Tuesday, December 15, 2009

Implanon

Tiba2 nak tulis tentang perkara ini. Sebab, Yus kawan saya telefon bertanyakan hal ini di LPPKN. Jadi, semalam saya telah ke Klinik Nur Sejahtera, LPPKN.

Saya pernah buat assignment tentang kaedah menghalang kehamilan. Jadi, saya tahu serba ringkas tentang kaedah ini. Implanon adalah sejenis plastik berbentuk rod saiz sebesar mancis, yang akan ditanam di kawasan lengan atas. Alat ini dapat menghalang kehamilan dalam tempoh 3 tahun, dengan ketepatan hampir 100%.

Saya dengar jika di klinik/ hospital swasta, harga untuk Implanon ini adalah antara RM600 hingga RM1000. Di LPPKN, harganya adalah RM320. Sila hubungi 03 2693 7555 samb 3002 untuk maklumat lanjut. Jika mahu menanam Implanon ini, sila telefon pada hari pertama kedatangan haid. Temujanji akan dibuat dalam 5 hari berikutnya.

Saya menulis supaya saya tidak lupa, jika ada rakan2 lain yang bertanya. Owh, rakan2 juga boleh menghubungi nombor di atas untuk bertanyakan tentang kaedah merancang kehamilan yang lain. Klinik Nur Sejahtera ini sangat cantik dan berada di aras bawah (ground floor) sahaja. Tidak perlu naik lif pun. Klinik ini sangat chanteks. Berhadapan dengan klinik ini, terdapat Pusat Sumber Nur, di mana saya selalu singgah kerana terdapat semua majalah perempuan dan keluarga. Ya, semua. Melayu dan Inggeris. Just named it. Owh, jangan takut nak masuk, sebab ia terlalu chanteks sangat. Hehe. Daftar saja dekat kaunter. Ada PC berinternet juga untuk digunakan. Dan, ia percuma!

Sekian.

p/s: Atie, sorilah kalu entri ini tidak berapa entertaining bagi kau. Hehe. Nanti aku tulis entri lain, k.

5 comments:

ultimatecass said...

hahahahah anything pun akan jadi entertaining tim as long as it's not about kau punya pregnancy progress or baby formula ke apa. which, btw, aku tau aku tak akan perlu baca di blog kau anytime soon.

Afzan Aini said...

ahaha, tim yg sgt memahami atie..

Anyway, good info Tim.. inilah maklumat yg aku cari2 selame nih. kalo tau awal, sure x pregnant lg skang. Ahahah. Akan call LPPKN lepas bersalin nnt. Ahahahaha.

SITI said...

atie: haha. yer, lambat lagi atau tidak akan pernah ada. Tuhan saja yang tahu. Kamu nanti, silalah tulis entri yang entertaining juga, ya.

Afzan: good info, eh? kau pun accident lah ni. hehe.

Cha Syazana said...

salam..saya dah setahun setengah pakai implanon.. sy plan nak bukak tahun depan, nak try kat klinik nur.. berapa ye dia charge utk remove implanon tu? sebab sebelum ni pasang kat private clinic.. huhu

SITI said...

Chanana Syaz;
owh, yang itu saya tak tahu pulak. awak boleh call jer nombor yang ada tu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...