Wednesday, April 04, 2007

Jadilah orang yang BAIK.

Menatap berita akhbar hari ni menimbulkan seribu kekalutan dalam diri. Sangat takut. Itulah perasaannya. Pelajar UKM nyaris dirogol?!!
Berita yang
baru saya baca ini sangat menakutkan
saya. Saya tak tahu pun perkara yang berlaku itu semalam. Terus saja saya telefon emak. Emak pun belum baca berita itu lagi. Saya menangis kepada emak. "Orang jahat dah masuk kampus. Macam mane ni, mak? Along sangat takut."

Tiba-tiba, hati jadi
sayu teringatkan arwah nenek. Jika dia masih hidup, dia tentu dah telefon saya dan adik saya yang berada di UKM ini. "Jaga diri baik-baik. Jangan jalan sorang2. Ajak kawan2. Atuk risau baca berita ni. Atuk sentiasa doakan cucu2 atuk selamat." Dan, saya perlu jadi kuat sbb saya tidak boleh buat atuk risau. "Tuk, along rindu atuk"
Saya ke pejabat kolej. Akhbar Kosmo! yang menjadi tatapan kebanyakan siswa menjadikan berita itu sebagai berita utama. Dua orang pelajar tahun satu fakulti undang2 itu telah pulang ke rumah keluarga. TRAUMA.
Hati saya tidak berhenti2 menangis. Saya masih meletakkan harapan supaya semua orang akan jadi baik. Jadilah orang yang baik. Orang yang tidak mahu lakukan kejahatan terhadap orang lain. Bagi orang2 yang baik itu, didiklah anak2, saudara mara dan sahabat handai anda semua untuk menjadi baik. Saya memang gusar melihat kelahiran baru sekarang. Jika saya pandang pada anak2 kecil ini, hati saya selalu berkata "Apa saja yang kamu akan buat bila kamu dah besar nanti. Semoga kamu jadi orang yang baik. Tidak perlu jadi orang yang hebat, cukuplah menjadi orang yang baik."
Saya sangat berharap, orang jahat akan semakin pupus. Jika ada cara untuk menjadikan orang-orang jahat ini menjadi baik (dengan kebarangkalian berjaya 100%), saya bersedia melakukannya. Saya pernah terfikir, "Boleh tak basuh hati mereka dengan air zam2?"
Jadilah manusia yang mempunyai sekeping hati yang baik. Wassalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...