Monday, November 24, 2008

YOGA

Awis texted me, "Kau tak nak tulis ttg pengharaman yoga dalam blog kau?". So, here i am, writing about it.

Pada mulanya, memang saya agak kurang bersetuju dengan keputusan muzakarah majlis fatwa ini. Saya jarang2 juga begini. Fatwa2 sebelum ini, saya terima dengan baik, termasuk isu pengkid. Bagi saya, yoga adalah senaman yang baik. Mengapa perlu dicampur aduk dengan Hinduism. Jika kita mahu lihat tentang asal usul, adat bersanding juga berasal usul daripada masyarakat Hindu. Tak nak banned those adat?

Saya memang teringat senior STF saya, kak Ninie, jika memperkatakan tentang yoga. She is a very well-known yoga instructors in Malaysia. In fact, she is yoga ambassador for adidas malaysia. I've read her writings and thought about this in two of her blogs; yogainstructordiaries.blogspot.com dan yogaiswheremyheartis.blogspot.com and her comment in NST too. Jelas, dia sangat kecewa. I can accept her view, di mana menyatakan yoga had evolved, dan ia hanyalah melibatkan senaman dan regangan. Tiada lagi unsur2 pemujaan. Lagipun, kalu orang Melayu yang ajar, macam mana pula mahu ajar those Hinduism things? Kan?

Tiba2, saya terfikir. Majlis Fatwa membuat keputusan tersebut, disebabkan ia adalah salah satu daripada 3 unsur yang kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan. Dan, mereka menulis, ramai orang tidak tahu matlamat sebenar yoga. Maka, saya terfikirkan sesuatu. Mari gambarkan bersama2.

Jika satu orang non-Muslim melihat solat itu sebagai satu senaman yang menarik. Maka, telah meniru those pergerakan, tanpa mempelajari bacaan. Maka, dia akan, like, berdiri tegak untuk lima minit, kemudian rukuk untuk lima minit dan sujud untuk berminit2. Tapi, tanpa bacaanlah. Just kira dalam hati. Maka, tiba2 dia rasa tenang. Maka, tiba2 kawan2 dia pun rasa interested, maka buat bersama2. Maka, mustilah kawan2 dia yang lain melihat seperti mereka telah macam belajar solat, as untuk masuk islam. Begitukah?

Oleh itu, bagi saya, keputusan Majlis Fatwa itu berdasarkan kajian bahawa yoga adalah salah satu unsur dan merupakan unsur paling asas dalam menyatukan diri dengan tuhan dalam Hinduism ini. Oleh sebab itulah ia diharamkan.

Dengan ilmu yang cetek dan rasa rendah diri, saya bukanlah orang yang layak untuk mempertikaikan keputusan ini. Tapi, saya harap pandangan pengamal Yoga muslim perlulah diambil kira. Kajian mendalam dan menyeluruh perlu dilakukan. Survey perlu dibuat, like, berapa orang yang telah menjadi penganut Hindu selepas mempelajari yoga? Adakah mereka membaca mentera pemujaan dalam mempelajari yoga? Berapakah kelab2 kesihatan ini mengajar yoga sehingga ilmu penyatuan dengan tuhan itu?

Kerana, dalam pemerhatian saya, yoga masih ada manfaatnya dari segi kesihatan. Bukan seperti ROKOK, yang tiada lansung kebaikan. Kita perlu bersedia untuk pengharaman rokok. Dan, saya juga tertarik dengan fakta bahawa,McD di India tidak menjual daging lembu, as India adalah negara Hindu yang menjadikan lembua adalah antara tuhan mereka. Jadi, sebagai negara Islam, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh mengharam; membanteras operasi dan melarang penubuhan kedai dan kelab2 malam untuk pelacuran dan arak. Those things adalah tiada lansung manfaat, jika ingin dibandingkan dengan SENAMAN yoga.

18 comments:

Ronie Muller said...

ermmm..akak penah ikut kelas yoga dlm bbrpa bulan lepas kat sini. bulan lps pun kami ada meeting nak bawa instructor masuk kampus sebab tak larat travel. mmg relief sebab bila dah berumur sikit ni rasa mcm senaman2 lasak tu mcm tak sesuai la pulak kan (mcm berumur sgt le kan).eventho instrc. dia chinese, tp takde mentera2 apa dlm setiap gerakan. bila kuar keputusan fatwa tu mmg panas la opis akak berdebat. akak pun pd mulanya mmg tak setuju dgn keputusan fatwa ni, tapi bila tgk balik kita kena igt yg kalau org kafir ikut pergrkn sembhyang kita (contohnya), itu masalah akidah(ada ke)dlm agama depa la kan. tapi andaikata sebaliknya (yakni kita mengikut prgrakan ibadah org kafir), rasa2 camna (baca: akidah islamiah kita)? sebab kita tahu yg iman bersangkut dgn hati, mulut dan geraklaku. jd akak berpegang kpd premis ini, lalu akak akur dgn keputusan tersebut. wallahu'alam.

SITI said...

kak Ronie: haah, kita pun mula2 susah nak terima sket. Lepas ni kene carik senaman lain pulaks. Mungkin kene buat kajian ttg pilates. Lebih moden walaupun pergerakan hampir serupa dengan yoga.

Anonymous said...

Tim, thanks for your writing. Aku nak tgk comments org lain dulu, nnt aku komen.

Can we do Pilates instead of Yoga? Is it the same? comment anybody?

SITI said...

Awis: tunggu komen orang lain? Tidaklah perlu, kerana seperti tidak ada rag mahu mengomen suda. Haha.

Kan? Aku rasa kau kene tanya mufti lah. Nanti, bila ramai2 dah blaja pilates pula, barulah nak buat fatwa.

Anonymous said...

tanye lah noh gadut..
tp die dah kene buang lah..!!

SITI said...

Anon: kamu memang suka menjadi commentator ,eh? I know u're the one yang telah membuat onar itu. Kenapa sahaja kamu suka ke sini?

Kenapa pula Noh Gadut telah kene buang? Baru 2 minggu lepas saya berjumpa dengan dia.

Anonymous said...

bukankah IMAN itu ada pd 3 elemen asas yg tdk blh dipisahkan? (bdk sekolah rendah pun tahu...)cume bedanya bdk sek ren. blajar teori... kita yg akil baligh cubelah adaptasikan akal yg ALLAH bg.... IMAN= HATI+LAFAZ+GERAK......

so x perlu dihuraikan mendalam...anda pasti tahu...
indahnya ISLAM krn prinsip TAUHIDnya,
konsep IMANnya,TAQWA,dll..... so agama lain lack of these elements.... so jika anda rasa YOGA just regangan & so on... cube fikir sejenak.....

"SETIAP GERAK ANAK ADAM ITU MILIK ALLAH,dgn dzatnya....KUN FAYAKUN....bila ALLAH mengkehendaki sesuatu itu berlaku... maka jadilah..... bukan TERJADI...(krn TERJADI adalah pengasingan dzat & sifat)
maka watever yg kita rasa kita lakukan,sbnrnya dgn idzin ALLAH...

jd gerak yg ALLAH izinkan itu anda memilih utk lakukan YOGA? senang jer...solat sunat bebanyak... habis criter.....
jd pergerakan kita juga salah satu elemen IMAN,so ngape memilih gerak YOGA.....adakah ISLAM x bg kita other alternatives....??????

so as conclusion,b selective....
choose ISLAM instead of others....

Anonymous said...

takbir...ALLAH HU AKBAR.....

SITI said...

hujan: Ya, semua perkara yang ditulis kamu itu adalah benar. And i believe u're among those people yang melakukan solat tasbih setiap malam. And also u're not a smoker. Syabbas!

Anon: Allah Maha Besar.

Anonymous said...

Hurm..saye sangat suke yoga..mungkin kerana senaman ini nmpk ringan tapi sanagt menggunakan seluruh kekuatan tubuh untuk stabil.berpeluh hebat juga la..kecewa juga bila ia diharamkan sbb spjg join yoga class tade plak melibatkan mentera2 bagai...ntah la..

pilates lebih byk pergerakan dari yoga..cth nya, yoga kite perlu stabilkan diri dalam posisi tertentu dan dalam waktu yang sama bergerak untuk mencpai flexiblelity maximum.Pilates pula pergerakan berulang seperti angkat kaki 90 degree waktu baring kemudian naik kan kepala,turunkan ulang selame 5 minit...

ye..kenape tiada fatwa haramkan merokok ye?

SITI said...

erma: Wah, kau sudah pegi kedua2 kelas? Hebat.

Anonymous said...

ASSKM....kena faham bebetul apa yg ana maksudkan pengasingan Dzat & Sifat... sebagai contoh kita p kedai, minta beli gula...kita cakap...
"tokey...saya nak beli gula sekilo....tapi manis xnak..."
bolehkah begini?
so begitu juga dgn gerak kita & ALLAH..... dzat & sifat x blh dpisahkan.... hadirnya dzat tanpa sifat, umpama kosong/tong kosong...
hadirnya sifat tanpa dzat adalah mustahil sama sekali...
ana pun lama x solat tasbih.... cuma jika x mampu cukup bermukim,dzikir dlm hati... INSYAALLAH..........

SITI said...

hujan:

i. Apakah ASSKM itu?
ii. Ya, tidak boleh minta gula tanpa kemanisan.
iii. Owh, ok. Zikir dalam hati. :)

Marliza Radzi said...

ruling Majlis Fatwa sungguh fair dan precise; HARAM JIKA involves all 3 elements.

Anonymous said...

Tim : I just read Mufti Perlis' comment on this matter, Yoga is a good practice for our health, the problem come when we learn the higher level of Yoga which involve chanting (related to Hinduism). Why don't we remove the chanting part, and the Yoga is OK to practice. I am totally agree with him.

Anonymous said...

Tim : bukan Zikir lah, dzikir.. lol..

lujats said...

Apa apa pun. Ikutlah mufti, siapa lagi kita nak ikut. Kita semua cetek ilmu agama. Seperti kata nik aziz. Islam itu mudah, buat apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah tak suka.

SITI said...

kak Yanti: Yup.

Awis: Ya, agree juga. Ada beza eh, kau sebut zi dekat dzi?

lujats: kau? kapan kau kembali? Haha. Ya, buat yang Allah suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...