Wednesday, May 21, 2008

Melayu yang Setia

Maaflah kerana tidak mengepos entri baru. Agak ketandusan idea dan agak sibuk. Maaflah, wahai pembaca2 setia SETITIS RASA. :)

Biarlah saya menulis sedikit tentang tindakan Mahathir keluar UMNO. Memang ia telah menambah kekucar-kaciran politik di Malaysia ini terutamanya politik orang Melayu.

Tapi, orang Melayu, punya satu sifat setia pada pemimpin yang, saya kira, sgt pelik. Itu sbb Parti Negara tidak menang di bawah pimpinan Datuk Onn. Walhal, Datuk Onn pengasas UMNO, dia telah mendapat sokongan jitu orang Melayu ketika itu. Tapi, orang Melayu telah menjadi setia pada UMNO itu, lantas tidak dapat bergerak bersama2 Datuk Onn ke Parti Negara. Entahlah, saya juga tidak tahu, jika saya berada di zaman itu, adakah saya akan menyokong Datuk Onn atau Tunku Abdul Rahman. Kamu?

Dan, sifat kesetiaan ini jugalah yang membawa kepada kematian Hang Jebat di tangan Hang tuah. Tiada sebab lain. Sifat setiakawan besama Hang Jebat tidak dapat mengatasi sifat kesetiaan Hang Tuah kepada Sultan. Ini juga telah menimbulkan konflik pada orang Melayu. Saya juga tidak pernah untuk memilih (secara ekstrem) mana2 antara mereka berdua. Kedua2nya punya sebab yang kukuh atas apa yang telah mereka lakukan.

Dan, sekarang, Mahathir telah membawa dilema lagi kepada orang2 Melayu. Bagaimana sekarang ini? Yang pasti kita semua sudah naik muak dengan kekucar-kaciran politik Melayu sekarang ini. Itu pasti, kan?

Tapi, orang Melayu jarang sekali suka merusuh2, jika tidak kena gaya dari pemimpin rusuhan. Itu sbb kita masih aman hidup di muka bumi ini.

Kita sangat tahu Pak Lah mmg ada berbuat salah. Bahawa banyak perkara telah membawa kepada kekalahan barisannya dalam pilihanraya yang lalu. Dan, kita juga tahu bahawa Mahathir adalah bijak, telah membuat banyak perkara yang mengkagumkan untuk negara. Tapi, kita tahu dia juga sudah tua. Bahawa muda Mahathir yang lalu itu tidak akan sama dengan tua Mahathir sekarang. Saya bukan kata bila dia sudah tua, dia akan jadi bodoh, tapi, banyak beza bila kita sudah tua ini terutamanya ialah, kita akan menjadi lebih sensitif.

Semuga yang baik2 sahaja akan berlaku. Ameen.

7 comments:

Anonymous said...

Melayu setia...mmm..saya just nak bagi pendapat saya saje nie..jangan marah saya pula..hehehe..bagi saya la..dalam perkara yg berlaku sekarang...Melayu bukan setia atas sebab setianya seorang manusia tapi setianya Melayu atas sebab siapa yg berkuasa..itulah hakikat sebenarnya..Melayu setia kepada UMNO sebab UMNO berkuasa..setia pada pak Lah sebab pak lah PM..kalaulah Pak Lah tu Mantan PM macam Tun..sama juga tindakan yg diambil Melayu2 ini...cuma memandang akan kekuasaan dan kepentingan diri..kisah Hang Tuah dan 4 Mantan Menteri membuktikan yg kesetiaan kepada seseorang itu hanyalah semasa seseorang itu berkuasa saja...sejarah membuktikan..hmm...maaf atas komen ini..bukan nak membukapekong didada..cuma menyatakan kebenaran yg berlaku..

Anonymous said...

hey tim,

saje nak sibuk jugak. well the thing that i don't get it is Pak Lah. Obviously he hasn't done anything worthy to the country and like you said, he has made mistakes himself. Habis tu, why don't he just back off and give his position to someone else who can do a better job. I mean, seriously, xyahla GK sgt, think about the future of malaysia la kan?.

Oh well, semoga Malaysia terus menjadi aman sejahtera and menjadi contoh kepada negara muslim yang lain. Ameen.

SITI said...

Oryza: alasan kamu itu logik juga. Tapi, aku rasa, kalu betul2 tgk ttg Datuk Onn, mmg sangat pelik. Mereka boleh abaikan saja Datuk Onn menghadapi kekalahan Parti Negara. Sekarang ini pun, macam kita lupakan jasa Mahathir, sedikit pun tak nak sokong dia untuk sama2 gulingkan Pak Lah. Walhal tahu jer Pa Lah tu mmg naughty2. Even ahli2 UMNO yang biasa2 pun takde yg nak ikut kuar parti. Entahlah...

Azhani: dia mungkin tak rasa Najib itu boleh mentadbir dengan baik lagi. Entahlah, aku pun tak faham juga. Aku rasa dia mmg ada rasa nak letak, tp, tiba2 ramai2 org dtg umah dia, menyatakan sokongan. Maka, konon2 dia masih mendapat sokongan orang Melayu lah, so tak jadi lah dia nak letak jawatan immediately. Aku rasa dia akan letak jawatan, tapi bukanlah dalam masa terdekat in. Yang boring nyer Pak Lah tu, cara dia cakap dgn media pun, nampak mcm tak pandai, itu sbb sume org pun rindu speech Mahathir. Kan?

Anonymous said...

T*un sendiri tak ingat yg dia pernah kata "Melayu mudah lupa".. or yg lebih tepat lagi "Melayu mudah buat2 lupa"..

p/s: So far kalo P*aklah letak jawatan, tak ada orang pun yg aku fikir layak untuk jawatan PM selain A*nwar & KJ (mmg ramai yg tak suka KJ, but he is young & talented)..

Anonymous said...

Hmm....melyu hanya menyokong padu pada mereka yang sedang di atas..perkara2 begini mmg sudah lama terjadi..spt yang cik siti mentioned before, zaman hang tuah vs Jebat, Dato O*nn vs Tun*ku Abd Rahman n jgn lupa mase zaman anwar vs tun..kite semua menentang anwar kerana propaganda tun pada zaman muda tun...semua orang berdiri teguh di belakang tun even kite tahu beberapa tuduhan terhadap anwar seperti mengarut...masih ingatkah anda sewaktu tun mengumumkan perletakan jawatan beliau sewaktu Perhimpunan Umno yang lalu? Ramai yang menagis dan merayu supaya tun menarik balik kata2 beliau..yang paling over adalah Rafi*dah Aziz..tapi sekarang, bile Tun membuat keputusan keluar Umno, Rafidah telah memberi komen di TV3 berbunyi "Marahkan nyamuk,kelambu dibakar..."sambil senyum sinis dan Rafi*dah seolah2 mengatakan tindakan itu tidakan orang yang tidak berfikir dan gayanya spt 'Tun, i dun give a damn on ur decision,nak keluar..keluarla...' walhal die sgt 'org Tun' sewaktu gemilangnya T*un...

Dan wahai bloggers sekalian, cuba kite bayangkan Pak*Lah skang adalah TuN adakah TuN akan meletakkan jawatan? I dun think so...coz TuN sangat terkenal dengan kekebalannya mase mudanya...and tidak dapat dinafikan ke*creative*an die berfikir n TuN sangat firm..

Owh Pak Lah..tlg la jadi firm spt TuN..saya, yang skarang berkerja di setor minyak kelapa sawit sangat la tertekan kerana dibawah mu Pak Lah, harga minyak sawit semakin naik..mmg nmpk mengutungkan..tetapi..negara lain berjaya menwarkan harga yang lebeh rendah...maka kite diketepikan..apakah?

SITI said...

aku tanpa nama: what a silly suggestion? Heh!

Ermalina: benar, kita akan menyokong pemimpin yg sdg berkuasa. Tp, kita tak pernah cuba buat jahat utk tukar pemimpin yg sdg berkuasa. Itu yg aku namakan setia yg pelik. Kalu kita betul2 tak suke Pak Lah, kita kuar parti ramai2, maka Pak Lah akan turun kuasa, ganti dgn oang lain, maka kita akan dpt pemimpin baru, dan bolehlah setia pd pemimpin baru itu. Tp, orang Melayu tidaklah akan berbuat begitu.

This thing is not applied dgn keputusan pilihanraya yg lalu. Jika korang betul2 amati, BN kalah pd tempat yg majoriti pengundinya bukan Melayu. Itu sbb Pak Lah kata UMNO masih belum kehilangan sokongan orang Melayu. Ada byk lagi perkara yg tersirat dgn keputusan pilihanraya itu. Aku baru lepas dgr pakcik ku itu memberi penjelasan. Fakta2 yg sgt menakutkan dan menyedihkan. :(

Anonymous said...

Owh sangat ingin tahu apa yang pak ngah jelaskan pada kau...huhuhu...pasti gerun dan ehm...semakin sukar untuk membuat keputusan untuk mengundi apa di maasa akan datang..huhuhuhuhu..Semoga bumi malaysia ini terus selamat, aman dan makmur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...