Tuesday, February 12, 2008

12022008

Hari ini sudah hari Selasa, 12 Februari. Minggu lepas banyak perkara telah berlaku. Tapi, saya belum berkesempatan menulis. Dan, gambar2 belum saya peroleh untuk di upload di sini. Maka, saya rasa kurang seronok untuk menulis.

Saya menghadiri majlis perpisahan sempena persaraan Pengurus Asrama kolej. Erm, makanan kurang enak. Tp, majlis berjalan lancar.

Saya ke perkahwinan rakan di Chemor pada 2 Feb yang lalu. Perjalanan yang mempunyai banyak perkara tersirat.

Saya ke Hari Keluarga DKZ di A' Famosa Resort, Melaka pada 6, 7 dan 8 Feb yang lalu. Bermandi-manda di kolam renang. Bermain bowling buat pertama kali dan MENANG. Dan mewakili kumpulan saya dalam pertandingan catur, dan Kumpulan saya JUARA!!!. (owh, bila saja saya boleh mendapat gambar2 itu.)

Pulang ke kampung dan menghadiri kenduri aqiqah anak sepupu saya. Menu utama: BERIYANI KAMBING. Owh, sangat enak.

Pulang ke KL, dengan memandu 3 1/2 jam (lebih satu setengah jam dari biasa) dan rasa sangat penat. Tapi, makan malam bersama Awis, dapat juga menghilangkan kedukaan. :)

Bangun pada hari Isnin, dengan rasa kurang sehat yang amat sangat. Gagal menguatkan diri untuk ke lab. Huh. Mengemas bilik dan perlu ke mesyuarat pada waktu malam. Namun, mesyuarat itu menjadi antara mensyuarat PALING BUHSAN pernah saya hadiri. Dan, lewat juga berakhir.

Saya perlu kuatkan diri. Selasa sudah menjelma. Ibu menelefon awal pagi bertanya khabar saya. Ya, saya rasa lebih sehat dari semalam. Ya, saya perlu ke lab wpun rasa sangat malas dan penat. Ya, saya perlu puasa juga wpun ada ulser di lidah.

Hari ini juga Hari Lahir kawan saya, Fatin. Happy Birthday!!! Love u Forever!!! Fatin sedang mengandung. Semoga selamat melahirkan nanti.

Saya tiba di lab jam 11.30 pagi. Maafkan saya. :P

[Tiba2 perasaan itu datang lagi untuk dia. Mengapakah? "Ya Allah, tenangkanlah hati ini." Ameen.]

3 comments:

Marliza Radzi said...

ameeen (tolong doa)

SITI said...

TQ.

Anonymous said...

Tapi, makan malam bersama Awis, dapat juga menghilangkan kedukaan. :)

akhirnya, nama awis ada dalam blog tim.. ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...