Kegemokan kali ini benar2 menginsafkan.
Saya tahu ada yang senyum sinis dengan tajuk ini. Tapi, kita tidak boleh menafikan bahawa gemok itu akan mendatangkan pelbagai persepsi. Malas, makan banyak dan tidak sehat adalah perkara yang dikatakan dengan gemok. Tidak ada perkara yang baik pun yang dikaitkan dengan kegemokan.
Saya adalah telah pernah mengalami episod turun naik berat badan ini sejak kecil. Masa kecil, perkataannya adalah montel. Tapi, secara amnya saya tidak pernah benar2 terpaksa mahu mengurangkan berat badan. Namun, berbeza kali ini. Biasanya, saya hanya mahu maintain berat saya pada angka yang ideal. Di makmal dulu, ada mesin timbang, kerapkali saya monitor berat saya. Bila agak naik, saya akan kurangkan makan, atau berpuasa sehari dua untuk mengawal nafsu makan. Sekarang, di makmal baru tiada mesin timbang. Kali terakhir timbang adalah semasa di familyday yang lalu. Angkanya benar2 memeranjatkan.
Kali terakhir saya benar2 kurus, adalah ketika saya mahu menamatkan nazar puasa 60 hari saya. Ketika itu, saya berpuasa hampir setiap hari. Berjalan dari stesen komuter Bank Negara ke LPPKN. Dan, kebanyakkan harinya, saya hanya sahur dengan segelas air milo. Kadangkala, saya tidak sempat pun bersahur, tapi saya gigihkan juga berpuasa. Kurus benar waktu itu, sehingga ditakut2kan oleh ibu.
Setelah tamat 60 hari itu, saya berpuasa sunat juga Isnin Khamis. Berat saya walaupun naik, tetapi tidaklah secara mendadak. Mungin kerana selepas itu saya sudah tidak menaiki komuter, maka tidaklah jauh saya perlu berjalan setiap hari.
Tapi, sejak mula menulis thesis dan sekarang telah bekerja, berat ini seperti tidak mahu turun. Entah di mana silapnya. Yang saya gusarkan, baju2 saya dirasa kian sempit. Bukan kebaya, tapi kurung. Ya, baju kurung saya sempit. Dalam sungguh makna gemok kali ini.
Saya tahu saya perlu berbuat sesuatu. Tapi, sungguhlah hasutan syaitan benar2 menguji. Niat di hati mahu berpuasa sunat 2 hari seminggu terbantut dengan cuaca yang terik masa ini.
Semoga Tuhan merahmati hidup saya dan hidup kamu. Sekian.
4 comments:
Tim,
terai minum air masak banyak2...at least 3 liters a day...
and terai juger makan malam paling lewat by 7.30pm or 8...
cuma suggestion shj...kowt2 lah mujarab..hehehe...
Miss Azraa,
ya, aku memang makan sebelum jam 8 di kebanyakkan waktu. tapi, masa duduk rumah lama aritu, aku rasa sepanjang siang aku makan. huhu.
aku kene beli mesin timbang untuk monitor berat aku.
tim, macam mana ko takde mesin timbang???igt tak kau bagi mesin timbang kat aku as a wedding gift..aku still guna sampai sekarang utk monitor berat aku..
amizaaaaaaa,
ya, aku tiada. haha. dulu kat lab, ada. jadi aku tak keysah membeli satu. lab sekarang, takde pulaks. haruslah aku membeli.
ya, aku suka hadiahkan mesin timbang as weddig gift. baguslah kalu ia masih boleh digunakan. hehe.
Post a Comment