Tuesday, February 09, 2010

Siren

Bunyi siren selalu berkumandang ke telinga saya sejak saya duduk berjiran dengan HKL, setahun yang lalu. Saya selalu memandang ke arah jalan raya melihat ambulans itu, sama ada ke HKL, atau keluar dari HKL, untuk ke tempat kecemasan.

Jika kita nampak bomba, kita akan tahu, mungkin ada kebakaran, atau kecemasan2 lain seperti kemalangan yang ada tersepit, memerlukan khidmat anggota bomba dan penyelamat.

Hari ini, saya ingin menulis tentang siren, kerana dalam perjalanan pergi dan pulang, saya ketemu dengan siren, POLIS.

Semasa perjalanan pergi, keadaannya seperti dalam filem. Satu buah kereta polis dengan siren berbunyi kuat, mencelah2 di antara lorong tengah dan lorong kanan. Saya gerun melihat kereta polis itu, sepertinya sedang mengejar penjenayah. Tapi, tidak kelihatan pula sebarang kenderaan seperti sedang dikejar polis.

Semasa perjalanan pulang pula, saya dan pemandu kenderaan lain telah berada dalam kesesakan lalu lintas di depanjang Jalan Istana menghala ke Jalan Duta. Semasa di pertengahan kesesakan itu, sayup2 berbunyi siren. Saya lihat di cermin, ada motor polis trafik. Tiba2, rasa mahu marah sebab, VVIP mana ntah mahu lalu. Dan, tiba2 polis itu mencelah masuk di tengah2, antara lorong kanan dan loraong tengah. Marah tau. Kereta semua terpaksa bersesak2 ke tepi2an jalan, untuk memberi laluan. Huh!

Saya semakin ngeri dengan banyaknya kemalangan jalan raya sejak kebelakangan ini.

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...