Kamu dengan beraninya menulis kepada saya begitu. Maka, kamu perlu berani menanggung akibat daripada penulisan kamu itu. Saya juga ingin menulis lagi. Walaupun saya telah menulis dengan mata pena, tapi, saya masih teringin menulis dengan papan kekunci komputer ini.
Saya ingin memberitahu kamu tentang pilihan yang kamu ada sekarang. Pertama, kamu boleh membenci saya. Maka kamu tidak akan suka pun apa2 ttg saya. Semua yang saya buat menjadi salah di mata kamu. Sgt salah! Sedikit pun tidak nampak cantik dan elok kepada kamu.
Pilihan yang kedua, kamu boleh menjadi neutral. sgt neutral! Tidak ada perasaan. Seperti kewujudan saya ini tidak ada. Saya ada atau tidak, bukanlah menjadi satu hal yang perlu kamu endahkan. Walau di mana saja pun. Ini adalah disebabkan kamu telah melupakan semua perkara yang pernah berlaku antara kita. Jika kita perlu bekerjasama, maka, kita akan bekerjasama dengan baik, wpun tidak akan mencapai tahap yang optimum. Tapi, kamu boleh mencuba untuk melakukannya dengan sehabis baik.
Pilihan yang ketiga ialah, kamu boleh menyayangi saya. Maka, kamu boleh mendapat aiskrim pada hari yang panas, dan boleh mendapat "hot cocoa" pada hari yang dingin. Heh!
Cikgu saya pernah berkata, "the power to choose is in ur hand". Pilihlah dengan hati yang tulus. Saya tak akan rugi apa2 pun dengan keputusan kamu nanti. In fact, saya akan rugi jika kamu membuat pilihan ketiga kerana saya perlu membelikan aiskrim dan/atau "hot cocoa" kepada kamu. Tp, saya rasa membenci orang adalah "lebih berat" rasanya daripada menyayangi dan mencintai orang. Buatlah pilihan tanpa penipuan. Semoga Tuhan memberi kamu petunjuk yang baik. Ameen.
No comments:
Post a Comment