Banyak produk roti canai segera di luar sana. Tetapi, yang benar2 memikat hati saya dan keluarga saya ialah jenama Kawan ini. Saya pernah makan roti canai ini seharian dari pagi sampai petang akibat dilanda kemalasan mahu ke cafe. Entah berapa keping yang saya makan. Saya pun dah hilang kiraan. Sangat lazat dimakan bersama sardin dan/ atau tuna pedassss.
Memasak roti canai segera jenama ini cukup mudah. Hanya memerlukan haba. Hehe. Teksturnya yang sangat nipis, tidak memerlukan minyak walau setitis. Cuma perlukan api yang perlahan. Kemudian, tunggu sehingga warna kekuningan. Semasa saya di Bangi dulu, saya ada multicooker kepunyaan adek. Hanya letakkan sekeping roti canai segera ini dan biar pada takat medium saja. Bila dah bau macam sedap2, bermakna dah masaklah tu. Balikkan bahagian sebelah dan tunggu sehingga bau sedap lagi. Hehe. Dan, sekarang adek pakai multicooker itu, tanpa dibasuh berbulan2. Haruslah multicooker itu diguna untuk roti canai segera cap Kawan ini sahaja. Hehe. Ia sangat rangup dan tidak berminyak sama sekali. Maka, sangat sehat. Hehe.
Kami memang sangat sukakan roti canai segera ini. Pernah kami beli jenama lain, tapi tidak setanding dengan jenama ini. Owh, perlu diingat, sila beli yang tertulis "Roti Paratha". Ada juga roti yang lain2, tapi tak sedap walaupun cap Kawan. Dijual 5 keping atau 20 keping dalam satu bungkusan.
Saya tahu, saya merasa rindu. :(
Sekian.
6 comments:
aku pun suke mkn roti ni...yg lain2 x sedap..dulu mase duduk kt johor (estet) jauh nk g kedai mamak,belilah ni wat stock breakkfast pg2.mkn dgn kaya pun sedap...
Irmazian;
kamu makan dengan kaya? Hoho, aku tak penah try begitu. Tapi, haruslah sedap, sbb roti ni makan begitu saja pun sedap.
Yummy!
ya ampunnnn..
mak aku dulu almost everyday makan ni. sambil tengok tv dia kunyah sorang sorang. but now tak sudah. dia akan sapu butter banyak banyak.
atie;
aku juga pernah seperti mak kamu itu. Duduk diam2 dalam bilik, marathon greys anatomy sambil makan ni. Hahaha.
Aku penah try jugak letak butter, tp dia jadi lembik, tak rangup.
hehe...
mmg diperakui kesedapannnya...
najat;
huhu. nanti awak duk umah sewa belilah banyak2 buat stok.
Post a Comment