Saturday, January 23, 2010

230110

Semalam, Sultan Johor diberitakan telah mangkat. Maka, rakyat Johor mula berkabung selama 7 hari.

Hari ini, saya berpeluang mengikuti siaran lansung pengebumian Almarhum Sultan. Menontonnya hanya telah menjadikan saya mengenang beberapa perkara lalu.

Tunku Ibrahim Ismail yang masyhur dengan Kembara Mahkota Johor(KMJ) itu telah dilantik menjadi Sultan Johor. Saya teringatkan ketika dia singgah ke rumah nenek saya dalam siri jelajah KMJ yang kelima (kalau saya tak silap). Memang KMJ itu telah banyak memberi kenangan kepada segenap lapisan rakyat Johor, termasuk saya.

Seingat saya, saya hanya pernah bertemu Almarhum Sultan semasa majlis perkahwinan sepupu saya di Johor.

Melihat Sultanah Zanariah dan anakandanya mengingatkan saya tentang kehadiran mereka di majlis pengebumian nenek saya.

Melihat Pakngah mengumumkan berita kemangkatan Almarhum Sultan pada lewat 11 malam mengimbau kembali saat saya yang telah memberitahu berita kematian nenek saya lewat jam 3 pagi.

Selepas tammat menonton siaran lansung, saya tahu saya sedang rindu nenek saya.

Al-Fatihah.

4 comments:

eMa said...

Al-Fatihah...

ye..aku pun terimbau saat aku pertama kali bertentang mata dengan almarhum sultan mase uncle aku kawen. it was on 1996 kot..beliau sangat segak,tampan dan gagah sekali.he was late about 1 hour plus coz he gave wrong info to one of his maid..but once he arrived and dapat tgk depan mate,sangat berbaloi tggu...skang die da tade...sedeh pule..

aku pula teringat arwah moyang aku yang meninggal pada usia 100 thn.

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 ahli keluarga kite dan seluruh umat islam yang telah kembali ke rahmatullah...

SITI said...

eMa,
ya, semoga. Ameen.

Anonymous said...

tim...

aku taktau nenek ko dah takde...u take care...

perut...

SITI said...

Perut;

Lama dah nenek aku meninggal, tahun 2006.

U take care too. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...