22 April= Hari Bumi. Aku nak tulis ttg apa yg che'gu aku katakan pada bulan lepas. dia adalah ketua pasukan penyelidikan di tasik chini. dia bg penerangan ttg tasik chinilah. aku mmg admire dia, sbb dia chanteks. dia pegi tasik chini pakai topi besar. haha. kalu nak bergaya, pegi mana pun perlu bergaya.
chegu pun ceriterlah ttg tak bagusnya perkara yang berlaku kat tasik ini. dan semua pihak tak nak mengaku salah. dia cakap, kita sebagai penyelidik pun kene buat keje kita menyelidik dan hasilkan report yang bagus. sbb masyarakat sekarang dah pandang report dari universiti ni. aku pun penah pegi masa degree dulu. aku betul2 puas pegi field masa tu, sbb boleh release tension. masa tu mmg byk keje kat kolej. dpt lepaskan diri sgtlah suka hati. lepas tu, dapat bunga teratai. then, che`gu bagi aku pegang kamera dia. apa lagi, byklah gamba aku dalam tu. haha.
che'gu yg chanteks ada berkata, apa kata kalu satu hari nanti manusia makan pil je. pil pelbagai rasa. nak makan pil rasa nasi, amik jelah. oleh itu, makan pun kurang, dan waste pun kurang. jadi kurang masalah pembentungan seterusnya masalah pembuangan sampah dan pencemaran alam. haha. aku mcm nak setuju je. sbb penat tgk pencemaran alam. amat marah sebenarnya. apa pendapat anda semua ttg cadangan che'gu saya itu?
dulu masa exam ptd bahasa melayu, aku buat karangan ttg alam sekitar. 1st time exam, aku sgt menghentam kerajaan. aku tulis, penat lah karam singh waliya mcm buat keje sorang2 je. lepas tu tambahlah lagi, apa yg patut dilakukan oleh kerajaan, seperti biasalah, isi2 yang biasa ditulis. aku failed. 2nd time exam, aku terus menulis dgn kata ganti diri 'saya' dan menulis mcm tulis surat cinta kepada pemeriksa. "tuan, saya sangat sedih dgn apa yg berlaku. saya pelajar biologi di universiti baru didedahkan dgn indahnya alam di malaysia ini. ini sepatutnya tidak berlaku. kita sepatutnya mengajar anak-anak sejak tadika lagi ttg pentingnya alam sekitar di negara kita ini. supaya mereka lebih menghargai. supaya mereka tahu betapa pentingnya pokok2 di hutan itu. saya rasa org2 yg sanggup menebang balak secara haram tidak diberitahu dan diajar betapa pentingnya pokok itu kepada masyarakat dunia. kita perlu gubal pendidikan alam sekitar di sekolah. sebab? sebab kita adalah negara yang ada hutan tropika tertua di dunia. kita bukannya negara arab yg ada padang pasir je, atau negara yang penuh dgn ais. kita adalah negara malaysia yang kaya dgn kepelbagaian biologi ini. bukan semua negara begitu. oleh sbb itu, kita wajib, perlu mendidik anak2 malaysia mencintai alam. kanak2 kecil perlu dibawa pergi taman2 alam, zoo dan tempat2 yg indah di negara ini sepanjang pengajian di sekolah. perlu ada aktiviti menangkap serangga supaya mereka tahu byk lagi serangga yg chanteks selain kupu2 dan rama2. saya harap pihak tuan dapat melakukan sesuatu selepas membaca karangan saya ini." begitulah tulisan aku, selepas dipendekkan. aku lulus. haha. sape je lah pemeriksa tu.
kawan2, betapa kita perlu menghargai alam. lakukanlah sesuatu yang menunjukkan kita mencintai alam. naik pengangkutan awam - utk kurangkan gas CO2, recycle kertas2 di pejabat/sekolah - untuk mengurangkan penebangan pokok dan mengurangkan sampah. dan byk lagi. wpun kita hanya melakukan SATU perkara, sekurang2nya kita mengingati alam, kurniaan Tuhan. wallahualam.
1 comment:
juz find out ur blog.
nice blog.
i luv 2 read it.
write more.
me,
anne
Post a Comment