Thursday, June 19, 2008

Harapan

Saya bukanlah dalam mood ingin menulis. Maka, maaflah jika entri ini agak tidak terfokus.

Kepada kawan saya yang seorang ini, seringkali saya berkata kepada dia sekarang;

TIADA HARAPAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARAPAN PALSU

Bukankah ia benar? Bukanlah kawan saya yang seorang ini selalu memberi harapan, tetapi saya sejak kebelakangan ini, saya selalu meminta pertolongan daripada dia. Bagi saya, dia adalah seorang yang baik, dan kebarangkalian untuk dia membantu saya adalah tinggi. Maka, saya telah memohon pertolongan dia dengan penuh pengharapan.

Tapi, sejak kebelakangan ini, dia selalu melengahkan bantuan itu kepada saya. Membuatkan saya terlalu tertanya2, adakah dia akan benar2 membantu saya? Maka, telah beberapa kali saya mengucapkan kata2 dia atas. Kerana, jika benar2 tiada harapan, saya perlu berhenti berharap.

Harapan; adalah perkara/ benda yang diharapkan. Bila kita berharap, saya pasti akan ada satu saat tertanya2. Adakah ia akan benar2 berlaku? Adakah benda itu benar2 kita akan dapat?

Saya telah mengalami episod harapan palsu yang sangat berat, yang telah membuat jiwa saya sangat gundah gulana. Perasaan itu sangat sakit, membuatkan saya sangat menangis. Harapan palsu itu benar2 lebih perit daripada tiada harapan.

Tajul call saya tadi. Dia berdolak-dalih untuk tidak singgah berjumpa saya, dengan alasan terlalu sibuk. Bila saya katakan saya rindukan dia, barulah dia nyatakan dia akan singgah ke Bangi nanti. Maka, sekali lagi, pada hari ini, telah saya ungkapkan kata2 di atas kepada Tajul.

Kepada kawan saya yang seorang itu, (bukan kawan saya yang seorang ini, Anif), saya minta maaf jika entri ini membuat kamu kecil hati. Blog ini memang tempat saya meluah rasa saya. Walau apapun yang terjadi, kamu tetap kawan saya. Kawan yang baik.

Kepada kamu yang telah memberi harapan palsu yang berat itu, saya pinta, janganlah berikan apa2 kepada saya lagi.

Kepada Pak Lah dan barisan wakil rakyat yang lain, tolonglah sedar, kata2 harapan daripada kamu semua semakin menjengkelkan.

Sekian.

5 comments:

Anonymous said...

owh...sangat beremosi entri kali ini...
be cool ya! =)

Anonymous said...

owh...
mengapa ya....
sentiasa wujud ruang dan waktu untuk setiap perkara yg diingini...
saya bersetuju dengan entri kali ni...

namun...
perlu diingat..adakalanya..wujud keterbatasan yg sementara dlm hal2 yg kita ingini dan telah dijanjikan...cuma yg penting...
berdoalah agar ianya sentiasa mudah utk kita...

wahai penulis entri...
andai saya adalah insan yg tersebut..ampun dan maaf ku pinta...bukan niat utk mewujudkan kepalsuan dan ke'plastikan' dalam hidup yg sementara ini...
tapi...
ada yg lain yg bukan dalam jangkauan pengetahuan sesiapa pun...
maaf ya!

akhir kalam...
sesiapa sahaja bisa mewujudkan harapan dan andai ianya wujud beserta niat...tunaikan lah..andai bukan atas niat anda...ubahlah ia supaya ia bukan lagi suatu harapan...
wassalam...

Anonymous said...

saya tidak pernah pula mendengar ayat "TIADA HARAPAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARAPAN PALSU"....diucapkan kepada saya..

so, saya berasa amat tidak bersalah kepada cik Tim..hahahahahaha...okai

kepada yang terasa bersalah...cepat2 mintak maaf..hehehehe..k

SITI said...

Erma: tidaklah beremosi sangat, saje jer nak mengade2. Haha.

Mengapa harus... : kamukah orang itu? Huhu.

Maaf diterima. :p

Oryza: akan aku sebut pada kau satu hari nanti. Hehe.

Anonymous said...

harapan?
hmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...