Monday, January 04, 2010

Kenduri Kahwin di Sempadan

klik untuk lihat lebih besar

Idayu mahu kahwin. Jemputan diberi dalam FB. Idayu kawan saya di STF. Dia duduk di sebelah dorm saya. Kami juga pernah belajar dalam satu kelas. Dia pernah ke rumah saya semasa dalam Tingkatan Dua. Selepas mendapat jemputan, saya telah googled lokasi rumah dia. Dan, amatlah saya terkejut bahawa rumah dia terletak sangat dekat dengan sempadan. Terus saya beri email pada dia. Memang 5 minit sahaja mahu ke sempadan. Kawasan Pengkalan Hulu ini adalah terletak dalam negeri Perak, juga merupakan dalam kawasan persempadanan Perak-Kedah.

Terus saya menelefon kawan saya, Abidah. Hasilnya, kami telah sepakat bersama2. Rumah Abidah terletak di kawasan sempadan itu juga, di Kuala Pegang, Baling, Kedah.

Kami mulakan perjalanan kami dengan Bismillah. Naik keretapi di KL Sentral jam 10.30 malam. Tiba di Butterworth, Penang jam 6 pagi. Naik bas jam 7 pagi untuk ke Baling. Kami turun di pekan Kuala Pegang jam 8 pagi.

Kat pasar. Terung, petola dan tembikai yang panjang2. Kali pertama saya tengok buah tampoi, dan, err, lupelah gambar yang kat tengah tu. Errrr...

Teman akak Abidah ke pasar. Sarapan. Rehat. Jam 12, kami sambung perjalanan. Ke kenduri saudara Abidah, dalam kawasan Baling. Kemudian, baru kami ke Pengkalan Hulu, Perak. Jam 3 sampai di rumah Idayu. Nyaris2 kami ke negara jiran. Dari rumah Idayu ke Thailand, tidak sampai 3 km pun!

Pengantin tiba sejurus kami sampai. Hujan renyai2. Tiada kompang, tapi mereka bakar mercun!

Familia.

Babies.

Penat kami dalam perjalanan terbalas dengan senyuman Idayu yang ternyata terharu dengan kehadiran kami meraikan majlis hari gembira dia. Hidangan juga lazat. Saya jarang2 dapat makan kenduri orang utara. Lauk daging masak hitam itu adalah lazat. Juga, erm, saya lupa pula masakan itu. Erm, kari? Owh, kami juga dapat ole2 tambahan dari Jepun juga. Suka!

Saya terasa dibuli oleh jurukamera Idayu. Haha. Lama betul kami tak berjumpa. Idayu lama di Jepun. Dia terus bekerja di sana selepas tamat belajar.


Saya dan Abidah pulang Jam 10 pagi setelah tidur satu malam di rumah Abidah. Naik bas di Sungai Petani sebab tiket di Baling sudah habissss. Samapi di KL jam 4.30 petang. Solat di Masjid Jamek. Singgah makan sebentar di Burger King. Saya dan Abidah berpisah di hadapan stesen pertukaran Masjid Jamek. Saya ambil teksi, Abidah naik Putra LRT.

Saya ingin ucapkan terima kasih banyak2 pada Abidah sekeluarga. Maaf untuk Abah. Nanti Abidah kawen, kita pergi lama sket ke kawasan persempadanan ini. Abidah, kalu mahu kawen, sila beritahu 3 bulan lebih awal, ok? Saya mahu tempah bilik hotel. Juga mahu ambil cuti panjang juga. :D

Gigih saya edit gamba ini. Untuk gambar original dan lain-lain gambar, klik di sini.

Tahniah buat Idayu dan pasangan.


Sekian.

4 comments:

Lumut Pagi said...

kakak pasti lalu di depan rumah saya...

Baling !

welcome to my small town..town ke?

sikit je lagi dengan siam..ohoo..miss my siam so much...

SITI said...

Jijah,

Owh, umah awak kat Baling. Ya, puas kita ronda2 di situ.

Tak sempat kita ronda2 ke Siam. Nanti pegi sama2, k. :)

Afzan Aini said...

Dayot kahwin lari di sempadan siam??

Ehehe kidding..

Hensem lah suaminye.. Ehehe..
Diorg due2 keje kat jepun ek.


Sronoknye jalan2 ngan Abidah di ujung Malaysia.

SITI said...

Afzan;

ahaha. tidaklah lari, jalan saja.

haah, satu company. Fuji Electric.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...