Thursday, November 27, 2008

BAKU

Sewaktu di sekolah rendah, che'gu saya bercherita tentang bahasa baku. Alasan kerajaan mengarahkan sebutan baku ini. Menurut che'gu saya, ia adalah untuk memudahkan kaum lain mempelajari bahasa melayu.

Che'gu saya telah memberi satu contoh untuk menjelaskan kepada kami. Chegu saya kata, kita orang melayu menyebut; saya ada bola sebagai sa.ye a.de bo.la. Tetapi, apabila kaum lain ingin belajar, mereka akan menjadi keliru, dan apabila membaca ayat itu, mereka akan sebut; sa.ye a.de bo.le. Mereka tidak dapat membezakan sukukata A yang mana untuk disebut sebagai E.

Oleh itu, bahasa baku diperkenalkan. Maka, semua orang perlu menyebut mengikut ejaan.

Tetapi, ada satu perkataan yang seperti tidak disepakati oleh universiti2 di Malaysia ini. Dan, sejak bulan lepas saya agak pelik, UKM telah menukar ejaan perkataan ini. Canselori kepada Canseleri? Huh!


Saya minta maaf, tapi ejaan yang mengandungi "seleri" itu mengingatkan celery yang Neila suka makan di IKIP dahulu. Dan, saya mohon maaf, kerana bagi saya ia sangat menjengkelkan. Ya, saya bukan pakar bahasa. Tapi, saya perlu memandang ejaan yang telah ditukar ini setiap hari kerana perlu melaluinya setiap hari.

Mengapa sekarang kita semakin mengeja mengikut sebutan. Apakah? Naib Canseler? Seriously? Heh!

7 comments:

Unknown said...

Mereka perasan bagus agaknya ataupun NC UKM suka makan suka makan seleri.

disputed lamb said...

seleri ke saderi?

yang bestnyer, tulisan jawi tu takder pun kekecoh nak tukar ejaan ikut sebutan.

SITI said...

Enchek Anuar: siapa "mereka"? Tiada kaitan tukar ejaan dengan makanan kegemaran NC. Heh!

Neila: canSELERI mengingatkan aku kepada celery kau.

Saderi-tak ingat apa2.

Eja jawi memang dah ikut sebutan, tak payah tukar. Mereka eja u.ni.ver.si.ti dimulakan dengan ya.wau.nun.ya... dan seterusnya.

Anonymous said...

harap maaf...ini adalah ejaan yang sebenarnya..menurut sumber2 yang boleh dipercayai..perlu sebenarnya kita memperbetulkan apa yang salah...jangan biarkan yang salah terus salah...harap maaf..

SITI said...

Oryza: Baru tahu selepas 35 tahun penubuhan UKM? Begitu?

Sila, ya, sila, nyatakan sumber itu.

Maaf diterima.

Lumut Pagi said...

betul kak...
ejaan yg betul yg atas tu..yg bawah salah..

SITI said...

lumut pagi: uiks, kalu begitu, siapakah yang telah menukarkannya? siapakah yang telah dirujuk dalam hal ini? Heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...