Wednesday, January 06, 2010

Telomere.Meiosis.Mitosis

Saya sedang menulis bahagian tentang telomer untuk kajian saya. Telomer (telomere; dalam bahasa Inggeris) adalah bahagian hujung kromosom, iaitu bahagian yang saya kaji.

Saya menulis tentang struktur kromosom. Kawasan ini mempunyai jujukan berulang. Kawasan ini adalah kawasan gene-rich, banyak gen yang penting di bahagian ini. Maka, bila ada delesi atau kehilangan kawasan ini, ia akan menyebabkan kecacatan kongenital/ kerencatan akal pada bayi baru lahir.

Kemudian, saya menulis tentang fungsi kromosom. Telomer adalah penting dalam memberi kestabilan kepada keseluruhan struktur kromosom. Peranan telomer dapat dilihat dalam proses replikasi sel yang berlaku dalam proses pembahagian sel soma iaitu mitosis. Ia dapat diterangkan dalam video di bawah.



Seperti dalam video di atas, telomer dapat dipanjangkan dengan enzim telomerase. Jika enzim ini habis dalam sel, telomer akan memendek. Ini akan membawa kepada proses penuaan sel, seterusnya kematian sel. Proses kependekan telomer ini jugalah yang membawa kepada proses penuaan (aging) seseorang.

Kajian sedang banyak dijalankan untuk mengetahui bagaimana mahu meningkatkan paras enzim telomerase supaya manusia dapat kekal muda.

Tetapi, saya punya satu soalan lain.

Mengapakah impak kehilangan telomer adalah berbeza dalam meiosis dan mitosis? Mengapa perubahan struktur kawasan telomer akan menyebabkan bayi cacat, walhal kependekan telomer hanya akan menyebabkan penuaan? Jika kawasan ini sangat penting dan mempunyai gene yang banyak, maka mengapa ia boleh ditiadakan? Dalam proses kependekkan telomer itu, kadar kehilangan telomere adalah 23 bp/ setahun. (Baird, D. M. 2006)

Saya sudah dua hari fikir sendirian. Kemudian sudah bincang dengan kawan. Kemudian jumpa supervisor.

Saya telah mencadangkan bahawa telomere penting disebabkan kawasan ini mempunyai gen2 yang banyak, maka perlu ada dalam meiosis sel gamet, iaitu ovum dan sperm. Kemudian, akan berlaku pengekspresan gen. Selepas berlakunya pengekspresan gene ini, barulah boleh berlaku pemendekan atau kemerosotan kawasan telomere ini yang akan membawa kepada penuaan dan kematian sel.

Supervisor saya bersetuju. Saya perlu orang bersetuju dengan saya kerana saya telah penat cari artikel yang ada tulis tentang kaitan pengekspresan gene ini. Tapi, belum jumpa. Jadi, jika ada orang bersetuju, betul lah apa yang saya fikirkan.

Proses kependekkan telomere dan penuaan perlu berlaku. Jika tidak berlaku, manusia akan kekal abadi.

Saya menulis supaya saya tidak lupa.

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...