Thursday, March 05, 2009

Hari Jadi Emak

Hari ini hari jadi emak saya yang ke 57. Ya, semalam hari jadi abah saya, hari ini pula hari jadi emak saya. :)

Seperti abah, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan emak kesihatan yang baik. Berbanding ayah, emak kurang takut untuk berjumpa doktor. Sekarang pun, emak telah memulakan pemeriksaan berkala untuk warga emas di pusat kesihatan berdekatan rumah kami. Hari ini genaplah setahun emak pencen dari tugasnya sebagai guru besar.

Dan, hari ini saya menulis sedikit tentang emak saya pula sempena hari jadinya.

1. Emak saya menjadi guru pemulihan, seingat saya, sejak saya kecil lagi. Ketika itu emak mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang Bekoh. Menjadi guru pemulihan, emak mengajar kanak2 yang sedikit lambat untuk mahir 3M berbanding murid lain. Oleh itu, emak mempunyai biliknya sendiri, iaitu bilik kelas pemulihan. Emak akan mengajar murid2 ini membaca, menulis dan mengira. Murid2 ini bermula dari murid darjah 3 hingga darjah 6 yang belum lagi menguasai kemahiran 3M ini. Satu perkara yang melucukan ialah, perkara pertama sekali yang emak saya akan buat kepada murid2 ini di hari pertama mereka memasuki kelas pemulihan ialah memeriksa telinga mereka. Hehe. Jika penuh dengan tahi telinga, emak akan membersihkannya. Yalah, mana boleh nak belajar dengan baik jika kurang dengar, kan? Ada juga murid yang emak rujuk kepada doktor kerana masalah tahi telinga mereka. Ya, pelik sedikit tetapi benar. Hehe.

2. Emak menjadi guru besar bermula di satu sekolah kampung. Muridnya juga sedikit. Adek saya yang kembar sempat juga merasa bersekolah sebagai anak guru besar. Ketika itu, mereka berada dalam darjah enam. Saya tidak sempat merasa, saya sudah masuk sekolah menengah ketika itu. Musti adek saya tidak disukai murid lain, kan? Hehe. Anak guru besar, mustilah berlagak. Haha.

Erm, saya tidak berniat bercherita tentang perkara lain melainkan kerjaya ibu saya. Sebenarnya, emak saya ini adalah jenis workaholic, sama seperti pakngah, pakitam dan maksu saya. Mereka semua ini, kerja siang dan malam, sangat kuat bekerja. Emak saya pergi sekolah setiap hari termasuk cuti hujung minggu. Jika musim memeriksa dan mengecop buku semua murid, dia akan pergi ke sekolah pada malam hari juga. Naseb baiklah abah saya sudah pencen ketika itu, bolehlah dia meneman emak ke sekolah pada waktu malam.

Sekarang, emak sudah pencen. Emak bersama abah menguruskan kebun2 milik keluarga, di samping ke kelas2 agama dan kelas memasak. Hehe.

Sekian untuk kali ini. Selamat hari jadi, Emak.

4 comments:

Marliza Radzi said...

selamat hari lahir, mak dan abah Tim! :)

SITI said...

kak Yanti,
saya bagi pihak ibu bapa saya mengucapkan terima kasih.

:)

Afzan said...

oh sgt sweet beday selang sehari.. oh mcm aku ngn x-bf ku dulu.ohoho. *oh x patut diingat*

SITI said...

Afzan,
sweetlah jugak. Dulu, kecik2 aku ingat memang kene kawen dgn org yg besdaynya selang sehari dengan kiter. Haha.

*maaflah kalu buat kamu teringat*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...