Binatang ini menjadi isu hangat beberapa minggu lalu. Saya tidaklah teringin sangat utk menulis tentangnya. Tapi, malam tadi, ada satu orang itu terlalu banyak menyebut nama binatang ini semasa bercakap dengan saya.
Kita semua diajar bahawa babi dan anjing adalah binatang yang digolongkan sebagai najis mughalazah, najis yang amat berat. Maka, pada hemat saya, binatang2 ini lebih jijik daripada hasil kumuhan kita setiap hari itu. Maka, binatang2 ini perlulah dipandang sangat jijik. Dulu2, masa kecik2, nak sebut pun, terasa jijik. Ramai jer kawan2 saya, jika terpaksa sebut, mereka akan sebut dengan cara mengeja. Amat jijik sekali untuk disebut.
Namun, apabila dewasa, saya dapat melihat haiwan ini telah menjadi beberapa karakter dalam kartun dan juga dijadikan anak patung. Memang dapat dilihat karakter yang sungguh comel. Tidak pula dihalang penjualannnya, terutama anak2 patung seperti haramnya penjualan daging haiwan2 ini. Mungkin, ia menjadi agenda pihak2 tertentu dalam usaha penjajahan mental orang2 Islam. Saya ada membaca sebuah cerpen, menyatakan bahawa, babi telah dilihat karakternya sebagai pembersih dalam buku cerita kanak2 sekolah tadika di luar negara. Manakala, anjing pula dilihat antara haiwan paling bijak dan mempunyai deria yang kuat, menjadi haiwan peliharaan dan amat disayangi.
Saya tahu isu binatang ini sangat sensitif. Isu babi lebih sensitif daripada anjing. Ini kerana, anjing dilihat binatang yang cerdik dan bagus untuk mambantu dalam kerja2 seperti penjagaan keselamatan dan digunakan dalam mengesan barangan seperti dadah dan VCD cetak rompak. Manakala, babi pula adalah untuk makanan. Maka, ia dilihat lebih menjijikkan, lantas menjadi lebih sensitif.
Tapi, yang perlu sangat dikaji dan diberitahu ialah, sebab2 mengapa binatang2 ini menjadi sangat najis. Saya rasa sudah ada kajian2 yang dijalankan, cuma atas beberapa sebab, tidak mampu disebarkan tentang keburukan binatang2 ini. Saya sangat pasti, jika manusia tahu tentang keburukannya, mereka tidak akan menjadikan daging haiwan2 ini (esp babi) sebagai santapan mereka.
Jika, sudah ada kajian saintifik yang sangat kukuh, yang tidak boleh dinafikan lagi kesahihannya, maka manusia2 tidak akan ingin lagi memakannya. Maka, tidak akan ada lagi permintaan yang tinggi. Maka, tidak akan ada lagi penternakan. Maka, tidak akan ada lagi isu ladang babi. Huh!
p/s: maaflah jika entri ini memualkan...
11 comments:
owh!...
babi?...
hmm...sangat ditegah untuk disebut ketika kecil dahulu...
tapi...
bila dewasa..paham2 sendiri lah...
nk marah..dah besar...
so tanggung sendiri...
well...
byk hal pasal babi nih...
pasal ladang lah..pasal daging lah..
mcm2...
:)
neway..
all d best to blogger...
leks2 jer...
Baru jer tgk documentary pasal ba alif ba ya ini di Discovery Channel...ade satu part tu, mereka kurung seekor b.a.b.i jantan dan seekor b.a.b.i betina didalam kandang dan...mereka pun mengawan, kemudian, dikurung pula 2 ekor b.a.b.i jantan didalam satu kandang lain..dan....mereka mengawan juga!!!!!!!so ape yang aku faham, babi adalah gay...huhuhu..bertambah jijik kan...
sensortu caps: lama dah kau tak mengomen? :P Ya, aku rileks2 jer. Lalala.
Erma: eeeeiiiuuuu.....
eh pelik gak.. camana plak babi leh mengawan sesama jantina. ini bermakna babi punya 2 jantina..
kes babi tak setel2 lagi ka? Arghh
p/s: malu jd penduduk Melaka :(
Abg Suhail: dulu2, sebut pun org tak berani sgt. Tp sekarang, orang dah berani mintak tanah nak bukak ladang babi. Heh!
babi adalah gay? kena buat kajian nie..ingatkan Rooney dengan Ronaldo jer yang gay..hahahaha...
mu fan: kamu? Pencinta wanitakah? :P
tak la..aku pencinta bola..MU fan kan..hehehehe..
tidak memualkan. fakta.
topik yg bagus utk diperkatakan.. some additional yang saya share utk semua about babi, please read entri babi.nafsu.pembekal di blog saya najam-najam.blogspot.com
kak Yanti: ;)
Awis: sudah baca. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. :)
Post a Comment