said...

ustadzcyber: btullah seharusnya dirujuk kpd sumber asli Q n S. saya percaya pemilik blog ini adalah seorang yg kuat membaca.

dan pembaca blognya juga adalah dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa juga agama. maka, penggunaan kata KARMA adalah cerminan kesantunan pemilik blog ini bagi mengetuk pintu hati para pembaca.

seharusnya kita para pengulas menambahkan perisa dalam entri ini. bezanya ialah pemilik blog menulis KARMA sedangkan perkataan SUNNATULLAH mungkin boleh menggantikannya.

Jika digunakan SUNNATULLAH pula, mungkin mesej betapa Allah itu sangat ADIL dalam membalas perbuatan manusia tidak dapat difahami dengan mudah. Dan memerlukan kepada penulisan ilmiah yang lebih panjang.

Hakikatnya KARMA itu seakan SUNNATULLAH. Tidaklah KARMA itu sama ertinya dengan SUNNATULLAH. Kerana asal kata KARMA adalah dari kitab Hindu. Pastinya ada kaitan kata KARMA dengan konsep ketuhanannya tersendiri.

Tetapi mengikut SUNNATULLAH, jika kita buat baik, dibalas baik.. begitu juga dengan keburukan, akan dibalas dengan keburukan.

Anonymous said...

SALAM....SETUJU DGN EN.SAHALFIKRI... karma & sunnatullah 2 yang berbeza...krn membawa konsep ketuhanan yg berbeza...dan konsep ketuhanan itu merupakan TAUHID... konsep mengESAkan ALLAH.berkait pula dgn AQIDAH....ikatan,simpulan kepercayaan trhdp keESAAN ALLAH.... jadi tdk wajar dicampur adukkan..krn susur galurnya akan menyebabkan penyelewengan AQDAH... waAllahua'lam

Anonymous said...

salam...sunnatullah..... Ketetapan Ilahi terhadap hukum ciptaan Allah...ana bg contoh mudah...planet yg berputar mengikut orbit adalah sunnatullah....arah putaran bumi,graviti..(bukan sbb tarikan kebwh,ia adalah kehendak Allah.) Byk lglah cuntoh...anta baca ler sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...