Terus-terang saya katakan, saya memang cepat tertarik dengan cerita yang dilakukan dengan penuh kajian dan dilakukan dengan kemas, chantek dan teliti. Seperti filem2 arahan Shuhaimi Baba. Cuma, saya rasa filem2 dia belum sukup kemas lagi.
Drama 34 episod ini menceritakan tentang kaum Peranakan, Baba dan Nyonya. Ia telah mengambil masa setahun untuk melakukan kajian. Dari masakan, kuih-muih, kebaya, jahitan manik, pinggan mangkuk sehingalah kepada lagu Dondang Sayang, semuanya dipaparkan dalam drama ini.
Cerita ini, saya dan kawan2 ikuti di NTV7 setiap jam 6 petang. Disebabkan jalan cerita yang menyayat hati, kami, dengan rasa tidak sabarnya telah membaca sinopsisnya di internet. Hasilnya, sungguh menyakitkan hati. Owh, terlalu.
Itu sebab kami habiskan juga menonton pagi tadi. Jatuh juga air mata saya.
Dalam sinopsis itu, memang ada konflik kepada penonton. Kenapa tidak diberikan happy ending? Bukanlah semua drama memerlukannya, tetapi akhiran untuk cerita ini memang terlalu kejam. Terlalu!
Saya baca, penulis cerita ini siapkan 5 skrip untuk akhiran cerita ini, 4 daripadanya merupakan akhiran yang gembira. Tetapi, mereka memilih satu skrip yang, uh, out of mind itu.
Memang cerita ini terkesan di hati saya. Saya memang tidak suka menonton cerita2 yang sangat kejam. Cerita orang2 yang tidak bersalah, menjadi mangsa. Dalam cerita ini, perempuan paling baik telah dikahwinkan dengan lelaki paling jahat, lalu menjadi gila. Dan, di akhiran cerita ini, dia tidak dijadikan sihat semula, untuk menjalani kehidupan yang normal. Apakah?
Saya juga mahu sebut disini, betapa saya mengagumi keluaga Chen, yang telah mendidik ahli keluarga mereka menjadi manusia2 yang sangat berhemah tinggi, daripada moyang sampailah ke cicit. Bercakap sangat lembut, laki2 mahupun perempuan. Sangat menghormati orang tua. Tegas dalam lembut. Dan, pandai juga. Ya, hero mereka daripada keluarga itu. Dan, dia telah membawa wataknya dengan baik sekali. Dan, menonton chor chor keluarga itu, telah membuat saya rindukan nenek saya. Terlalu!
"Choices are never easy to make. The one you love may not be the good one for you. The one who is good for you, may not be the one you love. Still, you have to make the choice that you think the right one."
Tammat.
8 comments:
Akak layan jugak cerita ni. Oleh sbb lambat sgt tgk kat Youtube..
Kesian pada Yu Zhun kan?? Sedih oooo
I like that drama too ^^
S'pore shows are nice =)
dropping by from www.kimzhiyi.blogspot.com =)
Kim;
Owh, please tell me u hate the ending too.
Madam Casper;
Sangat kasihan. Terlalu sedih!
Well... i'm not the director... I would like chen xi to be with yue niang tho...
But yue niang did the right thing to adopt yu zhu's baby... so nice of her rite? =)
Kim;
i hate the ending for yu zhu. She is the nicest person in that story.
Yu zhu should recover and have a better life/ ending.
Yea... I know (sobs)
Here's something you might be interested =)
http://joannepeh.com/
Yu Zhu XD
Kim;
owh, i've found the website and have linked to it too.
Interesting website, indeed.
Post a Comment