Saya rasa keletihan dan kepenatan sejak kebelakangan ini. Dan, saya ada masalah besar. Saya telah dilanda masalah susah untuk tidur malam atau dikenali sbg insomnia. Owh, Cik Siti dan insomnia? Tak sesuai, ok?!! Heh!
Sape2 yg penah sekelas dgn saya mmg akan kurang nak percaya. Sbb, saya selalu sgt senang tidur, di mana2 sahaja.
Saya tidur di kelas agama darjah 3. Saya tidur di semua kelas matematik cik Salmah semasa tingkatan 3. Setahun, ok? Tak tahulah kenapa, bila cik Salmah masuk jer, saya terus ngantuks. Bila dia keluar, saya segar bugar kembali. And yes, saya sgt pernah kene cubit dgn dia. Dan, kelas menengah atas, kelas apa jer yg tak penah tidur? Kelas BM Puan Bahayah. Kelas sejarah Puan Saidah. Kelas matematik Cik Faridah. Owh, just name it. Dan, yup, kelas biologi Puan Chong. Saya hanya insaf bila che'gu tu pengsan, maka saya dah tak tidur dah dalam lab dia.
Isu ini sangat membebankan. Saya hanya boleh tidur selepas 2 jam berguling2 atas katil. Penat, OK? Sangat! Semalam, saya telah meneliti masalah ini dan saya telah menemui 2 puncanya.
Saya telah berbuat nakkal bbrp minggu yang lepas. Maka, ini adalah balasan Tuhan. Owh, nikmat tidur saya telah ditarik. Dan, owh, amatlah runsing. "Ya Allah, ampunkanlah hambaMu ini". AMEEN.
Satu lagi punca ialah berkaitan dgn kerja makmal saya. Saya perlu membuat semua prosedur makmal dalam gelap, termasuk slide screening juga, yang mengambil masa berjam2 dalam satu hari. Maka, badan saya telah musykil, yang mana satu siang, yang mana satu malam. FYI, badan manusia akan mengeluarkan hormon bila gelap, sesuai utk persediaan masa tidur. Owh.
MASALAH BESAR, OK?
7 comments:
woo.. sgt menakutkan.. buat nakkal sampai tuhan tarik balik nikmat tido.. ermm, apakah kenakkalan itu.. hehe (gelak jahat)..
Awis: ya, sgt takut. Owh, tidaklah mahu kau tahu kenakkalan itu. Cukuplah kau tahu ia bukan satu kebaikan yang telah aku lakukan.
Aku tidak tahu pun ttg kenakkalan engkau...wah..sangat ingin tahu...sangat penat bergolek sblm tdo..mase aku baru lepas resign from flextronics, aku bergolek hampir 4 jam sblm tido..tapi pukul 6.30 da bangun g keje sambilan di tempat ayahanda..tapi still mlm tak boleh tido..huhuuhuu...sekarang sangat boleh tido..sbb sangat bahagia..bole?...so aku rase..carila kebahagiaan...pasti tido dgn jayanya...lalalalla... =)
ya ampuuuunnn kelas sejarah puan saidah tu sangat menyeksa jiwa. especially bila dia suruh baca textbook sendiri! aku dengan si affidia tu selalu saing sengguk2 dalam kelas. kelas agama juga macam tu. haish. I blame it all on the nasi lemak. hahahah
Erma: kenakkalan kau juga byk yg aku tidak tahu. Dan, sesungguhnya, eloklah tahu perkara yg baik2 sahaja.
Ati: Haha. Tapi, aku rasa kelas yg paling banyak tidurlah, subjek tu yg aku dapat A1 SPM. Hehe.
cik tim..kenapakah tiada isu terbaru nie? sibuk menyiapkan bahan untuk kolokium kah?
hahhaa
Post a Comment