Monday, November 30, 2009

AidilAdha 1430

Kurangnya mood saya untuk menulis. Adik lelaki saya telah merompak kamera kecil itu, tanpa memindahkan gambar2 sambutan hari raya tahun ini. :(

Apapun, saya akan menulis supaya tidak lupa. Bulan depan masukkan gambar, ok? Huhu.

Saya pulang awal, hari Selasa. Pulang bersama adek perempuan. Tiba di tol sudah lebih tengah malam, dapat diskaun 10%. Suka.

Hari raya pertama, seusai solat sunat, kami sekeluarga bergerak ke rumah maksu si Parit Sangit. Dua ekor kambing, salah satunya kambing biri2 dikorbankan. Daging segar itu terus dimasak sup dan goreng lada hitam. Menu sampingan ialah ikan masak asam pedas, sayur campur bersama buah Naga dan sirap bandung. Lazat!

Hari kedua, mak su pula ke rumah kami. Pak Itam juga pulang. Seekor lembu ditumbangkan. Juga terus dimasak sup. Menu sampingan: ketupat, sambal kacang, kari ayam, nasi malaya, sambal udang, ayam sate bersama air oren dan buah tembikai susu. Tidak lupa lengkong nescafe saya yang lazat dan kuih karas comel yang emak tempah. Kami sambung makan di rumah maklong. Beriani lembu dan kuih wajik nasi. Amat lazat kuih maklong tahun ini. Makan sampai senak perut.

Hari Ahad, saya sangatlah bermalas2an untuk pulang. Lantas, terheret ke kenduri kawen umah kawan emak. Nasi minyak dan lauk pauk, ada sambal udang lagi. Huh! Jam 6 petang saya baru bergerak pulang. Akibatnya, 5 jam saya di atas jalan raya. Jam 11 baru saya sampai di Kampung Baru Kuala Lumpur ini. Saya rasa nak nangis tengok lampu kereta di PLUS itu.

Agak meriah aidiladha kali ini bagi saya. Kambing ada, lembu ada. Ayam pun masak. Ikan takde, tapi udang makan banyak kali. Maaflah, wahai perut. Juga buah pinggang yang terpaksa bekerja keras. Saya akan berkira2 hari untuk merehatkan mereka. Mungkin khamis depan.

Hari raya kali ini, saya telah tahu bahawa saya adalah tahu menganyam ketupat. Walaupun, pertama kali, saya tersilap sedikit, tapi saya telah berjaya pada daun2 yang seterusnya. Keluarga saya dah lama tidak menganyam ketupat sendiri. Sejak arwah nenek ada lagi, kami sudah hanya menempah. Paling teruk, aidilfitri yang lalu, kami makan ketupat plastik sahaja, akibat masalah komunikasi dengan orang yang memasak ketupat. Huhu. Owh, raya2 selepas ini, haruslah saya dan adek menganyam pula.

Semalam juga hari jadi saya mengikut peredaran bulan. Pastinya, tahunnya adalah lebih dari kiraan mengikut putaran matahari, yang saya sambut pada aildilfitri yang lalu.

Selamat hari jadi kepada saya dan selamat hari raya AidilAdha kepada semua.

Sekian.

*telah dimasukkan gamba pada 27/12/09.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...