Friday, January 01, 2010

2009 2010

Hari terakhir saya dalam tahun 2009 dengan jumpa Dr. Wong. Tiba2 jadi takut nak bekerja.

Kemudian, berlakulah episod2 peliks. Saya ke FST, ambil surat. Kakak itu suruh ke PPS, untuk aktifkan status saya. Saya ke PPS, dia kata saya kena bayar yuran dulu. Saya belum keluarkan duit, jadi saya ke mesin ATM di Canselori saja. Selepas kuar duit 2 ribu tunai, saya ke kaunter pembayaran. Tiba2, mereka cakap mereka tak terima tunai. mereka terima kad ATM. What the %$@#&*%$? Saya pun beri kad ATM kat kakak kaunter. Tapi, hanya boleh bayar seriboo. Limit 3 ribu saja. saya call Bank Islam, takde orang nak jawab. Mereka hanya ada mesin saja. Saya ada baki RM11 yang perlu dibayar. Kakak kaunter kata dia terimalah RM11 tunai. Huh. Saya hanya dapat bayar yuran belajar tapi bukan yuran penginapan. Dann......., saya ada banyak duit cash. Tidak suka! Kemudian, saya pergi ke PPS semula. Selesai mendaftar, saya minta borang. Terkejut saya, kenaikan yuran submit thesis dinaikkan daripada RM700 ke RM1300. Kenaikan sebanyak RM600 itu sangatlah satu ujian bagi saya. Mereka adalah mesti mempunyai alasan kukuh untuk kenaikan ini. Huh.

Episod peliks saya belum berkahir di situ. saya ke stesen minyak. Tiba2, sensor pam minyak itu gagal berfungsi dengan baik, lantas tidak mahu berhenti mengisi minyak kereta saya, lalu keluar membuak2. saya rasa nilai minyak yang terbuang adalah dalam RM10. Syukurlah tiada apa2 yang tidak diingini berlaku.

Saya ke Midvalley Megamall untuk membeli sedikit barang. Lama juga di sana, kerana mengalami masalah gagal membuat keputusan. Mahu balik sebelum jam 7, tapi, bergerak pulang jam 7.30. Sesat sket, tapi naseb baiklah jalan yang saya mahu lalui tidak ditutup.

Balek rumah, tengok bunga api. Tak nampak sangat bunga api KLCC, terlindung. Tapi, saya nampak bunga api genting dari kejauhan. Suka! Chanteks!

Saat saya melihat sambutan2 ini, saya teringat beberapa perkara tentang sambutan tahun baru.

1. Saya teringat pada satu blog yang saya baca. Dia macam tak faham kenapa sambutan tahun baru disambut sangat2 meriah. Seperti menyambut satu kejayaan yang sangat2 besar. Sangat-sangat besar. Ya, saya juga tidak faham.

2. Saya juga teringat satu artikel tentang satu rumah pusat perlindungan remaja perempuan. Pegawai di situ berkata, kita dapat lihat kesan sambutan tahun baru ini, dalam bulan 6 sehingga bulan 9 nanti. Ketika waktu ini, perempuan2 bunting, mula mencari tempat2 perlindungan. Maka, rumah2 begini akan mulai penuh dengan kedatangan penghuni baru.

Gerhana? pada mulanya ingin juga saya pergi ke Masjid Negara. Namun, saya risau akan dikecewakan oleh awan. Tapi, semasa lihat bunga api, bulan sangat terang seperti tersenyum kepada saya. Saya baca akhbar pagi ini, ramai juga yang hadir. Dan, awan telah membuatkan mereka agak sedikit kecewa.

Pada malam ini, buat pertama kali, saya akan menaiki keretapi malam, untuk ke Butterworth, dan seterusnya ke rumah Abidah, seterusnya ke kenduri kawan Idayu Sofya. Semoga semuanya berjalan lancar. Ameen.

Selamat tahun 2010. Semoga selamat semuanya.

Sekian.

5 comments:

eMa said...

1st time sambut new year di JB...

1. tiada bunga api di danga..ramai anak2 kecil yang kecewa..aku rase sgt kejam...kesian mereka..

2. aku sgt dibuai perasaan tatkala mahu meninggalkan 2009..i was in KL mase ambang 2009.. n i never tot it was my last visit to KL..till now..

3. i tot 2009 will be the hepiest step in my life after huru hara gerhana here n there..but no..it wasn't...n i wish the same wish which i whished on 00.01 am 2009..n hopefully 2010 wil be diff wif 2009...

4. i went to my fren's wedd in 020110 wif my beloved one..i saw the ex..sangat tak bole describe the feeling..n lagu cinta dlm hati berkumandang..hampir rebah but when i turn right,i saw my audi besides me..holding my hand,strongly steady walk with me and smile..aku sangat sayang audi!

5. i wish you to have a better and hepiest life in 2010 tim!...

SITI said...

ema;

sedih pulak citer kau. ex kamu yang manakah? bila kau tak bleh describe feeling, kene nyanyi lagu korea. haha. lagu indon, hanya bila feeling itu boleh didescribekan. huhu. perkataan caca marba.

ya, semuga semuanya elok2 saja untuk kau dan aku. ameen.

eMa said...

lagu itu mmg sedang berkumandang di wedd itu..huuh..

ex yang 10 thn itu..

sekian!

SITI said...

ema;

klakarlah. hehe.

kenapalah lelaki siam itu kacak, kan? bergaya pula. silalah boroi dan bermotor kapcai. haish.

eMa said...

kenapalah lelaki siam itu kacak, kan? bergaya pula. silalah boroi dan bermotor kapcai. haish.



EXACTLY!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...