Wednesday, September 26, 2007

Nurin Jazlin

tidak dapat tidak untuk membicarakan ttg kes adik kecil ini...

mmg kes ini menjadikan sgt sedih. gambar mayatnya di dada2 akhbar meruntun rasa. membangkitkan rasa marah kepada pelaku. pelaku dianggap kejam dan jahat. maka dengan rasa amarah itu, pelbagai cara hukuman dicadangkan.

perbincangan secara akademik juga turut rancak diadakan. di akhbar2, ahli akademik dijemput menulis artikel. ada yg menulis ttg keselamatan kanak2. ada yang menulis ttg cara mengatasi masalah. dan banyak juga yang membincangkan ttg pelaku jahat ini.

bagi aku sendiri, aku lebih byk sedih. tp, jujurnya, aku rasa takut utk menghadapi masa depan. namun, perasaan ingin tahu mengatasi segala2nya. marah? tidak. kerana, aku rasakan pelaku ini ada cerita di sebaliknya. jika dia dibesarkan dalam persekitaran normal, gembira, kebarangkalian dia melakukan perkara yang menakutkan ini adalah sgt rendah.

maka, itulah yg aku ingin tahu. apakah yg telah berlaku kepada dia sehingga dia boleh melakukan perkara sebgini? ada artikel yg mmg mengatakan org itu mempunyai masalah psikologi. mungkin skizo atau masalah personaliti. namun, penyakit2 ini tidak dtg tiba2. pasti ada cerita sebelumnya. spt penyakit diabetes, lebihan glukosa akhirnya membawa kpd kegagalan pankreas berfungsi.

maka, jika pelaku ini dpt diketahui, aku ingin sekali mengetahui cerita itu. memetik kata2 kak yanti, bagaimana sebaik2 kejadian tuhan ini boleh berperangai lebih buruk dari binatang?

hukuman? hukuman dari tuhan adalah yg paling baik. dan, itulah jwpn bagi semua masalah ini. agama dan tuhan. aku selalu yakin, walau apa pun agama di muka bumi ini, semuanya menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kejahatan.

doa utk hari ini, baik kan lah hati semua org. ameen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...