Wednesday, January 27, 2010

Stumble! Semasa Buhsan

Saya mahu menulis tentang sesuatu ini. Mungkin ada orang yang dah lama tahu. Mungkin ada yang tidak pernah tahu. Maka, saya ini sedang memberitahu orang yang belum tahu. Saya pun baru sahaja tahu beberapa minggu yang lepas.


Satu hari sedang rasa buhsan. Ingin menulis blog, tidak ada idea. Ingin menulis tesis idea tidak keluar. Haha. Maka, melayari laman sesawang. Tiba2, seperti ada banyak logo2 yang kecil itu. Kamu semua perasan tak? Jadi, saya pun telah menekan salah satu logo2 kecil yang ada itu.

Stumble!

Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana nak cerita tentangnya. Tapi, setelah mendaftar, saya telah diminta muat turun toolbar. Selepas muat turun, blur kejap. Huhu.

adalah tidak nampak pula. sila klik gambar untuk lebih nampak.

Tapi, kemudian, makin tekan sahaja. Tekan sahaja butang Stumble! yang berwarna hijau itu. Akan keluar website yang menareks. Ada yang sangat menareks. Sangat kagum juga. Seperti laman web ini.

Jika anda suka juga website tersebut, klik sahaja butang I like it! itu. Jika tidak suka, tekan butang tidak suka itu.

Setakat ini, banyak website yang telah saya kagumi. Jadi, jika anda tiba2 buhsan, silalah.

Saya tidak sempat pula mencuba logo2 kecil yang lain itu seperti diggit dan delicious itu? Kamu tahu?

Tuesday, January 26, 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi

Mahu tulis sedikit setelah menyedari sesuatu tentang SBT ini di pagi hari ini.

Semalam dah tengok senarai SBT yang diumumkan. Saya sebenarnya macam tak suka bila ada senarai2 begitu. 20 sekolah daripada beribu sekolah yang ada? Macam sangat sedikit dan sangat2 eksklusif jadinya. SBP pun hanya dipilih 10 daripada banyak2 tu. Macam tak bagus rasanya.

Tapi, kat mana2 negara pun, rasanya memang ada klasifikasi begini. Sekolah yang bagus. Sekolah yang kurang. Jadi, bukanlah kat negara kita jer yang begini.

Apabila saya melihat senarai itu sekali lagi pagi ini, saya adalah telah tersedar sesuatu, lantas mengira. 8 daripada 20 buah sekolah itu adalah sekolah perempuan? Adakah benar??? Jika saya tersalah, sila betulkan.

Sekolah Perempuan (40%);
1. Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
2. Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
3. Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
5. SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
6. SMK (P) St George (Pulau Pinang)
7. SK Zainab (2) (Kota Bharu)
8. SK Convent Kota (Taiping)

Sekolah Lelaki (15%);
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar
2. Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
3. Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)

Sekolah Campur? (45%);
1. SMS Muzaffar Syah (Melaka)
2. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
4. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
5. SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
6. SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)
7. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
8. SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
9. SK Bukit Damansara (KL)

Jika betul senarai di atas, saya ucap terima kasih pada pihak kementerian memilih lebih sekolah perempuan daripada sekolah lelaki. Tapi, kelakarlah. Haha. Kalu kita bahagi sama rata sekolah campur itu, maksudnya pelajar perempuan berprestasi tinggi = 40 +22.5 = 62.5% manakala pelajar lelaki berprestasi tinggi = 15 + 22.5 = 37.5%.

Dapat dilihat juga penguasaan beberapa negeri dalam penyenaraian itu.

KL/ Putrajaya - 5 (25%)
Selangor - 3 (15%)
Johor - 2 (10%)
Kedah - 2
Perak - 2
Negeri Sembilan - 2
Kelantan -1 (5%)
Perlis - 1
Penang - 1
Melaka - 1

Tiada sekolah di Terengganu yang terpilih walhal Terengganu mencatatkan peratusan terbaik setiap kali keputusan peperiksaan dikeluarkan. Mengapakah? Sengaja atau tidak sengaja?

Sekian.

Sunday, January 24, 2010

Everybody wants to Love, Everybody wants to be Loved

*Tidak dapat menahan diri dari update blog. Haha.

Saya sudah tonton the latest episode of GA, s06ep12. Saya berasa semakin keciwa dengan skrip dan jalan cerita. Mereka semakin pusing2 the cerita, and keep changing the partners, kecuali Mer-Der. Haish. Tak bagus begitu, kan? At least dua tiga pasangan lain haruslah juga kekal jodohnya. Nway, pilihan lagu2 tidak mengeciwakan. Lazat, bak kata kak Yanti. Lagu2 Ingrid Michealson seperti lagu di bawah ini, antara yang selalu menjadi pilihan GA. Tapi, takde official music video pula.




We have fallen down again tonight,
In this world it's hard to get it right.
Trying to make your heart fit like a glove,
What you need is love, love, love.

Everybody, everybody wants to love,
Everybody, everybody wants to be loved.
Oh oh oh, oh oh oh
Everybody, everybody wants to love,
Everybody, everybody wants to be loved.
Oh oh oh, oh oh oh

Happy is the heart that still feels pain,
Darkness drains and light will come again.
Swing open up your chest and let it in,
Just let the love, love, love begin.

Everybody, everybody wants to love,
Everybody, everybody wants to be loved.
Oh oh oh, oh oh oh
Everybody, everybody wants to love,
Everybody, everybody wants to be loved.
Oh oh oh, oh oh oh

Everybody knows the love
Everybody holds the love,
Everybody folds for love.
Everybody feels the love,
Everybody steals the love,
Everybody heals with love.

Oh oh oh
Just let the love, love, love begin

Everybody, everybody wants to love,
Everybody, everybody wants to be loved.
Oh oh oh
Just let the love, love, love begin

Everybody, everybody wants to love,
Everybody, everybody wants to be loved.
Oh oh oh
Just let the love, love, love begin.

Everybody, everybody wants to love,
Everybody, everybody wants to be loved.
Oh oh oh, oh oh oh
Everybody, everybody wants to love,
Everybody, everybody wants to be loved.
Oh oh oh, oh oh oh

Everybody by Ingrid Michaelson

Saturday, January 23, 2010

230110

Semalam, Sultan Johor diberitakan telah mangkat. Maka, rakyat Johor mula berkabung selama 7 hari.

Hari ini, saya berpeluang mengikuti siaran lansung pengebumian Almarhum Sultan. Menontonnya hanya telah menjadikan saya mengenang beberapa perkara lalu.

Tunku Ibrahim Ismail yang masyhur dengan Kembara Mahkota Johor(KMJ) itu telah dilantik menjadi Sultan Johor. Saya teringatkan ketika dia singgah ke rumah nenek saya dalam siri jelajah KMJ yang kelima (kalau saya tak silap). Memang KMJ itu telah banyak memberi kenangan kepada segenap lapisan rakyat Johor, termasuk saya.

Seingat saya, saya hanya pernah bertemu Almarhum Sultan semasa majlis perkahwinan sepupu saya di Johor.

Melihat Sultanah Zanariah dan anakandanya mengingatkan saya tentang kehadiran mereka di majlis pengebumian nenek saya.

Melihat Pakngah mengumumkan berita kemangkatan Almarhum Sultan pada lewat 11 malam mengimbau kembali saat saya yang telah memberitahu berita kematian nenek saya lewat jam 3 pagi.

Selepas tammat menonton siaran lansung, saya tahu saya sedang rindu nenek saya.

Al-Fatihah.

Tuesday, January 19, 2010

Faizal Musa

*rasa macam nak update blog jugaks. Sket je, eh. Sket je.

Tahniah kepada yang telah menang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ke-18. Faisal Tehrani menang banyak. Tahniah. Ribu2 duit anda.

Saya selalu mahu baca tulisan dia. Saya penah baca satu cerpennya. Masa itu, dia masih guna nama Faizal Musa. Cerpennya memang ada gaya tersendiri. Tapi.....

Tapi, saya macam tak boleh suka. Haha. Kemudian, baca Tuhan Manusia. Ada orang bagi hadiah. End up, saya tak habis baca. Terlalu berat bagi saya. Dan, pengetahuan saya terlalu sedikit dalam bidang yang dibincangkan dalam novel itu. Jadi, saya rasa macam tak best. Sebab saya jadi macam kurang faham. Yalah, macam Ema baca tentang kromosom. Susah, kan? Hehe.

Tapi, saya adalah suka Siti Jasmina. Buku pertama kak Jas yang saya baca, Trilogi Cinta, sangatlah saya suka, lantas menghadiahi seorang rakan sebuah buku itu. Dan, beberapa buah lagi karya, termasuk cerpen dalam suratkhabar, saya adalah suka. Kak Jas juga telah menang kategori Drama pada HSPM18. Tahniah.

Saya macam nak suka hasil Faisal, tapi masih belum boleh lagi. Mungkin kerana antara cerpen2 terawalnya yang saya baca itu, dia tulis tentang bidang sains perubatan, yang saya tahu, tapi dia tulis lari dari fakta. Masa itu, saya rasa dia kurang buat penyelidikan. Huhu. Tapi , selepas beberapa lama, saya tahu dia adalah seorang yang mementingkan ilmu dalam penulisan. Kritikannya "Pengabaian Ilmu dalam Karya Sastera" juga telah menang dalam HSPM18. Mungkin saya perlu mula membaca hasilnya yang lain seperti Manikam Kalbu yang telah menang itu. Entahlah. Mungkin gaya Faisal tidak kena dengan kesukaan saya. Terlalu keras, saya kira.

BTW, pernah jumpa dia kat PWTC. Dia adalah lebih kacak daripada dalam gambar. Hehe. Semoga saya akan suka karya2 juara beliau ini, satu hari nanti.

Sekian.

Monday, January 18, 2010

Geramnyer!!!

Ok, saya akan terima, takde orang nak "kawan" dengan saya. Fine!!!!!!!!!!!!

Tetiba nak ngamuk. Tetiba nak emo. Haha, psiko!

Dua hari berturut2 saya duduk di rumah, carik artikel dalam jurnal yang akan "kawan" dengan saya. Yang akan ada orang jumpa kes yang serupa dengan saya, maka saya akan rujuk and compare apa yang dia dapat dengan kes saya. Tapi, gagal!!!!!!!!!

Dahlah artikel pure microduplication tu tak boleh access dari rumah. Fine!!!! Pegi kampus jap lagi!

Masa buat projek ni mula2, takdelah bercita2 nak jadik orang yang pertama report, kan? Takdelah cita2 setinggi itu. Ingatkan akan dapat yang senang2, kan? Like deletion 1pter, atau paling interesting pun akan dapat 17pter.

Oklah, tipu. Penah je nak dapat 1st case untuk chromosome 19, sebab 19 adalah antara my favourite number. Haha. Tapi, takdelah nak sangat!!!! Tetiba, dapat chromosome 7 dan 15. Ada report for them untuk tanslocation yang biasa, tapi besar gabak punyer translocation, like 15 tu memang terjojol dengan mata udang chromosome 7 itu. Mana boleh saya nak compare dengan microtranslocation saya ini. Eeeee!!!!!!!!!!!!!

Berusaha gigih carik database, kot2lah ada yang sama. ?Tapi, ada case yang takde jurnal. Macam mana nak cite nanti. Dan.............. mereka tak bagi public nak access database mereka. Hanya ibu bapa dan clinician mereka sahaja yang boleh access. Apakah?

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kalu dapat mende2 yang diidam2kan selama ini, memang gumbira tahap maksimum, boleh pecah kepala kerana kegembiraan. Tapi, kalu dapat mende pelik yang unexpected macam ini, kepala boleh pecah sebab pening, tau.

Fine!!!!!!!!!

Here, we report the first case of microduplication of 7pter and microdeletion of 15qter derived from paternal's microtranslocation.

SEKIAN!!!

Wednesday, January 13, 2010

Ingatan

Shafiq adalah pelajar tahun 2 di UKM, Bangi. Saya pernah berborak dengan Shafiq pada satu malam. Walaupun selepas itu, saya tidak lagi berborak dengan dia, tapi, akan ada beberapa perkara yang saya akan ingat kepada dia.

Gemencheh. Shafiq berasal dari pekan di Negeri Sembilan ini. Tapi, Shafiq beritahu saya dia tinggal di Gemenchester. "Ada satu nama lagi, kak. Gemenchelsea". Ya, saya sangat ingat nama "pekan-pekan" ini. Sejak beberapa waktu ini, umum rakyat Malaysia dikhabarkan satu berita ngeri dari Gemencheh. Setiap kali membaca akhbar/ mendengar berita menyebut Gemencheh, saya akan ingat pada Shafiq.

Kriket. Shafiq pemain kriket kebangsaan. Saya difahamkan, Shafiq telah bermain kriket sejak berumur 10 tahun, sehingga sekarang. Banyak sudah gelaran yang dirangkul Shafiq sejak dia mula bermain. Dia juga masuk ke UKM dengan kuota pemain kriket. Dia masuk ke KAB juga kerana dia pemain kriket. Jadi, bila lihat/ dengar tentang kriket, saya akan ingat pada Shafiq. Saya kurang kenal rakan2 Shafiq yang lain, yang juga bermain kriket. Tidak berkesempatan berborak bersama mereka, saya kira.

Itu ingatan saya terhadap Shafiq. Saya musykil apa pula ingatan orang lain terhadap saya.

Kromosom. Saya akan gembira jika rakan2 ingat pada saya jika mendengar/membaca tentang kromosom. Bukanlah saya pandai sangat tentang kromosom ini. Tapi, saya akan gembira bila bercerita tentangnya. Saya seperti boleh bercerita tentang kromosom dimana2, dengan sesiapa sahaja. Saya telah bercerita tentang kromosom dengan Abidah dalam keretapi di tengah malam dalam perjalanan kami ke Butterworth awal bulan lalu. Haha. Saya jga akan gembira untuk melukiskan kromosom untuk kamu.

Ingatan perlu yang baik2 sahaja. Janganlah ingat perkara2 yang tidak baik.

Sekian.

p/s: doakan saya menulis dengan lancar seperti lancarnya saya menulis entri blog ini. Tersekat2 sahaja penulisan saya di Microsoft Word itu.

Sunday, January 10, 2010

9600 on 100110

Munirah, rakan sekolah menengah saya telah jatuh saket. Dia disahkan ada kanser limfoma. Telah menjalani kimoterapi pusingan pertama. Tapi, tidak dapat saya dan kawan2 lawati kerana dia masih berada di Jerman, dan telah menjalani rawatan di sana.

Saya masih ingat lagi, saya berada sekelas dengan Munie dalam tingkatan Lima Feminin. Saya dan dia duduk barisan di hadapan. Munie duduk di tengah dan saya duduk di tepi, di pintu masuk kelas. Munie seorang pelajar yang bijak bestari. Selain daripada itu, dia telah mula menulis novel semasa sekolah. Ada beberapa orang pelajr yang telah mengikuti novel2 tulisannya. Namun, saya tidak pernah baca. Saya agak kurang menggemari novel kontemporari ketika itu. Tapi, yang pasti, kawan saya ini memang ada bakat menulis dan melukis.

Disebabkan dia berada di kejauhan, saya dan SrikandiTF 9600 yang lain telah berkumpul di Tasik Titiwangsa pada 100110. Kami bersama2 mencoretkan sesuatu buat Munie. Semoga Munie mampu tersenyum, melihat coretan2 kami, lantas melupakan segala kesakitan yang ada.

Antara yang hadir...

wakil C2-8

dari D2-4 2000

Alia Sha & Mimi yang datang akhir sekali sbb ada kelas


hasil2 kerja kami. Bila klik kamera jer, Kaydotte masuk, bila Kaydotte masuk jer, saya klik kamera. :)

Banyak lagi gambar di Facebook, dari kamera rakan2. Qistin. Abidah. Azuin. Azraa. Didoakan yang baik2 sahaja buat Munirah. Ameen. Terima kasih kepada yang hadir.

Sekian.

Wednesday, January 06, 2010

Telomere.Meiosis.Mitosis

Saya sedang menulis bahagian tentang telomer untuk kajian saya. Telomer (telomere; dalam bahasa Inggeris) adalah bahagian hujung kromosom, iaitu bahagian yang saya kaji.

Saya menulis tentang struktur kromosom. Kawasan ini mempunyai jujukan berulang. Kawasan ini adalah kawasan gene-rich, banyak gen yang penting di bahagian ini. Maka, bila ada delesi atau kehilangan kawasan ini, ia akan menyebabkan kecacatan kongenital/ kerencatan akal pada bayi baru lahir.

Kemudian, saya menulis tentang fungsi kromosom. Telomer adalah penting dalam memberi kestabilan kepada keseluruhan struktur kromosom. Peranan telomer dapat dilihat dalam proses replikasi sel yang berlaku dalam proses pembahagian sel soma iaitu mitosis. Ia dapat diterangkan dalam video di bawah.



Seperti dalam video di atas, telomer dapat dipanjangkan dengan enzim telomerase. Jika enzim ini habis dalam sel, telomer akan memendek. Ini akan membawa kepada proses penuaan sel, seterusnya kematian sel. Proses kependekan telomer ini jugalah yang membawa kepada proses penuaan (aging) seseorang.

Kajian sedang banyak dijalankan untuk mengetahui bagaimana mahu meningkatkan paras enzim telomerase supaya manusia dapat kekal muda.

Tetapi, saya punya satu soalan lain.

Mengapakah impak kehilangan telomer adalah berbeza dalam meiosis dan mitosis? Mengapa perubahan struktur kawasan telomer akan menyebabkan bayi cacat, walhal kependekan telomer hanya akan menyebabkan penuaan? Jika kawasan ini sangat penting dan mempunyai gene yang banyak, maka mengapa ia boleh ditiadakan? Dalam proses kependekkan telomer itu, kadar kehilangan telomere adalah 23 bp/ setahun. (Baird, D. M. 2006)

Saya sudah dua hari fikir sendirian. Kemudian sudah bincang dengan kawan. Kemudian jumpa supervisor.

Saya telah mencadangkan bahawa telomere penting disebabkan kawasan ini mempunyai gen2 yang banyak, maka perlu ada dalam meiosis sel gamet, iaitu ovum dan sperm. Kemudian, akan berlaku pengekspresan gen. Selepas berlakunya pengekspresan gene ini, barulah boleh berlaku pemendekan atau kemerosotan kawasan telomere ini yang akan membawa kepada penuaan dan kematian sel.

Supervisor saya bersetuju. Saya perlu orang bersetuju dengan saya kerana saya telah penat cari artikel yang ada tulis tentang kaitan pengekspresan gene ini. Tapi, belum jumpa. Jadi, jika ada orang bersetuju, betul lah apa yang saya fikirkan.

Proses kependekkan telomere dan penuaan perlu berlaku. Jika tidak berlaku, manusia akan kekal abadi.

Saya menulis supaya saya tidak lupa.

Sekian.

Monday, January 04, 2010

Kenduri Kahwin di Sempadan

klik untuk lihat lebih besar

Idayu mahu kahwin. Jemputan diberi dalam FB. Idayu kawan saya di STF. Dia duduk di sebelah dorm saya. Kami juga pernah belajar dalam satu kelas. Dia pernah ke rumah saya semasa dalam Tingkatan Dua. Selepas mendapat jemputan, saya telah googled lokasi rumah dia. Dan, amatlah saya terkejut bahawa rumah dia terletak sangat dekat dengan sempadan. Terus saya beri email pada dia. Memang 5 minit sahaja mahu ke sempadan. Kawasan Pengkalan Hulu ini adalah terletak dalam negeri Perak, juga merupakan dalam kawasan persempadanan Perak-Kedah.

Terus saya menelefon kawan saya, Abidah. Hasilnya, kami telah sepakat bersama2. Rumah Abidah terletak di kawasan sempadan itu juga, di Kuala Pegang, Baling, Kedah.

Kami mulakan perjalanan kami dengan Bismillah. Naik keretapi di KL Sentral jam 10.30 malam. Tiba di Butterworth, Penang jam 6 pagi. Naik bas jam 7 pagi untuk ke Baling. Kami turun di pekan Kuala Pegang jam 8 pagi.

Kat pasar. Terung, petola dan tembikai yang panjang2. Kali pertama saya tengok buah tampoi, dan, err, lupelah gambar yang kat tengah tu. Errrr...

Teman akak Abidah ke pasar. Sarapan. Rehat. Jam 12, kami sambung perjalanan. Ke kenduri saudara Abidah, dalam kawasan Baling. Kemudian, baru kami ke Pengkalan Hulu, Perak. Jam 3 sampai di rumah Idayu. Nyaris2 kami ke negara jiran. Dari rumah Idayu ke Thailand, tidak sampai 3 km pun!

Pengantin tiba sejurus kami sampai. Hujan renyai2. Tiada kompang, tapi mereka bakar mercun!

Familia.

Babies.

Penat kami dalam perjalanan terbalas dengan senyuman Idayu yang ternyata terharu dengan kehadiran kami meraikan majlis hari gembira dia. Hidangan juga lazat. Saya jarang2 dapat makan kenduri orang utara. Lauk daging masak hitam itu adalah lazat. Juga, erm, saya lupa pula masakan itu. Erm, kari? Owh, kami juga dapat ole2 tambahan dari Jepun juga. Suka!

Saya terasa dibuli oleh jurukamera Idayu. Haha. Lama betul kami tak berjumpa. Idayu lama di Jepun. Dia terus bekerja di sana selepas tamat belajar.


Saya dan Abidah pulang Jam 10 pagi setelah tidur satu malam di rumah Abidah. Naik bas di Sungai Petani sebab tiket di Baling sudah habissss. Samapi di KL jam 4.30 petang. Solat di Masjid Jamek. Singgah makan sebentar di Burger King. Saya dan Abidah berpisah di hadapan stesen pertukaran Masjid Jamek. Saya ambil teksi, Abidah naik Putra LRT.

Saya ingin ucapkan terima kasih banyak2 pada Abidah sekeluarga. Maaf untuk Abah. Nanti Abidah kawen, kita pergi lama sket ke kawasan persempadanan ini. Abidah, kalu mahu kawen, sila beritahu 3 bulan lebih awal, ok? Saya mahu tempah bilik hotel. Juga mahu ambil cuti panjang juga. :D

Gigih saya edit gamba ini. Untuk gambar original dan lain-lain gambar, klik di sini.

Tahniah buat Idayu dan pasangan.


Sekian.

Friday, January 01, 2010

2009 2010

Hari terakhir saya dalam tahun 2009 dengan jumpa Dr. Wong. Tiba2 jadi takut nak bekerja.

Kemudian, berlakulah episod2 peliks. Saya ke FST, ambil surat. Kakak itu suruh ke PPS, untuk aktifkan status saya. Saya ke PPS, dia kata saya kena bayar yuran dulu. Saya belum keluarkan duit, jadi saya ke mesin ATM di Canselori saja. Selepas kuar duit 2 ribu tunai, saya ke kaunter pembayaran. Tiba2, mereka cakap mereka tak terima tunai. mereka terima kad ATM. What the %$@#&*%$? Saya pun beri kad ATM kat kakak kaunter. Tapi, hanya boleh bayar seriboo. Limit 3 ribu saja. saya call Bank Islam, takde orang nak jawab. Mereka hanya ada mesin saja. Saya ada baki RM11 yang perlu dibayar. Kakak kaunter kata dia terimalah RM11 tunai. Huh. Saya hanya dapat bayar yuran belajar tapi bukan yuran penginapan. Dann......., saya ada banyak duit cash. Tidak suka! Kemudian, saya pergi ke PPS semula. Selesai mendaftar, saya minta borang. Terkejut saya, kenaikan yuran submit thesis dinaikkan daripada RM700 ke RM1300. Kenaikan sebanyak RM600 itu sangatlah satu ujian bagi saya. Mereka adalah mesti mempunyai alasan kukuh untuk kenaikan ini. Huh.

Episod peliks saya belum berkahir di situ. saya ke stesen minyak. Tiba2, sensor pam minyak itu gagal berfungsi dengan baik, lantas tidak mahu berhenti mengisi minyak kereta saya, lalu keluar membuak2. saya rasa nilai minyak yang terbuang adalah dalam RM10. Syukurlah tiada apa2 yang tidak diingini berlaku.

Saya ke Midvalley Megamall untuk membeli sedikit barang. Lama juga di sana, kerana mengalami masalah gagal membuat keputusan. Mahu balik sebelum jam 7, tapi, bergerak pulang jam 7.30. Sesat sket, tapi naseb baiklah jalan yang saya mahu lalui tidak ditutup.

Balek rumah, tengok bunga api. Tak nampak sangat bunga api KLCC, terlindung. Tapi, saya nampak bunga api genting dari kejauhan. Suka! Chanteks!

Saat saya melihat sambutan2 ini, saya teringat beberapa perkara tentang sambutan tahun baru.

1. Saya teringat pada satu blog yang saya baca. Dia macam tak faham kenapa sambutan tahun baru disambut sangat2 meriah. Seperti menyambut satu kejayaan yang sangat2 besar. Sangat-sangat besar. Ya, saya juga tidak faham.

2. Saya juga teringat satu artikel tentang satu rumah pusat perlindungan remaja perempuan. Pegawai di situ berkata, kita dapat lihat kesan sambutan tahun baru ini, dalam bulan 6 sehingga bulan 9 nanti. Ketika waktu ini, perempuan2 bunting, mula mencari tempat2 perlindungan. Maka, rumah2 begini akan mulai penuh dengan kedatangan penghuni baru.

Gerhana? pada mulanya ingin juga saya pergi ke Masjid Negara. Namun, saya risau akan dikecewakan oleh awan. Tapi, semasa lihat bunga api, bulan sangat terang seperti tersenyum kepada saya. Saya baca akhbar pagi ini, ramai juga yang hadir. Dan, awan telah membuatkan mereka agak sedikit kecewa.

Pada malam ini, buat pertama kali, saya akan menaiki keretapi malam, untuk ke Butterworth, dan seterusnya ke rumah Abidah, seterusnya ke kenduri kawan Idayu Sofya. Semoga semuanya berjalan lancar. Ameen.

Selamat tahun 2010. Semoga selamat semuanya.

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...