Friday, November 28, 2008

Kromosom Y

Saya ke makmal semalam. Betapa saya merindui makmal. Saya menulis tentang kromosom Y ini kerana hari ini, saya tidak dapat datang ke makmal. Saya akan datang minggu hadapan. Itu pasti, dengan izin Tuhan.

Kromosom Y hanya terdapat pada lelaki; kecuali beberapa kes khas seperti Androgen Insensitivity Sydrome (AIS). Kromosom Y adalah kromosom seks bersama2 kromosom X. Kedua2 jenis kromosom ini menentukan jantina seseorang. Lelaki normal ada satu kromosom X dan satu kromosom Y, (XY). Perempuan normal pula ada dua kromosom X (XX).

Adakah kamu, ya, kamu, mementingkan anak lelaki? Jika kamu sudah berkahwin dan merancang mempunyai anak, adakah kamu sangat inginkan anak lelaki? Mengapa kamu inginkan anak lelaki?

Di sini, saya ceritakan kepentingan anak lelaki dan kromosom Y.

Dari sudut genetik, anak lelaki penting untuk mewariskan kromosom Y. Ini kerana, bagi seseorang laki2, kromosom Y yang diperoleh itu adalah daripada ayahnya yang diturunkan oleh datuknya dan seterusnya. Dalam kajian evolusi manusia pun, saintis telah "menjejaki" kromosom Y manusia ini, kerana kita memang dapat menjejaki susur galur Y itu, dari mana ia datang.

Maka, jika seseorang lelaki itu gagal mempunyai anak lelaki, ia akan gagal mewariskan kromosom Y nya yang telah berkurun2 diwarisi. Akan tammatlah keturunan susur galur yang dimilikinya.

Bukan bermaksud anak perempuan tidak mewarisi genetik ayahnya. Tetapi, sememangnya, anak perempuan tidak akan mewarisi kromosom Y. Anak perempuan akan mewarisi kromosom X ayahnya, yang diwarisi daripada neneknya. Kemudian, kita tidak dapat menjejaki (dengan mudah) asal usul kromosom X itu, sama ada daripada moyang laki2 atau moyang perempuan (sebelah nenek tadi).

Itulah kepentingan anak lelaki dari sudut genetik dan kromosom Y. Sekian. Boleh faham ker? Ada apa2 soalan? Nak kene lukis? Erm, drop some comment or email lah kalu ada apa2. :)

"Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya [49] Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa [50]" Surah Asy-Syura.

4 comments:

Marliza Radzi said...

sedihnya. scientifically, tak jadi penyambung warisan :(

hehe.

SITI said...

kak Yanti: husband kak Yanti sangat pentingkan anak lelaki ker?

Macam Obama, mereka rasa mereka sudah tidak mahu anaks. Maka, mereka tidak ada anak lelaki. Maka, kromosom Y ayahnya, tammat sampai dia sahaja. Tapi, dia ramai adek-beradek tiri, kan? Huhu.

Anonymous said...

anak lelaki ker..anak perempuan ker..itu semua amanah dan rezeki dari Allah yang Maha Esa...setiap sesuatu ada hikmahnya...so, bagi saya tak penting sangat kromosom X atau Y yang diturunkan...sama juga kes org yang Mandul...ada hikmah semuanya..saya bagi contohla..katakan la...ada ibu bapa nie..dapat 2 anak lelaki..tapi bila anak lelaki dia besar..22 jadi penagih dadah..then..satu hari nak dia sesak sangat nak beli dadah..then ragut dari emaknya..then..berlaku tragedi ugut mengugut..then anak tadi terbunuh emaknya...So, mesti si Ayahnya berfikiran macam nie..alangkah baiknya kalau aku tiada anak dulu..hehehehehehe..terlebih cerita plak...

SITI said...

oryza: Ya, apa2 kromosom pun, didiklah anak2 dengan baik.

Ya, kau terlebih cerita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...