Tuesday, March 09, 2010

Kakak di Surau

Saya telah menulis status di FB hari ini berbunyi "setiap kali masuk surau, musti dengar kesah rumahtangga orang. Nama kakak tu pun tak tahu, tapi byk kesay dia saya dah tahu." Tiba2, ramai pula yang mengomen. Huhu.

Mula2, memang nak tulis di blog. Tapi, busy2. Haha. Tapi, hari ini macam kene tulis sebab, erm...

Seminggu saya kerja di tempat kerja ini, saya sudah tahu kakak itu janda muda. Saya tidak tahu nama kakak itu, tetapi saya selalu jumpa dia di surau. Selalunya dia akan berborak bersama2 kawan dia. Kadangkala dia tidur juga.

Mula2, terkejut juga mendengar cerita itu. Kakak itu sangat chantek. Semasa saya menulis entri di bawah ini, saya juga teringat tentang kakak itu. Mengapakah dia diC?

Hari ini saya dengar lagi beberapa cherita. Walaupun tiada apa2 yang mengejutkan, cuma perkara2 biasa, tapi maseh berkisar tentang suami, anak2 dan rumahtangga.

Saya sebenarnya bukanlah marah, cuma lama2 rasa kelakar sebab tak tahu pun nama kakak itu, tapi banyak cerita sudah saya tahu termasuk nama bekas suaminya. Saya bukannya mahu dengar sangat, tapi selalunya saya datang sorang ke surau itu. Kakak itu berborak dengan volume suara yang biasa2, tidak diperlahankan lantas telah didengari saya.

Memang benar, kita perlu berkongsi sedikit2 masalah kita dengan orang lain, supaya kita tidak buntu. Paling penting, Tuan Kadi Mersing berkata semasa family day yang lalu, perlu berbincang atau mengadu dengan sesama jantina, lelaki denan laki-laki, perempuan dengan perempuan. Tidak boleh berlainan jantina. Bila kita berbincang sedikit sebanyak, kita akan tahu bahawa bukan kita seorang yang ada masalah begitu. Malah, ada lagi yang menanggung masalah lebih besar dari kita, lantas dapat menginsafi diri.

Semoga Allah memberkati kita semua. Ameen.

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...