Friday, July 27, 2007

KEHILANGAN

Saya rasa kehilangan paling hebat setakat 24 tahun saya hidup antaranya ialah kematian nenek saya pada tahun 2006. Saya menjaganya selama 17 hari tanpa henti, melihat dia daripada dia sehat dan seterusnya mati. Namun, tugas paling berat sewaktu itu ialah memberitahu ttg berita sedih itu kpd semua org. Kepada pakcik2, makcik2, dan saudara mara yang lain ketika mereka sedang tidur, jam 3 pagi. Bukan semua org mampu lakukan tugas itu sebenarnya. Dan saya adalah org yang pernah melakukan tugas itu. Sgt berat. Sungguh!
Kehilangan barang2 juga kadangkala terasa perit. Namun, barang2 mungkin boleh dibeli semula. Mendapat yang ganti. Tp, adakalanya, barang itu tidak dapat diganti. Saya pernah kehilangan sebuah buku cerita. Bukanlah saya yang menghilangkannya. Saya bagi kepada kekasih hati (sewaktu itu). Tiba2, dia katakan pada saya, buku itu telah hilang daripada pandangannya. Dia berjanji akan mencari bersungguh2. Tp, dia gagal. Entah mengapa saya sgt sedih. Mungkin kerana saya tahu buku itu telah tiada di pasaran. Buku itu tidak akan diulang cetak. (Sebenarnya, saya telah "merompak" buku itu dr pepustakan sekolah. Lupa nak pulangkan kembali. Oopppssss....). Buku itu sebenarnya buku terjemahan sebuah cerita dongeng. Tajuknya, "Sampainya Telah Pagi". Maka, jika ada sesiapa yang menjumpai buku itu, mungkin di jualan buku2 lama., harap dpt belikan utk saya. Akan saya bayar ongkosnya. Itulah antara kehilangan barang yang tiada ganti.
Sekarang, saya berkira2, sama ada akan kehilangan lagi atau tidak. Apakah Tuhan akan mengembalikan hati dia kpd saya? Apakah sebenarnya saya lebih bersedia kehilangan dia drpd menerima hati dia semula? Apakah saya sudah menjadi sgt kuat utk menerima kehilangan ini? Entah kenapa, malam ini saya rasa saya sgt takut utk melalui kehilangan itu (jika benar itu takdir-Nya). Kehilangan hati dan jiwa yang pernah kita sayangi mmg berat utk ditempuhi.
Ya Allah, tabahkan hatiku. Ameen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...