Wednesday, November 26, 2008

K.E.M

Saya memang kurang gemar aktiviti kem motivasi. Saya tidak berapa enjoy dengan aktiviti yang sangat lasak. Kenapa? Entah, saya mungkin dilahirkan begitu. Takkanlah semua manusia dilahirkan dengan kesukaan yang sama, kan?

Semalam, saya pergi melihat "kanak2 riang" membuat program. Saya hanya pergi melihat kerana Pengetua Kacak suruh pergi melihat. Saya pergi dengan 2 orang felo yang lain.

Saya agak terkejut melihat lunch mereka hanya berlaukkan sayur kobis masak lemak dan sambal sotong sahaja. Apakah? Setahu saya program mereka pagi tadi adalah jungle tracking. Kemudian, diberi makan lauk itu sahaja untuk lunch. Hurm... Saya bukanlah telah banyak pergi kem2 sebegini. Dan, saya juga tidaklah pernah menjadi urusetia seperti ini. Tapi, saya pernah pergi kem yang makanannya lazat2 belaka, sesuai dengan akiviti lasak yang mereka mahu kami lakukan.

Bagi saya, urusetia perlu memilih sama ada ingin memberi mereka makanan yang kurang atau memberi aktiviti yang sangat lasak, yang mampu membakar berjuta2 kalori. They cannot have both. Kerana, sangatlah sedikit manusia di Malaysia yang boleh beradaptasi dengan keadaan kekurangan makanan den seterusya melakukan aktiviti lasak.

Ya, saya tidak menolak suruhan2 untuk bersyukur dengan apa yang ada. Tapi, kita juga perlu menerima kenyataan bahawa hidup kita ini mempunyai satu proses dinamakan adapatasi.

Namun, saya rasa lega kerana tidaklah ramai sangat peserta yang jatuh saket. Bilangan yang pengsan masih boleh diuruskan oleh pihak urusetia. Syabbas diucapkan oleh pihak urusetia yang telah berjaya menjalankan program ini untuk pelajar2 kolej.

Tapi, sesi petang tadi agak kuranglah. Daripada pemerhatian saya, kepimpinan sekarang lebih ramai yang pandai cakap, sebab kita macam sering utamakan kemahiran komunikasi itu. Cukuplah mereka berani melontarkan idea. Tak payahlah suruh mereka sampai pandai bercakap sahaja, buat keje tak tahu. Kalu kamu asyik korek skil komunikasi mereka sahaja, kamu akan dapatlah orang2 yang hanya pandai bercakap. Lihat sahaja di Parlimen itu. Berapa orang yang pandai bercakap? Berapa orang yang pandai diam? Berapa orang yang pandai mendengar? Berapa orang yang tahu menghormati Tuan Speaker itu? Dan, berapa ramai pula yang pandai membuat kerja? Heh!

Sekian. No offence, eh. Ngeee...

2 comments:

Anonymous said...

mereka makan itu sebabnya...bersesuaian dengan budject mereka..pada saya, tak perlulah bagi mereka makan mewah-mewah...kebanyakan mereka adalah org yg mewah2..so..sekali sekala kena ajar juga macam mana hidup susah..,kesusahan akan mengejar mereka untuk lebih bersyukur..insyaallah..

SITI said...

oryza: tidaklah aku suruh makan yang mewah2. Hanya makanan itu mestilah bersesuaian.

Kan aku sudah tulis. ADAPTASI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...