Sunday, February 21, 2010

Hari Keluarga DKZ 2010 di Pulau Sibu (edited with gambar)

Saya bertolak pulang dari KL selepas solat Isyak, jam 9 malam, hari Jumaat bersama adek2 saya. Sampai jam 11 malam, kami terus masuk tidur. Jam 4 pagi, emak sudah kejutkan kami, untuk bertolak ke Kulai. Kami singgah solat Subuh dan sarapan di R&R Machap. Berjumpa Along Ina dan MakUsu di situ. Sampai di Kulai lebih kurang jam 8 pagi, seterusnya berjumpa ahli keluarga yang lain. Sempat juga ambil gambar di hotel tempat mereka menginap. Kami seterusnya mula berkonvoi dalam 10 buah kereta.

Agak jauh juga destinasi kali ini. Dengan perjalanan membelah ladang2 kelapa sawit, kami melalui beberapa buah Felda termasuk Tenggaroh dan the famous Taib Andak. Singgah di satu perhentian untuk berehat, tak ingat pulak namanya. Dan, akhirnya kami sampai di Jeti Tanjung Leman. Lenguh menunggu feri untuk sampai. Bila feri sampai, saya tidak boleh tidur, ombak melambung2. Dua anak sepupu saya keluar isi perut. Hehe. Kesian Ikwan dan Ikmal. Syuhada' tidur tak sedar diri. Haha.

Kami sampai di resort, disambut dengan paluan kompang yang sangat panjang.

Haha. Terus makan tengahari. Adalah lapar. Dapat goodies segala, jawab kuiz dulu, baru bleh masuk bilik. Petang terus ada sukaneka. Best gellar sukaneka kali ini sebab kumpulan saya menang semua, cuma kalah satu game sahaja. Devaaaarioriorio!!! Petang, semasa minum teh, saya dapat pinjam mesin timbang daripada staff resort. Hehe. Tak bawak sendiri punya. Teruslah timbang berat sume ahli. Ya, saya AJK kesihatan yang dedikasi. Ihiks.

Jam 6.30 petang, ada majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat berjemaah. Disebabkan kami tersilap baca buku program, saya dan adek saya serta budak2 sebelah bilik kami telah lambat sampai. Haha. Kene jegil dengan mak dan MakUsu. Ingatkan konon2 sampai awal. Haha. Takut gelllar masa tu. Tengok sume orang dah sampai. Memang kami yang sampai paling lambat sekali, jam 7.15. Huhu.

Malam, ada pelancaran facebook dan blog FamiliDKZ. Kemudian, makan malam di tepi pantai. Sangatlah angin2. Banyaklah game yang dijalankan, yang sangat memecahkan perut untuk ketawa. Food adalah sangat best, kecuali ABC dia takde buah kundur. Haha. Musical chair paling last dan paling guling2 pecah perut ketawa. MakUsu sempat rakam lagi. Haha. Kali ni memang ekstrem mereka main. Ami yang menang memang hebat. Senget buntut dia rebut kerusi. Haha.

Esoknya, ada poco2. Tapi, saya tak join, sebuk duk cucuk orang. Saya dan Najat dan Ika terus menjalankan ujian glukosa dan blood pressure, di tepi pantai. Hehe. Selesai juga sebelum breakfast. Terus bersiap untuk snorkelling. Tapi, tak best sangat. Mungkin sebab dah pegi Redang yang best. Dan, takde instructor. Takpelah, lain kali pegi tempat yang best, khas untuk snorkell.
Petang, dalam kepenatan itu, kami perlu menghadiri ceramah oleh penceramah jemputan khas, Tuan Kadi Mersing. Best! Saya rasa mengantuk dah nak hujung2 jer. Tapi lepas tu, terus dah tak ngantuk, sebab slot saya adalah yang berikutnya. Adalah berdebar2, OK? Haha. Saya dah practise 3 kali, 2 kali kat lab, satu kali kat rumah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semua orang pun gumbira bila dapat belajar tentang perwarisan jenis darah ABO itu. Ikmal yang darjah 4 itu pun, seperti sangat faham, siap tanya soalan lagi. In the end, mak saya pulak tiba2 konpius, tanya soalan. Haha. Semua pun saya dapat jawab dengan baik. Terima kasih Najat kerana jadik assisstant. Jasamu dikenang. Hehe.
Petang ada main bola tampar pantai. Abah saya sangat suka main, sampai main keempat2 game. Haish. Malam, kami dinner di poolside pula. Penyampaian hadiah dijalankan. Kemudian, ada ceritera perkembangan keluarga masing2. Paling best masa abang Mamat bentangkan keluarga Maklong. Panjang lebar diselangi dengan sorakan "Ayah! Ayah!" oleh Aiman dan Wafa. Haha. Kumpulan saya menang, best! Ayah saya menang G1 paling sehat, dan Razin G2 paling sehat. Aiman dapat hadiah sebab boleh baca doa makan. Adalah kagum, dia baru 3 tahun. Huh.

Tidur. Jam 3.30 pagi, Faiz call, kejut utk qiamulail. Saya bangun jam 5.15. Hehe. Maaflah Faiz. Saya sampai masjid, sudah solat witir. Kuliah Subuh, saya tidur separuh yang akhir. Tak tahan ngantuks. Lepas breakfast, boleh pulak sambung dengan beach soccer. Huh!
Kemudian, sume pun bersiap2 mengemas. Makan lunch, kemudian baru ambil gambar. Tunggu feri datang adalah lama. Sempatlah tawaf reban ayam-arnab-kambing tu 30 kali. Haha. Aiman dan Wafa sangatlah suka binatang2 itu. Haish. Naik je feri, saya tidur. Ramai yang lain juga tidur. Bermulalah episod perjalanan pulang yang panjang.
Dalam perjalanan pulang, ada yang berhenti "membuang" dalam hutan kelapa sawit. Hehe. Tak tahan sangat.

Singgah di R&R Machap. MakUsu belanja eskrem BR. Suka! Singgah Masjid bukit Kangkar untuk jamak maghrib dan Isyak. Samapi di rumah jam 9 malam. Huh!

Selesai cerita untuk Family Day. Adalah sangat seronok. Dengan budak sebelah bilik yang suka minu air kundur. Hehe. Saya bawak kordial, takut teringat2. Dengan ahli pasukan yang mengagumkan. Dengan Aiman dan Wafa yang sangat2 suka main pasir. Dengan adek lelaki saya yang suka sangat bawak keta. Hehe. Dengan slot ABO saya yang berjalan lancar. Layanan juga sangat baik. Abang Acol telah mengadakan family day kali ini dengan satu standard yang agak tinggi. Tidak terkejar kami. Harap2 janganlah pencen awal sangat. Tunggulah sampai Nabilah habis blaja. Hehe.

Terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak. Love love love love all of you, DKZ members!!!

Sekian.

6 comments:

najat said...

yay!!!!
suka entri nih....
:)

SITI said...

yeay!!

entri ni ada banyak kali sebut MakUsu. Huhu.

Dah selesai upload gamba. DONE!

eMa said...

jeles!

pastu aku takle msk dkz nye blog!

benci

SITI said...

tak payah jeles2. sila kumpulkan ahli keluarga anda dan main sukaneka di hutan bandar JB. Hehe.

yup, dkznyer blog untuk ahli keluarga sahaja. sowi.

eMa said...

too bad..my fam members prefer to stay at home and g shopping mall ajek...

SITI said...

cuba kau mulakan aktiviti itu. cuba jer sekali.

tapi, kalu tak mahu dengan famili sendiri,tunggu kawen nanti. then, ajak family husband. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...