Sunday, December 02, 2007

Emak & Syurga

Saya sedang runsing dan gusar.

Beberapa perkara buruk telah dan sedang menimpa saya dalam beberapa hari ini. Maka, saya telah bermuhasabah diri dan telah mengingati semula, perkara-perkara yang telah saya lakukan sehingga saya mendapat balasan Tuhan sebegini.

Jawapan yang telah saya temui ialah; saya (secara tidak sengaja) telah mengecilkan hati emak beberapa hari sebelum balasan Tuhan yang telah menimpa saya itu. Di saat ini, saya rasa amat gundah-gulana. Tidak dapat saya melelapkan mata memikirkan perkara yang telah berlaku.

Yang pasti, kemaafan perlu diminta daripada emak, dengan jelas, terang dan nyata.

Saya hanyalah insan yang lemah. Semoga Tuhan sentiasa memberi kekuatan kepada saya untuk melalui perkara yang mendatang. Ameen.

3 comments:

Marliza Radzi said...

ameen.

gi gi mintak maaf pada emak.

SITI said...

sudah mintak maaf :)

Alhamdulillah.

Anonymous said...

syurga itu memeang di bawah tapak kaki ibu.... janganlah sesekali mengecilkan hati ibu... kerana balasannya amat berat.... di dunia sudah pun mendapat balasan apatah lagi di akhirat amatlah dahsyat seksaanNya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...