Tuesday, June 17, 2008

Sentuhan Jari-jemari

Ibu saya mmg seorang yang celik IT. Tidak spt ramai rakan2 seusianya yang lain, ibu saya boleh mempelajari teknologi terkini dan menunjukkan minat ke arahnya. Berbanding abah saya, ibu saya sangat cekap menggunakan komputer (dan laptop), telefon bimbit dan kamera digital.

Saya dan adek2 rasa senang dengan kemampuan ibu menggunakan teknologi ini. Kesannya, kami boleh mendapat apa yang kami mahu, kerana ibu akan faham. Malah, ibu yang akan bertanya. "Kamu memerlukan laptop?" semasa adeks saya di matriks. Saya juga mendapat sebuah laptop sendiri semasa di matriks. Kami juga akan seronok mengajar ibu teknologi terkini kerana ibu cepat faham. Dan, terakhir, kami telah mengajar ibu cara membuat video call dengan teknologi 3G.

Kerana merasa seronok dan excited, ibu telah membeli sebuah telefon bimbit baru lengkap dengan teknologi 3G, kaler purple, jenama Sony Ericsson.

Kesannya? Owh, sungguhlah dahsyat.

3G hanya boleh digunakan di bandar Muar sahaja, dan tidak di kampung (rumah) saya. Maka, jika ibu ke bandar sekarang, dia tidak akan melepaskan peluang membuat video call dengan semua anak2nya. Semacam spot check. Heh. Owh, tidaklah dapat kami mengelak untuk menjawabnya, kerana ibu akan mengesyaki sesuatu. Maka, kami tidalah boleh berada di tempat yang tidak sepatutnya, kerana ibu akan tahu. Tidaklah boleh kami menipu berada di tempat yang lain kerana ibu akan nampak. Owh.

Dan, ibu sgt suka menghantar MMS. Semasa usia handphone barunya seminggu, setiap hari dia menghantar gambar. Penat menghantar gambar sendiri, ibu telah menghantar gambar abah. Setelah seminggu, saya telah mendapat 7 gambar. Owh.

Teknologi begini, dilihat semakin mendekatkan kita. Tapi, bagi saya, ada yang hilang. Walaupun kita dapat mengetahui khabar berita dan dapat melihat gambar terbaru setiap hari, atau secara live, kita telah kehilangan sentuhan. Teknologi begini akan menyebabkan tiada keperluan untuk pulang (ke kampung) lagi. Maka, anak2 hanya akan membuat panggilan, dan tidak pulang menjenguk, dengan alasan sibuk dan sebagainya.

Dan lagi, pernahkah anda melihat satu iklan, di mana seorang ayah yang sedang bekerja, memainkan anak patung di hadapan handphone, supaya anaknya dapat melihatnya dan tidur. Semuanya ada, kecuali sentuhan kasih sayang untuk mengucapkan selamat malam. Tidakkah ia satu perkara yang menyedihkan?

Saya fikir, ia bukanlah perkara yang baik. Hilanglah sentuhan melalui bersalaman dan peluk cium dari anak kepada ibu ayah. Tidakkah anda merasa bahawa sentuhan dengan jari-jemari itu satu keperluan untuk mengeratkan kasih sayang? Tidaklah dapat rasa kasih dan sayang itu dirasa dengan sepenuh hati, melalui video call dan MMS itu.

Tapi, saya sedar, teknologi ini tidak boleh dijadikan alasan kekurangan kasih sayang. Kita perlu memandang positif kepada teknologi seperti ini. At least, kerinduan ibu ayah yang berjauhan, sedikit sebanyak terubat dengan kemudahan canggih ini. Dan lagi, jika anak2 benar2 jauh dari ibu bapa, seperti ke luar negara, teknologi seperti inilah yang mampu mengubat lara rindu.

Semuga kita semua sentiasa dapat merasa kasih dari Tuhan yang Maha Esa. Ameen.

7 comments:

Anonymous said...

Mmmm..cerita kali ini agak menarik..sangat bagus..moralnya adalah kita harus selari bergerak bersama teknologi yang semakin berkembang...bagi saya lah..teknologi ini sebenarnya membantu..dan dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim sesama ahli keluarga..

hehehe...mmmm...kita tidak tidak harus melihat yang dengan adanya teknologi ini...tidak lagi akan berlakunya sentuhan jari jemari..anak-anak tidak lagi pulang ke kampung...tidak..janganlah senegatif itu..sebenarnya teknologi ini mengeratkan lagi silatulrahim sesama ahli keluarga...ye..saya dapat rasakannya....sungguh..

Dengan adanya teknologi ini kita dapat melihat orang yg kita sayang hari2...maka terubatlah sedikit kerinduan walaupun berada jauh di perantauan...seperti saya ini..hehehehe...takkan la saya nak balik 2 minggu sekali ke kampung..hehehehe...

pape pun..satu hari nanti saya ingin memiliki telefon yang canggih itu..mungkin nanti lebih canggih...dan insyaallah..saya tidak akan ditinggalkan teknologi...

SITI said...

oryza: Semuga kau dpt keje cepat, maka boleh beli hphone yang canggih itu. :)

Panjang kau menulis kali ini. Tapi, baguslah, sbb dah ade perenggan. Sekarang, latihlah diri kau supaya tak tulis banyak sangat titik2 noktah tu, yer. :p

Anonymous said...

Ye...ayah aku pon selalu wat spot check mcm tu mase mule2 aku belikan die hp 3G...huh....ajarlah mak kau friendfinder plak...seronok juge..hehehehe =)

Anonymous said...

sblm ajar friendfinder..ajar buat blog dulu..hehehehe..adush..ada titik lagi...hehehehe..titik tue dah jadi kebiasaan...hehehe

SITI said...

Erma: haah, nanti aku ajar mak aku, esp bila adek aku suka ilang2 nanti. Huhu.

Oryza: aku dah suh dah mak ayah aku menulis blog, tapi mereka mcm tak berapa gemar. Mereka suh aku yg tulis apa yg mereka rasa. Huhu.

Owh, boleh saja dilatih, supaya kebiasaan itu hilang. Just be more focus. Heh!

Anonymous said...

hmm...
sentuhan?...
jari jemari?...
sangat fokus entri ni...

sentuhan jari jemari memainkan peranan yg sgt besar dalam pembentukan rohani dan jasmani seseorang individu...

anak2 yg dibelai dengan kasih sayang penuh dengan sentuhan jari jemari berkemungkinan lebih cemerlang berbanding mereka yg sekadar dibelai dengan sentuhan wang ringgit...
itulah kuasa sentuhan jari jemari...

cik blogger...
anda benar2 meluahkan apa yg anda rasa dalam blog anda...saya kagum dengan entri2 anda...padat dengan nilai2 dan unsur kemanusiaan yg dapat memberikan seribu satu pengertian dan keindahan dalam kehidupan ini...
tahniah!
teruskan usaha murni anda dalam memakmurkan muka bumi Allah ini...
insya Allah...
wassalam...

SITI said...

mengapa harus... : (bagaimana sahaja mahu membaca nama ini? mengapa harus dot dot dot? begitu?) Erm, 1st time here? Welkam.

Terima kasih kerana memuji. :D Tidakkah kamu menulis blog juger?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...