Hari ini hari jadi abah yang ke 63 tahun. Selepas pencen, abah duduk di rumah di samping mengerjakan kebun iaitu dusun buah2an dan kebun kelapa sawit, bersama emak. Alhamdulillah, saya bersyukur abah diberi kesihatan yang baik. Setakat ini, abah tiada lagi penyakit yang serius.
Ini adalah entri pertama yang saya tulis tentang abah saya. Mari lihat apa yang boleh saya tulis tentang abah saya ini untuk kali ini;
1. Abah saya boleh bercakap semua dialek negeri di Malaysia ini dengan baik dan fasih. Itu sangatlah memberi kelebihan jika ingin membeli belah jika kami pergi ke nageri2 yang lain ini. Semasa saya belajar di kuantan, abah telah menyamar sebagai orang terengganu ketika menaiki teksi, supaya tidak dicaj sebagai "orang luar" (drebar teksi orang kelantan). Abah juga telah dapat bercakap loghat Perak yang pekat sehingga kawan saya yang berasal dari kuala kangsar menjadi sangat kagum. Ada seorang makcik di kampung saya mengatakan abah telah berkahwin dengan orang negeri sembilan sebab loghat negeri sembilan yang dituturkan sangat fluent.
2. Abah juga mahir bercakap bahasa jawa kerana nanny abah semasa kecil adalah orang jawa.
3. Abah menjadi polis pada usia yang muda. Abah pernah berkhidmat di Balai Polis Cameron Highlands pada awal pembukaannya. Ketika itu, kawasan ini masih kurang penghuni. And i guess, di sinilah abah memantapkan bahasa inggerisnya, bersama komuniti "mat salleh" yang berada di sana ketika itu.
Saya telah menulis tiga perkara tentang abah dan semuanya tentang bahasa, Ya, saya sangat kagum dengan kebolehan abah ini, kerana saya hanya tahu dua bahasa iaitu melayu dan inggeris. Saya juga gagal menguasai mana2 loghat negeri walaupun saya pernah berusaha. Haha. Loghat2 bahasa abah sangat bagus sehingga abah boleh tahu loghat daerah. Dan, ia adalah sangat fluent. Ini adalah antara kebolehan yang telah diberikan oleh Tuhan kepada abah.
Jika kamu mahu test penguasaan bahasa ayah saya, bila ada kesempatan berjumpa nanti, bercakaplah dengan dia loghat negeri apa pun. Kebarangkalian abah tidak tahu adalah sangat rendah.
Itu sahaja untuk kali ini. Selamat hari jadi, Abah.
Sekian.
p/s: maaflah, tiada kesempatan mencari gambar saya bersama abah, yang terdapat dalam folder yang telah terlalu banyak.

2 comments:
Memang bagus sgt dpt kuasai byk bahasa/loghat. Saya pun berharap dapat kuasai semua itu. Semoga ayah Timdina diberikan keberkatan dalam hidup:)
Enchek Anuar,
Terima kasih. Encik Anuar boleh bercakap loghat negeri maner?
Err, janganlah panggil timdina. Panggil Cik Siti, yer. Huhu.
Post a Comment