Thursday, October 09, 2008

TPM

Akhirnya, Pak Lah telah mempercepatkan tarikh peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bermakna, akan lebih cepatlah Datin Rosmah itu menjadi Wanita Pertama Malaysia. Owh!

Tiba2, jawatan TPM seperti dipertandingkan. Sebelum2 ini, adalah menjadi hak PM yang naik takhta untuk memilih TPM daripada 3 orang Naib Presiden UMNO yang ada. Tapi, kali ini hak memilih itu telah hilang tanpa dikesan. Huhu. Kesian jugak Najib.

Maka, kita dapat lihat beberapa orang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan beberapa jawatan lain termasuk naib presiden, ahli majlis tertinggi dan ketua pemuda. Tidak kurang juga puteri2 yang ingin menjadi ketuai. Tapi, wanita umno tidak mempertandingkan jawatan tertinggi mereka. Mereka akan serah jawatan baik2 jersss.

Nampaknya, jawatan TPM sangat sengit dipertandingkan. Ada orang muda pun nak bertanding dan telah dipandang remeh oleh lawan mereka. Huhu. SIAPAKAH CALON TPM ANDA? Kak Imah dan Ecah di opis KAB ini pilih Syed Hamid. Amiran dan abang Acol pulaks suker sangat dengan Muhyiddin Yassin. Mak aku dan makcik2 sedara aku memang sangat tak suke dengan Muhyiddin itu. Huhu. Mereka tak keysah kalu pak ngah dilantik jadi tpm, walaupun pak ngah nampaknya tidak mahu pun bertanding. Huhu. Aku pun rase setakat ini pak ngah adalah calon TPM aku. Opsss. Hehe. Erm, ada sape2 nak khairy jamaluddin jadik TPM? OWH!

Pertandingan lambat lagi. Maka, ada banyak masa untuk berkempen. Macam2 perkara boleh jadi. Mungkin kalu calon itu menang pun, Najib boleh pilih sape2 yang dia nak untuk jadi tpm. Dia ada kuasa veto dan hanya perlu perkenan Agong untuk menyokong keputusan dia. Hoho. Itulah politik. Sangat menakutkan.

Semuga semuanya selamat. Ameen.

10 comments:

Unknown said...

"Bermakna, akan lebih cepatlah Datin Rosmah itu menjadi Wanita Pertama Malaysia. Owh!"

Bermakna, akan lebih cepatlah Datin Rosmah itu membuat imej rambut yang baharu. Owh!

SITI said...

enchek anuar: haha. saya nak tulis tentang rambut dia sebenarnyer, tapi semalam macam baik hati sket semasa menulis. Erm, enchek anuar tak tulis pun siapa calon tpm di hati?

ayat yang nak ditulis " Owh, makin kembanglang rambut rosmah. Maka, badannyer juga akan mengembang selari dengan rambutnyer. Owh!" (hari ini ada rasa kejam sket. Haha)

Unknown said...

Calon TPM di hati saya? RAIS YATIM! Dia suka baca buku, ucapannya berkualiti, ideanya bernas, dan mempunyai nilai jati diri Melayu yang tinggi. Walaupun rambut isterinya lebih kurang Rosmah juga.

SITI said...

enchek anuar: owh, saya juga rasa dia orang yang bagus bahasanya. Isterinyer juger rajin menulis. Rambut isterinya tidak dibiar kembang. Dia suka menyanggulkan rambut. Saya lebih gemar melihat dia yang selalu sedodndon bersama suaminya itu, daripada melihat Rosmah dengan Najib. Hehe.

Tapi, tidaklah Rais layak sehingga boleh menjadi TPM. :P

Vann said...

Saya sokong TS Rafidah Aziz betanding Timb Pres UMNO..tak pun untuk Nain Pres...takkan Wanita UMNO tak brani bertanding jawatan tinggi kot...Dr Mariah pernah bertanding untuk Naib Pres PAS...walau pun gagal..tapi two thumbs up...

DS Zahid Hamidi pun ok untuk TPM

SITI said...

muqreez: owh, saya pun sokong kalu rafidah nak bertanding timbalan presiden. Tapi, saya tidak boleh sokong Zahid hamidi. Sowi....

Anonymous said...

Amiran cakap kat aku dia sokong khairi Jamaluddin jadi TPM..hahahahaha

Marliza Radzi said...

muhyiddin.

Anonymous said...

aik..Puan Marliza Yanti pun sokong Muhyiddin..yea..kita sama..hehehehe

SITI said...

oryza: eh, bos kau takde ker hari ini, rajin kau mengomen. Erm, apsal amiran tak cakap pun dengan aku dia nak sokong khairy? Heh.

Kau sokong muhyiddin jugaks? Erm...

kak Yanti: kita mungkin bias tak boleh sokong dia, sebab kita dah dimomokkan dengan citer2 ttg dia sejak kita maih bayi lagi. Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...