Hari sedang hujan
Langit masih keruh
Hari jadi sejuk
Pak Samad (Said) kata;
"Jangan terpengaruh dengan langit yang keruh"
Tidak
saya tidak terpengaruh hari ini
kerana
saya tahu
hujan pasti berhenti
mentari pasti kembali.
Yang saya tidak tahu
bila saya akan melupakan awak
hujan hari ini
buat saya teringatkan awak
awak
yang sukakan
langit yang biru itu.
Langit saya di sini
keruh
tapi
mungkin langit yang bersama awak itu biru
kita tidak melihat langit yang sama
walaupun mentari kita itu satu
Awak
yang jauh di sana
di Selat Tebrau.
07102008.g138.bangunan bio.fst.ukm
4 comments:
Di Danga Bay ke?
enchek anuar: Ahaks. Dekat2 situlah. :P
Best ke tengok Langit Kat Selat Tebrau tue..hehehehehe...
durio: owh, aku dah lama tak tgk. Tapi, masa aku sekolah dulu2, best je aku rasa. :)
Jomlah pegi jalan2 ke selat tebrau itu...
Post a Comment