Sunday, March 07, 2010

C dan C

Chantek dan Cerai.

Saya sebenarnya agak musykil bila wanita hantek dicerai. Saya lihat semakin ramai artis chantek yang telah dicerai. Mengapakah lelaki2 itu sanggup?

Ya, chantek itu subjektif. Bagi saya, Nora D*anish, R*ossa, Maya K*arin adalah wanita2 chantek.

Semasa R*ossa cerita tentang konflik rumahtangganya, saya fikir tidaklah suami dia sanggup menceraikan isterinya yang sangat chumil itu. Bila penceraian dia disahkan, saya agak terkejut. Diceritakan, lelakinya mencari "bahagia" di luar rumah. Bagaimana mungkin dia tidak menjumpai bahagianya di dalam rumah dengan isteri sechumil itu. Bahagia apakah yang dia mahu mahu cari?

Ada satu orang beri ceramah. Dia kata, kita perlu tahu apa yang kita mahu. Jika mahu isteri chantek, tapi risau isteri dingurat orang lain, lantas tidak bahagia. Jika mahu isteri kaya, namun akut dirompak, maka tidak bahagia. Jika mahu isteri pandai memasak, tetapi gusar akan gemuks dan jatuh saket, lantas tidak bahagia.

Akhirnya manusia begini akan terus kawen dan cherai, dan terus mencari bahagianya tetapi tidak menjumpainya.

Saya tahu ramai lagi yang chanteks, yang bukan artis, tetapi telah dicherai. Sungguh saya musykil.

Jika isteri tidak pandai memasak, bole diberi ajar, dan dicari pembantu. Jika isteri tidak pandai mengemas, boleh diajar dan dicari pembantu. Pendek kata, apa sahaja yang isterinya tidak pandai, boleh sahaja diajar. Patinya, ia ambil masa. Dan, sabar itu manis buahnya.

Sungguh, penceraian perempuan-perempuan chanteks ini buat saya musykil dan gusar.

Sekian.

2 comments:

eMa said...

ermalina likes this entrie...

and ur phrase pasal sabar itu manis buahnya..sangat la terkesan pada saya...

u never failed to calm me down tim..
even i haven't tell u a word..

Thanks TimmY!

:)

SITI said...

huhu. baguslah jika ia membantu kamu, walaupun aku penulis picisan sekadar. ahaks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...