Saya terlalu malas untuk menulis tentang wiken saya kerana gambar2 saya telah hilang semuanya akibat kerosakan kad memori kamera saya. Owh! Akan saya tulis di satu waktu rajin yang lain.
Sekarang, saya mahu menulis tentang satu makanan yang telah disebut oleh rakan saya, Ati, dalam komennya satu waktu dulu. Ati tulis, dia rindu makan sagun.
Sagun adalah makanan yang dibuat daripada kelapa, gula dan tepung kot. Huhu, aku pun tak tahu tepung apa. Rasanya manis. Tapi, pantang larang ketika sedang makan sagun, jangan bercakap, nanti tersembur2. Huhu.
Beberapa hari yang lalu, aku terserempak dengan makanan ini. Pembungkusannya sudah lain. Siap ada sudu lagi. Dulu, bungkus dalam plastik saja. Perubahan ini adalah bagus, menunjukkan bahawa ada orang yang sangat suka makan sagun, lantas sangat gigih mengkomersialkannya, dan menjenamakan semula sagun keluarannya. Erm, orang yang jual sagun mustilah suka makan sagun, kan? Huhu.
Tapi, aku tak beli lah pula, maka aku belum merasai tahap kesedapan sagun yang dijual dalam bekas cawan ini. Satu hari nanti, aku akan membelinya.
Entri ini didedikasikan untuk Ati. Nanti, bolehlah kau bagi ole2 sagun untuk kenduri/ parti kau. Huhu.
p/s: maaf, gambar diambil kurang chanteks, hasil daripada kamera yang rendah megapikselnya.
6 comments:
{Erm, orang yang jual sagun mustilah suka makan sagun, kan?}
Taklah.Makcik jual kat melaka.Banyak.Tapi dah muak makan.Kalau dia suka makan,rugi kot berniaga.Hehe.
abg Suhail: Muak; sbb dah banyak makan. SANGAT banyak makan. Heh!
p/s: paginyersss bagi komen. Huhu.
Tim, thank you ada special dedication untuk aku. terharu. tsk tsk
hehe
ala now sagun ada packaging baru, tak best sangat. aku nak yang dalam paper tube panjang tu. yang macam pencil tu. traditional sikit. better. lagi sedap kot rasanya.
btw, aku ada datang blog kau. just that tak tinggalkan comment aja since busy sekali. but now ada sudah! hehe
semalam tak tido dok wat design banner kawan nak kawen.. tu pasal la.
Ati: Welkam. Aku pun rase yg tradisional tu lebih sedap. :)
Abg Suhail: Susahnyer nak kawen skrang, eh. Banner pun kene buat. Heh.
Tim sagun tu mcm mane erkk??? x penah mkn tp mcm penah dgr je
Post a Comment