Sunday, December 06, 2009

Monsun Timur Laut

Saya masih ingat lagi, kecik2, masa di sekolah dulu2, che'gu ajar, monsun timur laut akan melanda pada bulan Oktober hingga Mac. Kami hafal TLOM; Timur Laut Oktober Mac. Che'gu kata, disebabkan tiada yang menghalang (pantai barat dihalang oleh banjaran Titiwangsa), kawasan timur laut semenanjung Malaysia akan dilanda angin monsun ini, lalu mendapat hujan yang banyak, dan hujan turun sehingga banjir.

Saya masih ingat lagi, kecik2 dulu, kawasan pantai timur akan hujan. pada waktu cuti sekolah hujung tahun. Jika mereka mahu buat kenduri kawen, mereka tidak akan buat ketika hujung tahun. Ia memang dalam ingatan mereka. Tapi, penduduk pantai barat, tiada masalah.

Saya masih ingat lagi, pertama kali saya merasai "kesejukan" angin monsun timur laut ini. Ketika itu, zaman matrikulasi saya, di Kuantan. Daerah yang berada di negeri Pahang ini, memang terkena tempias monsun ini. Pertama kali saya merasa, hujan dari pagi hingga ke petang, tidak mahu berhenti. Sepanjang hidup saya selama 18 tahun di Johor, tidak pernah saya alami begitu. Sampai saya perlu menelefon polis, untuk mengetahui keadaan banjir di kawasan tempat saya belajar, sebelum saya pulang memulakan semester baru.

Ketika itu, baru saya sedar nikmat cahaya terik matahari. Bangun pagi dengan harapan bahawa matahari akan menemani saya. Hujan akan berhenti waktu tengah hari. Dan, waktu itulah, saya pernah menghantar mesej kepada seseorang berbunyi; "Langit keruh, aku terpengaruh" yang hanya dibalas bila matahari muncul dengan mesej yang berbunyi, "Langit biru, aku terharu". Ya, mesej itu telah membuatkan hati saya berbunga2 sekurang2nya selama seminggu. Huhu.

Tapi, sejak dua menjak ini, perkara2 di atas telah berubah-rubah.

Kawasan utara semenanjung juga dilanda banjir. Dan, banjir di Johor tahun 2006-2007 telah mendapat liputan meluas. Orang2 di kawasan pantai barat ini, tidak pernah terfikir untuk mengelak mengadakan majlis kawen pada hujung tahun, akhirnya bersanding dalam air, mengangkat kain dan seluar tinggi2 (sampai masuk suratkhabar muka depan). Orang2 di Johor telah merasai hujan sepanjang dua hari tanpa henti sebelum banjir di beberapa kawasan berlaku.

Tahun ini, banjir di kawasan pantai Timur telah masuk gelombang ketiga. Di Johor, persiapan juga sedang dilakukan terutama kawasan Timur.

Di ibu kota ini, langit turut keruh. Sejuk. Tapi, di sini ada SMART. Ibu kota dilarang banjir. Rakyat akan merusuh.

Sekian.

4 comments:

ultimatecass said...

Tiap hari pun hujan, maka tiap hari juga aku depressed.

SITI said...

Atie;

Hujan lebat sangat, haruslah depressed. Sidai s*pende pun tak kering. Haha.

ultimatecass said...

haha that one memang sangat depressing aku dengar.

SITI said...

Atie;

hari ini sangat cerahhh. Enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...