(telah ditulis di FRIENDSTER, pada 10 Februari, 2007)
Aku dah lama tak menulis. Lebih banyak membaca tulisan orang. Tapi, tiba2 aku byk berfikir. Aku pelajar genetik. Sekarang buat kajian ttg kanak2 cacat. Wpun tak dapat lihat kanak2 itu, kadangkala ada juga yg datang ke lab. Maklumlah, LPPKN bukan hospital. Cume ada klinik merancang keluarga. Sama ada yang nak dptkan zuriat sendiri atau pun yang nak menghadkan bilangan anak. Tempat ini, (dgn ikhlas) telah byk kali buat aku mengenangkan kehidupan sendiri. Semua org perlu tahu yg penyakit genetik tiada ubat. Hanya kaunseling. Tapi, masih ramai yang tak tahu, dan tak nak faham. Ada yg buat2 tak faham dan tak nak terima baby. Aku selalu fikir ttg anak2 yang telah lahir itu. Pengalaman tgk buat test tube baby mmg satu pengalaman yg sgt menarik. Org sanggup buat apa sahaja utk dptkan anak2. Tp, lepas tu? Ada yg rasa ‘penat’ nak jaga pulak.
Minggu lepas, aku berkesempatan pergi seminar “War is Crime” di PWTC. Byk cerita dan gambar yg menggerunkan. Antara yg menarik ialah dunia sekarang telah tercemar, terkontaminasi dengan partikel nuklear. Sejak bom atom dibangunkan oleh US dan dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki, partikel2 nuklear telah memenuhi ruang udara seluruh dunia, termasuk Malaysia. Itu sbb mcm2 penyakit muncul. Mutasi gen yg sgt mendadak dpt dikesan selepas berlakunya perang nuklear. Kemudian, masalah dunia sekarang dengan ramai org kejam. Bush, Blair dan org Israel adalah manusia yg sgt kejam. Mmg byk bukti yg menunjukkan serangan 11/9 itu dirancang. Mereka mmg sanggup bunuh org sendiri. Sgt takut. Dan bila dgr pengakuan ‘Man of the Hood’, lagi sedih. Mengalir air mata. Huh.
Dan, aku kene amik subjek kimia iaitu drug-nutrient interaction. Aku mmg dah lama tak belajar kimia dan tiada asas dlm nutrition atau farmakologi. Oleh itu, kenelah bace buku yg asas ttg2 ilmu ini. Dan, ia menyumbangkan fikiran yg sedang ligat berfikir ini. Kite mmg perlu faham byk perkara sebelum ambil sesuatu ubat. Zaman sekarang, org yg buat ubat ramai yg nak cepat kaya. Sanggup buat apa sahaja untuk cepatkan kajian mereka supaya boleh dijual. Sgt menakutkan bila kesannya sgt lambat diketahui. Dan penderitaan menanggung penyakit adalah cukup takut utk digambarkan. Aku jaga nenek aku 17 hari di ampang puteri. Salah satu sbb nenek aku makin tenat ialah apabila pakar2 tu bagaikan bergaduh dalam pemberian ubat. Mereka dengan suka hatinya melakukan kerja. Tak nak berbincang dengan serius pun. Dah tenat, barulah tgk balik ape yg telah mereka lakukan. Sangat sedih sebenarnya.
Tiba2, satu perkara yg sgt menyayat hati berlaku di Kuala Lumpur. Gambar bayi kene buang kat flat tu, dalam Utusan, sgt sedih. Tak tipu. Betul2 sedih. Mcm tak faham, kan? Boleh tak jgn buang. Bagilah kat orang yg nak jaga. Aku sgt yakin ada org yang baik lagi yang boleh jaga baby. Aku penat fikir. Aku tahu bukan semua org jahat. Masih ada yg baik.
Dan, tiba2 aku buat kesimpulan, aku tak mahu punyai anak sendiri. Aku rasa mcm kasihan kat anak aku. Dia akan hidup di dunia yg telah contaminated, sgt tercemar dgn perkara yang membahaykan. Nak berhadapan dengan perubahan cuaca global lagi. Apa yang kita hadapi sekarang pun sudah teruk rasanya. Cuaca dunia yang melampau. Banjir besar. Kemarau panjang. Dunia menjadi semakin sukar. Dunia yang semakin ramai org jahat dan kejam. Aku rasa aku akan bersalah jika biarkan dia lahir kat dunia ni. Aku tak nak dia penat berfikir mcm mane nak teruskan kehidupan dengan baik. Dan, jika aku terlepas pandang sesuatu, dia mungkin akan terjerumus pd perkara2 yg tak baik. Nauzubillah. Salah ker aku fikir mcm tu? Aku hanya fikir, jika dimurahkan rezeki, aku akan jaga anak2 yang tiada org nak jaga. Mereka yang dilahirkan secara tak sengaja. Tp, utk zuriat sendiri, aku rasa mcm kasihan nak lahirkan. Wpun, mmg fitrah seorang wanita untuk punyai suami yang baik, dan untuk mengandung dan melahirkan anak, tapi, sesungguhnya dunia adalah semakin sukar. Allah Maha Mengetahui. Wasalam.
edited on 270307; Saya telah ditakdirkan mengikuti syarahan umum pemanasan global minggu lepas. Pastinya, dunia semakin panas. Dan pensyarah itu terus menerangkan apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Dunia akan menjadi panas dalam 50 tahun lagi. Lebih panas dari sekarang? MasyaAllah. Apakah yang akan berlaku pada generasi itu? Saya tak sanggup nak membayangkan anak yang saya lahirkan akan menderita kepanasan, atau menderita penyakit disebabkan keadaan sebegitu. Saya bingung. Hati saya memberontak, bertanya soalan yang mungkin saya sendiri pasti jawapannya. "Adakah kebarangkalian dunia menjadi sejuk semula adalah sifar?"
[Saya menulis semula artikel ini di sini hanya dengan tujuan supaya lebih ramai yang akan membacanya. Saya sering berasa gundah gulana melihat kelahiran baru sekarang. Semoga Allah merahmati kita semua. Ameen.]
1 comment:
Persoalan yang agak serius. Bila terbaca saya tertanya-tanya adakah perasaan gundah gulana awk tu berterusan dan sangat terkesan dalam jiwa? Jika diteliti dari segi penulisan, awak benar2 risau akan keadaan semasa yang berlaku.
Sejak zaman Nabi tercinta, Baginda pernah berkata kepada para sahabat bahawa dunia ini sudah bongkok tiga. jarak antara zaman ini (zaman rasulullah) dan akhirat adalah umpama jarak antara jari telunjuk dan jari manis.
Itu petanda bahawa akhirat itu tak jauh daripada zaman Baginda. Camana plak dengan zaman kini? Pastinya sangat hampir dengan akhirat.
Pernah kan kita terbaca tanda-tanda besar kiamat? Banyak.. dan hampir kesemua tanda-tanda kecil kiamat sudah berlaku. Mungkin tak perlu dinyatakan tanda2 tu semuanya. Cukuplah dengan pelbagai penyakit yang mula timbul dan pelik2. Pemanasan global adalah petanda juga.
Adakalanya kita terfikir apakah nasig generasi akan datang? Pasti kehidupan mereka semakin mencabar. Soal ekonomi ke sosial ke politik ke budaya ke.. semuanya semakin rumit. Percakaran sesama manusia, pengklonan manusia, perebutan kuasa etc.. Sudah pasti dalam otak fikiran kita, kita tidak mahu anak cucu kita terseksa hidup di zaman akan datang.
Persoalannya begini. Adakah kita pasti bilakah semua itu berlaku? Ya petanda-petanda kecil sudah berlaku. Maka, kiamat itu tidak lama lagi. Kalau lah zaman Rasulullah lagi dah dikatakan kiamat itu sudah dekat dan para sahabat berasa takut kalau-kalau kita ini (generasi selepas mereka) hidup merana, pasti kita tidak wujud. Tetapi pendekatan mereka adalah untuk melahirkan zuriat pejuang risalah Nabi.
Sebab apa? Sebabnya kita terlupa satu perkara. Iaitu apabila kiamat berlaku, Nabi Isa diturunkan untuk menyelamatkan manusia yang pada waktu itu sudah teruk sangat, kufur dan sesat. Dan sekumpulan anak-anak muda akan bersama-sama Nabi Isa dan Imam Mahdi akan berjuang mempertahankan agama Islam.
Apakah tidak terlintas atau terdetik di hati kita bahawa anak cucu kita mungkin tergolong di kalangan golongan pembantu Nabi? Adakah sia-sia andai anak yang kita lahirkan itu dijaga dan dididik dengan ilmu agama yang baik?
Jika dilihat dari sudut kesihatan pulak, sebenarnya kita harus kembali kepada konsep asal kejadian. Jika kita berpegang kepada hukum sains, kita akan meramalkan sesuatu itu benar2 terjadi sedangkan hakikat kuasa yang menjadikan adalah terletak pada tangan DIA.
Kan haritu diramalkan bermula bulan 3 sehingga 7 2007 akan berlaku kemarau yang teruk di Malaysia. Namun, Allah mentakdirkan hujan lebat, bahkan bah pula yang berlaku baru-baru ini di KL. DIA berkuasa bukan?
Maka, apa jua penyakit yang melanda, kita tak harus gusar kerana penyakit datang pun berdasarkan hukum alam iaitu punya sebab musabab. Apabila minum manis byk, kencing manis la dapat. Begitulah hukum alam atau mungkin disamakan dengan hukum sains. Hukum alam ini memang Allah yang ciptakan tetapi Allah juga hebat kerana memberikan ilham kepada doktor2 mencipta vaksin penyembuhnya.
Cuba tengok kepada kesan rokok yang secara saintifiknya sangat merbahaya kepada perokok dan kematian dijangkakan lebih awal drp sepatutnya. Namun, masih ada perokok tegar yang hidupnya sihat sehingga 80 tahun (mcm org2 tua di kampung yg hisap rokok daun, dah la takde filter). Maka, kuasa DIA lebih utama.
Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda lebih kurang maksudnya,"jika kamu tahu esok kiamat akan berlaku, tanamlah kamu benih pokok pada hari ini."
Apa maksud Rasulullah? Maksud Baginda, walaupun kita tahu esok nak kiamat, tidak bermakna kita perlu terus duduk beribadah khusus bagi mempersiapkan diri. Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa kerana setiap amalan dengan tujuan yang baik juga adalah ibadah. Menanam benih bertujuan berbakti kepada tanah adalah satu ibadah. Ia juga dikira dan dinilai olehNYA.
Sekali fikir rasa macam tiada gunanya menanam benih pokok kerana kita tahu kalau esoknya kiamat, tak sempat pon pokok nak tumbuh. Tetapi tidak rupanya. Kita silap kalau berfikir begitu. Itulah sebabnya kita wujud hari ini kerana para sahabat Nabi tak pernah berfikir begitu.
Bagaimana dengan kita hari ini? Sememangnya kita pon tak tahu bilakah kiamat. Dan jika tahu pun, tetap kena tanam benih. Benih itu boleh disamakan dengan anak. Zuriat kita. Yang penting, kita menanam dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan sambil berniat akan menjaganya dengan baik agar dpt tumbuh segar.
Begitulah anak-anak dan zuriat penerus perjuangan Nabi. Jika kita adalah generasi terakhir dan tiada siapa yang akan mewarisi generasi kita, maka belum tentu kita beruntung. Apakah dengan kita tidak melahirkan zuriat, kita benar-benar dapat menyelamatkan umat Islam? Silap2 diri kita juga tidak terselamat.
Hadis ini sangat popular. "Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain.
'Anak yang soleh'.. tgk tuh. Inilah harta yang berterusan milik kita selepas kita mati. Anak yang kita didik betul2 insyaAllah akan menjadi anak yang soleh. Dia pasti ingat pada kita dan mendoakan kesejahteraan kita. Maka, insyaAllah terselamat kita dunia dan akhirat.
Pernah seorang ustaz ni dia pakar dalam bahasa arab. Ditafsirkan perkataaan 'anak' tadi sebagai bukan sahaja anak, tetapi cucu cicit dan generasi seterusnya. Bayangkanlah sekiranya semua itu mendoakan kita, bukan sahaja kita berjaya, mereka juga akan berjaya dan ditempatkan di syurga. Bukankah itu matlamat kita?
Andai kata plak anak-anak atau zuriat kita tak menjadi wlp sudah dididik dengan baik. Adakah itu salah kita? Allah tahu usaha kita sejauh mana dan sesungguh mana. Maka, tidak akan dikaitkan dosa si anak/zuriat itu kepada si ibu bapa sekiranya benar mereka sudah sedaya upaya mendidik anak-anak tetapi gagal. Banyak ayat quran dan hadis menyatakan bahawa masing-masing tanggung dosa masing2 melainkan pemimpin yang tak memimpin dengan baik mcm ibubapa yang memang sengaja tak didik anak dengan baik.
Akhir kata, saya ingin mengingatkan diri saya dan diri sesiapa sahaja yang membaca komen ini, bahawasanya jangan sesekali kita takut kepada sesuatu yang belum pasti. Apa yang penting ialah kita berusaha untuk mencapai yang terbaik. Dan yang paling penting, peranan kita di dunia adalah meneruskan perjuangan dakwah Rasulullah. Kalau kita terhenti tanpa meninggalkan zuriat untuk menyambungnya, apakah layak kita menyatakan kita pencinta dan pengikut Rasulullah kekasih Allah?
Teruskan hidup kita dengan menapak maju ke hadapan dekat kepadaNYA tanpa prasangka terhadap Allah yang Maha Berkuasa atas segala2nya..
Wallahua'lam
Post a Comment