Sunday, February 24, 2008

Penamaan Calon 2008

Sekitar penamaan calon di kawasan Parlimen Ledang dan DUN Tangkak, Serom dan Gambir.



Adek, Sepupu, Yours Truly, Adek, Sepupu. Dan bendera yang kami pinjam sekejap. Hari kelihatan agak terik, maka kami telah bersedia dengan cermin mata hitam dan payung. :)

Gelombang biru. Takdelah gelombang sangat. Dan, kebanyakkannya pemuda2 yang dilihat spt mat2 rempit sahaja. Agak risau juga saya melihat perkembangan ini. Mereka memang telah dilahirkan dalam keamanan dan negara yang senang. Ramai antara belia negara ini yang saya lihat selalu sangat suka sangat bfoya2.


The Other Side. Kelihatan banyak bendera hijau berbanding bendera biru dan bendera putih. Dan bilangan ahli2 nyer agak sedikitlah. Tapi, mereka kelihatan terdiri dari belia berumur 27 tahun ke atas dan tidak nampak seperti suka berfoya2. Sentiasa melaungkan kata2 semangat selain zikir dan selawat (berbanding anak2 muda dalam gambar sebelum yang merokok dan menyanyi2 sahaja, tp lagu BN tak tahu, nyanyi lagu ape ntah tajuknyer, yg ader lirik "Andai kata kami gugur semua taburlah bunga di atas pusara") dan, the best part adalah, this greeny side is really green, sampah sgt dikutip, maka selepas perarakan tiada sampah lansung, berbanding our side yg sangat bersepah, ok? Sangat tak bagus! Heh.


Pak Ngah saya bertanding untuk DUN Serom, ditentang calon dari PAS, satu lawan satu.


Selepas disahkan layak bertanding untuk Pilihanraya Umum ke-12. Kelihatan Pak Ngah saya yang hensem itu. Hehe. Good luck, Pak Ngah. Semoga yang baik2 sahaja akan berlaku. :)

Saya tahu, tulisan saya di atas macam nak menyokong the other side of my uncle side. Tidak. Saya melihat apa yang telah jelas baik itu tetap baik, seperti mengutip sampah dan berzikir untuk mengisi masa lapang. Dan yang jelas tidak baik seperti merokok dan membuat sepah itu akan kekal tidak baik. Tidak kiralah siapa pun yang melakukannya, dan ia tidak ada kena mengena dgn politik.

OK. Selamat mengundi pada 8 Mac nanti.

7 comments:

Sahalfikri said...

Sukanya entri kali ini. Perspektif begini yg perlu diterapkan kepada masyarakat umum.

Sedihnya rata-rata dalam mana-mana kelompok ini, sukar menerima kebaikan pihak lawan.

Mungkin kita mudah sbb berada luar lingkungan mereka. Macam ct, hubungan darah penyebabnya. Maka, anda adalah rasional.

Tapi yang lain? Yang mengikat pertalian atas dasar warna parti? Adakalanya mereka terlalu emosional (bahkan kerap berlaku) terutamanya pengikut bawahan.

Sedih. Kita Melayu. Apapun parti, kita perlu bersatu. Kerana sejak akhir2 ni, baju kita asyik ditarik dan mula terkoyak. Takut2 baju tertanggal dan kita tak berpakaian. Malu.

p/s: Kem salam Pak Ngah. Moga Allah berikan yang terbaik. Wah, special betullah dapat tangkap gambar borang penamaan.

SITI said...

Abg Suhail: Borang penamaan mmg tampal kat luar dewan utk 1 jam masa bantahan. Semua orang pun boleh tgk dan ambil gambar. :P.

Marliza Radzi said...

Suhail! gua baru nak memulai komen dengan begitu juga: suka entri ini! heh. kerana ia dari 2 perspektif dan tidak bias kepada mana2.

Kak Yanti hampir terlupa siapa Pak Ngah Tim. hehehe nyanyuk. good luck to him!

Anonymous said...

nice perspective you got there...

well...
tak semua orang ada keinginan untuk berfikir mengenai yg terbaik...perlu disedari..mana2 pihak sekali pun pasti wujud ruang yang perlu diperbaiki...namun, wujudkah rasa ingin memperbaiki dalam diri?...wujudkah kesedaran dalam diri?...
itu yang menjadi tanda tanya...

sesetengah orang gemar berkata-kata..penuh bergaya..penuh intonasi..penuh semangat..dan penuh dengan idea yang mencurah-curah...
namun, apakah konteks perlaksanaannya?..benar2 berkesan?..atau hanya sekadar menjadi hiasan di bibir mulut apabila berbicara?...

maka, fikir dan terus berfikir..dan ambillah tindakan yang sesuai...
:)

okay cik siti...
selamat maju jaya untuk Pak Ngah anda...moga kita bertemu lagi...

wassalam...

SITI said...

kak Yanti : TQ. ;)

En. Anon : berkobar2 nampaknyer. hehe. Ya, sume pun perlu sentiasa ingin berbuat baik. Aku sentiasa berdoa semoga sume org akan semakin menjadi baik. Tak perlu nakkal wpun sedikit pun. Tak perlu menipu walau sekali pun. Heh.

Anonymous said...

ooppsss!...
menipu?...hmm...benar2..cuma keegoan seorang insan bernama LELAKI adakalanya mewujudkan situasi yang tidak digemari...

:)

well...
berbuat baiklah...
sangat TAKUT dengan diri yang banyak bersalah ni...mungkinkah akan menimpa diri semula...
ya..mungkin...
huhu...

ya Allah..ampunilah dosa2 kami...
ameen...

wassalam...

SITI said...

AMEEN. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...