Sunday, March 28, 2010

PBAKL 2010

Hajat di hati memang mahu mendapatkan autograf sahaja. Dompet nipis memang tidak melayakkan saya untuk membeli apa2.

Di makmal, saya sentiasa berharap agar kerja dapat disiapkan pada masanya supaya saya dapat menjengah ke PWTC itu barang sebentar. Saya pun tidak tahu apakah perasaannya, tapi saya memang rasa gumbira berdiri dikelilingi buku2 yang banyak. Pernah saya duduk di PTSL dari pagi hingga ke petang hanya untuk browsing buku2. Nope, saya jarang2 boleh study di library.

Setelah kerja semua siap, saya pun memandu pulang. Melihat jam, saya berkira2 dapat sampai ke pesta itu awal sedikit sebelum program berlansung. Berdebar seketika hati apabila melihat kesesakan lalu lintas di PLUS itu. Terus saya hubungi PLUS hotline untuk mengetahui keadaan sebenar. Syukur, ia hanya kesesakan yang pendek. Saya kira ia masih baru lagi, sebuah lori terbalik di laluan tengah lebuhraya itu.

Saya terus2 memandu hingga sampai di depan dewan yang gah itu. Terus saya meletak kereta di bahu jalan seiring dengan kereta2 yang lain setelah berkira2 saya tidak menghalang lalu lintas. Semua pun faham, ada pesta. Berduyun2 manusia datang ke pesta itu, haruslah jalanraya menjadi sibuk dan perlahan.

Melangkah ke dewan sambil melihat jam, ada seorang petugas menyapa, "Boleh saya bantu?". Terus saya menjawab, "PTS". Dia pun memberitahu arahnya, di seberang sungai. Saya pun berjalan melintasi sungai ibu kota itu. Manusia sesak penuh ragam. Sampai di dewan seberang sungai itu, saya terlekat sebentar di gerai Institut Kraf. Ada buku tentang Tembaga. Tidak tahu mengapa, tapi saya sedang sukakannya.

Melihat jam, waktu hampir tiba, saya teruskan langkah mencari booth PTS. Saya pasti ia adalah booth yang besar, sementelah PTS sekarang adalah antara penerbit yang aktif mengeluarkan buku. Setelah berjumpa booth besar serba biru itu, saya mencari pula pentas untuk program itu. Tidak jauh pun dari mata saya, terlihat seorang yang saya kenal sedang merakam gambar. Saya senyum lega.

Duduk mendengar, kemudian mendapatkan tandatangan dan berborak seminit dua. Memang sudah lama benar tidak ketemu dengan cikgu saya yang seorang ini. Namun, rasa dekat dihati kerana saya mengikuti blog dan FBnya. Saya kira2 lebih 10 tahun tidak berjumpa. Cikgu masih segak, saya yang sudah gemuk. Naseblah cikgu maseh ingat saya. :)

Cikgu yang sibuk, terus melayan pelanggan lain. Saya terus beredar berjalan2 melihat buku. Mata saya hanya melilau2, kepala memang memberitahu hati kecil, dompet adalah nipis. Sabar itu perlu untuk mengatasi nafsu. Mahu baca buku, pinjam saja di library. Mahu buku cerita pergi sahaja ke PATMA.

Saya terus membawa kaki pulang semula ke dewan utama, menyeberangi jambatan atas sungai. Seperti tidak mahu pulang, mahu jalan2 lagi. Lantas kaki ini dibawa masuk ke dewan2 utama yang lain. Suka benar saya mahu masuk ke gerai DBP. Saya kira gerai mereka lebih kecil daripada tahun lepas. Terserempak pula dengan seorang felo senior. Dia segan2 mahu tegur. Takut salah orang, katanya. Ya, saya sedikit mengembang. Huhu.

Berjalan2 lagi, saya naik ke tingkat atas. Terpegun saya melihat penglibatan penerbit gergasi sepeti cambridge dan elsevier. Tidak sempat pula mahu memberitahu rakan saya di makmal lama tentang perkara itu. Pusing2 juga saya di situ, terasa seperti di PTSL pula.

Terus saya jalan lagi. Saya mencari2 lagi satu booth, ITNM. Ketemu akhirnya, dengan terlihat juga satu wajah yang familiar di alam maya ini. Saya tersenyum lalu dia mendekati. Dia kurang kenal saya. Saya memperkenalkan diri, dia ingat2 lupa. Haruslah, manusia sibuk, terlalu banyak mahu diingati. Namun, saya rasa gumbira dapat berbual2. Tahun lepas saya nampak juga dia di gerai ITNM, namun tidak dapat pula saya menegur.

Saya melihat jam, lalu terus melangkahkan kaki keluar dari dewan. Saya tersenyum puas. Dapat berjumpa dengan beberapa manusia yang selama ini dekat di hati, jauh di mata. Berinteraksi di atas talian buat kita rasa dekat, namun berbual bertentang mata buat kita lebih mesra.

Semoga pertemuan2 tadi dirahmati Allah.

Sekian. InsyaAllah, jumpa lagi di PBAKLtahun hadapan.

9 comments:

najat said...

najat ngan kawan pun pergi jugak semalam. tapi kul 12 dah blek..
hehe...

SITI said...

tak jumpa najib baca buku ker? mungkin petang kot. Banyak ker awak borong?

zul said...

Untuk sesi promosi, saya puas alhamdulillah. Untuk ronda2, amat tak puas. Almaklum, kali ini saya bawa anak kecil berbanding tahun2 sebelum ini, datang bersama anak yang sudah boleh lasak juga bersama anak2 murid. Selepas Fatimah balik, ada seorang lagi Srikandi STF ketemu saya. Dia ketemu saya seusai mendengar suara 'yang seorang ini'. Jumpa lagi.

SITI said...

Ya, nampak juga anak2 cikgu di baris depan, memakai baju merah.

Saya rasa PBAKL sangat besar kali ini. Perlukan 5 jam untuk jalan2 yang puas. Huhu.

InsyaAllah, jumpa lagi.

najat said...

poket saya pun nipis..
maka, paham2x sajelah..
:)

SITI said...

hehe. awak tak ajak mak awak. kalu ajak, musti kene bawak troli datang. :)

najat said...

hoho...
btul tuh btul..
:D

Merah Silu said...

ko bgs jd pensyarah...

SITI said...

Enchek Merah Silu;

Terima kasih. I take it as compliment.

I miss you. I really do.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...